Wednesday, April 21, 2010

Felda Sungai Buaya, mimpi ngeri buat Umno di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR : Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang pengundiaanya akan berlangsung pada 25 April ini pastinya merupakan mimpi ngeri buat Umno dan Barisan Nasional di Hulu Selangor terutamanya bagi pengundi Melayu bagi Felda di situ.

Ini kerana Syarikat Murna Jaya Development Berhad, yang juga proksi Umno didakwa berhutang ratusan ribu ringgit terhadap peneroka Felda di Kampung sungai Buaya, di Hulu Selangor.

Hutang terhadap 363 peneroka itu sejak 16 tahun lalu sehingga ke hari ini gagal dilangsaikan walaupun perjanjian asal itu syarikat berkenaan mesti melunaskan hutang mereka sebelum tahun 1998 lagi.

Kejadian itu mula berlaku apabila satu perjanjian antara 363 peneroka Felda di Kampung Sungai Buaya terbabit dengan Syarikat Murna Jaya Development Berhad ditandatangani pada 23 Disember 1994.

Perjanjian itu yang disediakan sendiri oleh pihak pemaju didakwa berat sebelah apabila anak-anak penoraka itu dihalang menyemak dan membaca syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Felda Kampung Sungai Buaya, Saidin Busu, 42, berkata, akibatnya perjanjian itu bukan sahaja zalim tetapi menindas peneroka apabila nilai tanah yang mengikut perjanjian asal sepatutnya dijual RM5.20 untuk sekaki persegi tetapi dalam perjanjian yang tertulis hanya RM2.80 iaitu setengah daripada perjanjian asal.

Menurutnya, pihak pemaju pula mendesak agar peneroka yang hampir keseluruhanya warga emas menandatangani sahaja perjanjian itu.

“Pihak pemaju bersikap samseng apabila mengarahkan peneroka ketika itu menandatangani sahaja perjanjian itu secara serentak dalam masa yang singkat selain menghalang anak-anak peneroka daripada membacanya apatah lagi menyemak isi kandungan itu,” katanya kepada erapakatan.com semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Saidin memberitahu, perjanjian itu menyebut Syarikat Murna Jaya Development Berhad perlu melunaskan hutang itu dalam tempoh 36 bulan atau sebelum tahun 1998.

Sehinggalah pada tahun 1999, syarikat itu tetap gagal melunaskan perjanjian itu yang membawa kepada perjanjian kedua.

“Dalam perjanjian ini, syarikat itu mendakwa akan melunaskan hutang mereka yang berbaki ratusan ringgit dalam tempoh 24 bulan atau sebelum tahun 2003.

Namun, kami hairan dari tahun 1999 sehinggalah ke hari ini, kami langsung tidak pernah ditunjukkan perjanjian itu dalam bentuk hitam putih.

Mana perjanjian itu, kami mahu lihat, kalau betul adalah… kerana sehingga tahun 2003 syarikat itu tetap gagal melunaskan hutang mereka yang mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya kesal.

Saidin menjelaskan, setiap peneroka mengikut perjanjian pertama pada Disember 1994 mesti dibayar RM1 juta seorang dan pembayaran pendahuluan oleh syarikat itu hanya dilunaskan RM10,000 ketika itu.

“Bayaran itupun mereka bayar secara ansuran dan sehingga tahun 2003, kami hanya menerima RM 270,000 seorang bagi setiap peneroka dan ada di antara kami menerima kurang daripada jumlah itu.

Tetapi yang pasti, syarikat masih berhutang hampir RM800,000 bagi setiap peneroka dalam perkampungan Felda Kampung Sungai ini,’ katanya.

Tuntut Janji

Sehubungan itu, beliau menuntut Syarikat Murna Jaya Development Berhad yang juga kroni Umno, bekas Menteri Besar (MB) Umno, Mohd Taib, dan kerajaan pusat serta semua bekas MB Umno seperti Khir Toyo, Abu Hassan Omar yang mencengkam negeri Selangor sejak puluhan tahun lalu bertanggung jawab dengan perbuatan mereka ini kerana hutang tetap hutang.

“Kalau kamu tidak selesaikan hutang kamu di dunia ini, ingatlah, azab yang pasti pedih menanti kamu di akhirat sana,” jelasnya.

Sebanyak enam Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Murna Jaya Development Berhad telah dilantik yang ke semuanya merupakan ahli dan penyokong kuat Umno yang bertujuan menjaga kepentingan dan imej mereka di kampung itu sejak tahun 1994.

Sejumlah lima cawangan Umno wujud di perkampungan Felda itu dan lima daripada enam Ahli Lembaga Pengarah Umno itu masih hidup dan kaya raya termasuklah memiliki rumah mewah berbanding peneroka yang terus dihimpit kemiskinan.

Saidin turut menjelaskan bahawa isu hutang dari syarikat kroni Umno-BN itu pernah disiarkan oleh media berkali-kali sebelum ini namun pimpinan Umno dan syarikat itu kekal membisu.

Ditanya apa respon menteri berhubung perkara itu selepas didedahkan oleh media, Saidin dengan nada tegas menjawab hipokrit.

“Pemimpin BN terkenal dengan sikap hipokrit mereka yang suka menabur janji. Tabur janji, janji dan janji kononnya kami akan menyelesaikan masalah anda,’ katanya.

‘Raikan’ kedatangan Rosmah dan Shahrizat

Tinjauan erapakatan.com mendapati isu itu turut diluahkan kepada Menteri Umno, Shahrizat Jalil (gambar) oleh seorang wanita yang bernama Aminah Hussin di laman sosial Facebook.com. di sini

Namun, sehingga berita ini ditulis, Shahrizat gagal membantu masalah itu walaupun Menteri yang bertanggungjawab berhubung kebajikan rakyat dalam kabinet Najib Razak, hadir ke kampung Felda Sungai Buaya beberapa hari lalu bersama Rosmah Mansor yang juga isteri ke dua kepada Najib Razak.

Kira-kira 2,000 pengundi berdaftar wujud di perkampungan ini malah kedatangan Rosmah bersama Shahrizat baru-baru ini ‘disambut’ oleh penduduk dengan kata-kata berikut.

“Sekiranya mahu undi kami ! Selesaikan masalah tanah kami ni ! $$$ pesanan daripada pengund-pengundi Kampung Sungai Buaya,”

Kata-kata itu jelas tertera di simpang utama jalan masuk ke kampung itu yang di pasang beberapa jam sebelum kedatangan pimpinan Umno itu.

Seramai 296 daripada 363 peneroka itu telah meninggal dunia tanpa sempat mengecap nikmat jutawan dan sehingga kini hutang syarikat kroni Umno itu gagal dilangsaikan.

Kes terus tertangguh di mahkamah

Sehubungan itu, 34 daripada 67 peneroka yang masih hidup itu mewakili mereka untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Wakil peneroka yang membawa kes itu ke mahkamah, Jamadi Ahmad, berkata, kes itu kerap tertangguh selama tujuh tahun kerana pihak syarikat kerap menggunakan alasan enggan hadir setiap kali kes itu berjalan di mahkamah

Menurutnya, Mahkamah Shah Alam akhirnya bertegas memutuskan agar wakil syarikat itu hadir dan pada 4 September tahun lalu, kedua-dua pihak iaitu peneroka selaku plaintif dan Syarikat Murna Jaya Development Berhad selaku defendan diberikan tempoh selama setahun setengah untuk berunding berhubung perkara itu.

Dipercayai syarikat itu terpaksa akur dengan kehendak mahkamah hanya selepas cubaan mereka membuat mengemukakan rayuan ditolaj mahkmah sebulan sebelum itu.

Syarikat Murna Jaya berkempen di Hulu Selangor

Jamadi menjelaskan, beliau cukup hairan dengan taktik syaikat itu yang datang menyebarkan penipuan kepada penduduk apabila menyebarkan risalah palsu kononnya semua penduduk terbabit akan diberikan bayaran yang sama dengan semua mereka yang menuntut di mahkamah.

Menurutnya, tindakan syarikat jelas menipu kerana mahkamah telah memberikan tempoh hanya setahun setengah kepada plaintif dan defendan dan ini jelas penipuan terhadap penduduk yang kian marah dengan kerajaan persekutuan.

“Saya ada bukti bahawa pihak Murna Jaya membuat ugutan terhadap kami berhubung isu itu termasuklah melalui tindakan saman dan undang-undang,” tegasnya kepada erapakatan.com.

Pada malam 15 April lalu, risalah itu dikesan disekitar kampung itu yang jelas tertera kepala surat syarikat itu.

Dipercayai perbuatan itu bertujuan bagi meraih sokongan penduduk itu yang pastinya akan mengundi calon Pakatan Rakyat.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tujuan kami mendedahkan perkara ini kepada media hanyalah untuk memperjuangkan hak kami yang tertindas sejak tahun 1994 lagi dan kami cukup kenal dengan watak-watak penipu di kampung ini yang berpura-pura untuk membantu tetapi pada masa yang sama pengkhianat sebenar kepada bangsa Melayu,” tegasnya.

Menurutnya, mereka berhak untuk mendedahkan nama mereka menerusi media dan menuntut melalui cara ini kerana mempunyai bukti yang kukuh sehingga hak mereka dikembalikan.

“Kami ada kuasa memfailkan semula kes ini kerana mahkamah dengan jelas menyatakan perjanjian yang dibuat bersama bekas peneroka adalah perjanjian jual beli.

Difahamkan syarikat itu sengaja enggan melunaskan hutang mereka kerana dinaungi oleh tiga Menteri Besar Umno sebelum ini masing-masing oleh Mohd Taib, Abu Hassan Omar dan Khir Toyo di mana di zaman ketiga-tiganya hutang syarikat itu tetap gagal dilangsaikan.

Tinjauan erapakatan.com mendapati pejabat syarikat (gambar) itu kini di miliki oleh Felda dan sempena PRK ini ia dijadikan pejabat rasmi Umno-BN yang turut kelihatan bendera rejim itu terpampang jelas di simpang tiga kampung itu.

Malah carian di internet mendapati email syarikat (gambar) itu juga telah dipadamkan.

Sementara itu, Bendahari JKKK di kampung itu, Yusri Sarigat, 34 melahirkan kehairannya bagaimana kerajaan Umno-BN ketika era pemerintahan Moh Taib membenarkan syarikat Murna Jaya membeli dan menguruskan tanah dan pembangunan ketika itu walaupun jelas syarikat kroni Umno itu tidak memiliki sebarang aset.

Sehubungan itu, katanya, peneroka menuntut agar Umno dan BN segera menyelesaikan malsah itu sebelum PRK itu berakhir atau berdepan dengan kegagalan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada pengundian 25 April ini.

‘Jutawan’ teruskan hidup dengan memungut barang lusuh

Sejak peristiwa itu, semua bekas peneroka berkenaan bukan sahaja gagal bergelar jutawan, tetapi kebanyakan daripada mereka kini berstatus muflis dan bankrap selain ada dia antara mereka terpaksa menjual asset seperti rumah dan kereta untuk meneruskan hidup.

Lebih menyayat hati lagi apabila ada dia antara mereka terpaksa memungut barang lusuh seperti tin kosong dan kotak untuk meneruskan hidup.

Anak cadang tubuh jawatankuasa khas

Bagi Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, matlamat Allahyarham Tun Abdul Razak yang menggagaskan Felda demi kejayaan orang Melayu tidak menjadi kenyataaan dalam konteks Felda Sungai Buaya.

Menurutnya, jika semua pihak sibuk bercakap soal ketuanan Melayu dan benar-benar mahu menjadi pembela bangsa buktikan kepada peneroka Felda Sungai Buaya yang sudah lebih 16 tahun menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman BN.

Felda Sungai Buaya dibuka pada tahun 1964 dengan jumlah peneroka seramai 363 orang dan pendapatan mereka hanya memotong getah. - EraPakatan

No comments: