Sunday, April 11, 2010

JANGAN CUBA MENGHALANG KEADILAN

Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya. - malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Nazri diminta mengulas dakwaan Dr Pornthip bahawa beliau diberi "isyarat" dan berdepan dengan "tekanan politik" supaya menghentikan pembabitannya dalam siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Dr Pornthip mendakwa beliau dihalang daripada masuk ke Kelantan sewaktu urusan rasmi melalui sempadan Thai-Malaysia pada bulan Januari tahun ini, dan menyifatkannya sebagai salah satu "isyarat" yang tekanan dikenakan ke atasnya.

Walaupun keberatan, tetapi Dr Pornthip telah memutuskan untuk tidak memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh ekoran tekanan terhadapnya itu.

Inkues kematian Teoh akan disambung pada 20 April ini

No comments: