Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia bertemu YAB Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Melihat kepada perkembangan hari ini, isu pendidikan percuma cukup luas dibicarakan. Bukan sahaja di peringkat kerajaan pusat dan negeri-negeri, malah wacana ini dibicarakan pada peringkat akademik, Universiti dan para ibu bapa di seluruh negara.
AMK melihat isu ini sebagai urusan yang wajar disegerakan untuk membuktikan bahawa pentadbiran dan tatakelola kerajaan Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya, walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan.Justeru AMK berhasrat mengadakan satu kunjungan hormat untuk bertemu YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan tujuan berbicara dan menyampaikan sumbang saran tentang dasar pendidikan percuma, khususnya di negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat.
Satu surat kunjungan hormat telah dihantar ke Pejabat Menteri Besar. Maka, AMK dengan penuh harapan agar YAB Dato’ Menteri Besar mempunyai ruang untuk berdiskusi. AMK percaya dan yakin, setelah empat tahun mentadbir negeri Selangor. YAB mampu sekali lagi mendepani isu ini dengan merangka satu dasar pendidikan percuma, khususnya di semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dimiliki kerajaan negeri Selangor.
Kami, di peringkat AMK mewakili golongan anak muda akan sentiasa berada di belakang kepimpinan YAB dalam meneruskan agenda merakyatkan ekonomi dan pendidikan di negeri Selangor. Oleh yang demikian, Selangor mampu menjadi model dan peneraju pendidikan percuma di peringkat nasional.
Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan
Julailey Jemad

No comments:
Post a Comment