Sunday, March 7, 2010

Zul Noordin Perlu Lepaskan Kerusi Kulim/Bandar Baharu


Harapan sudah tinggal harapan buat Zul Noordin, perlakuan yang mengucarkan kacirkan Pakatan Rakyat selama ini terbalas dengan hukuman yang diterima oleh beliau. PKR telah memutuskan bahawa beliau dipecat dari PKR dan menyeru agar mengosongkan kerusi Parlimen Kulim/Bandar Bahru. Zul Noordin perlu ingat bahawa kerusi yang disandang beliau dipilih oleh rakyat bukan kerana beliau tetapi kerana keyakinan akan parti PKR. Zul Noordin bukanlah tokoh yang selama ini rakyat di Kulim mengetahui akan pretasi beliau, dek kerana lambang PKRlah rakyat disana memilih. Jikalau PKR tidak lagi mempercayai Zul Noordin ini bermakna rakyat Kulim/Bandar Bahru juga menolak kepimpinan Zul Noordin. Sepatutnya, Zul Noordin tidak layak menjadi YB di kawasan tersebut kerana atas kesilapan tidak menyatakan salinan akaunnya kepada SPR boleh mengugurkan jawatan beliau tetapi disebabkan UMNO menarik balik kes itu di mahkamah, maka terselamatkan Zul Noordin. Agak pelik UMNO yang ketika itu kemaruk kerusi Parlimen, boleh dengan senang menarik balik kes itu. Persoalannya, adakah ada kira-kira antara UMNO dan Zul Noordin. Nampaknya seakan ada, Zul Noordin membuat onar dengan menggunakan nama agama Islam dan bangsa melayu. Kononnya beliau adalah pejuang sebenar. Ke mana selepas ini beliau? Parti PAS telah menolak secara total manusia sebegini. Ini adalah satu taktik untuk beliau menjadi YB bebas, rakyat tidak akan menuduh beliau keluar parti dek kerana terkena suapan UMNO seperti mana MP-MP yang lain, dengan pemecatan beliau, beliau boleh salahkan PKR, jadinya taktik beliau berhasil, kemungkinan lebih bijak dari YB Bayan Baru, Nibong Tebal ataupun Bagan Serai. Walaubagaimanapun, Zul Noordin perlu sedar beliau bukan dipilih oleh rakyat kerana beliau, rakyat memilih kepada parti jadinya tanpa rasa segan dan malu silalah LETAK JAWATAN.

Petikan dari blog http://shamsuliskandar.wordpress.com/

PKR Pecat Zulklifi Noordin
Posted on Mac 6, 2010 by Shamsul Iskandar
Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya Saifuddi Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini. Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Cua turut hadir. Bagaimanapun, ketua umummnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak turut serta dalam sidang media tersebut.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu. Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

‘Kesalahan berulang-ulang’

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam. Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah.

Dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR selama kira-kira 3 jam setengah, Saifudin menjelaskan, keputusan terhadap Zulkifli dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan “kesalahan yang berulang-ulang” yang dilakukannya dan kesannya terhadap parti.

Saifuddin berkata, surat bagi memaklumkan keputusan tersebut akan dimaklum kepada Zulkifli pada Isnin ini melalui pelbagai surat, faks dan e-mel.

Menurut Saifuddin, Zulkifli disabitkan bersalah kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad dan ekoran kenyataannya yang dibuat dalam sebuah wawancara di TV3 sebelum ini, antarnaya berbentuk serangan terhadap dasar dan pendirian parti serta kemampuan Pakatan Rakyat.

Kulim diselia Gobalakhrisnan

Saifuddin berkata, selepas tempoh rayuan tamat, sekiranya rayuannya ditolak, PKR akan mendesak ahli parlimen kontroversi itu mengosongkan kerusi parlimen kawasan tersebut kerana kemenangannya sebelum ini diperoleh atas tiket PKR.

Ditanya tindakan PKR sekiranya Zulkifli enggan berbuat demikian, Saifuddin hanya berkata, beliau yakin, sebagai ahli parlimen yang bertanggungjawab dan faham nilai integriti dan kewibawaan, beliau akan akur pada desakan tersebut.

Sementara itu, katanya, PKR juga menugaskan pemimpinanya menjaga kebajikan kawasan di mana wakil rakyat mereka berpaling tadah.

Beliau menambah, wakil rakyat Padang Serai N Gobalakhrisnan selepas ini akan ditugaskan menjaga kawasan Kulim-Bandar Baharu. Awar di Nibong Tebal, Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) ditugaskan di Bayan Baru dan Dr Lee Boon Chye (Gopeng) di Bagan Serai.

Sementara Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan enggan mengulas lanjut kerana bercadang mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu lewat petang ini.

Sumber: Malaysiakini

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

No comments: