Saturday, September 13, 2008
Solidariti Buat Tahanan ISA
Kerahkan semua tenaga yang ada. Buktikan pada kerajaan, rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan akta zalim ini.
Kenyataan Media: AMK Kecam Penahanan Raja Petra Di Bawah ISA
12 September 2008
AMK Kecam Penahanan Raja Petra Di Bawah ISA
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam tindakan pemerintah Umno-BN yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan blogger Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin pada jam 1.10 petang hari ini.
AMK percaya bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik sepenuhnya dalam keadaan Umno-BN terdesak akibat dihimpit pelbagai kemelut dalaman mutakhir ini.
Tanpa mengira sesiapa saja, penahanan Raja Petra kali ini juga adalah jelas sesuatu yang bercanggah dengan hak asasi manusia yang menggariskan hak seseorang individu tidak ditahan tanpa bicara.
Sekiranya Raja Petra jelas melakukan kesalahan, maka sewajarnya bagi pihak berwajib mendakwa beliau di Mahkamah Sivil atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh beliau sepanjang beliau mengendalikan Malaysia-Today.
Tindakan ini hanya meruntuhkan sokongan moral masyarakat kepada pemerintah Umno-BN, lantas menghancurkan kredibiliti Perdana Menteri yang kelihatan sangat lemah ketika ini.
AMK berpendirian tegas bahawa penahanan Raja Petra ini memberi gambaran jelas bahawa kejatuhan regim Umno-BN semakin hampir, memandangkan ini adalah senjata akhir mereka tatkala status quo mereka tergugat di saat keyakinan rakyat semakin terhakis dari hari ke hari.
Pakatan Rakyat kekal komited agar ISA dimansuhkan pada kadar segera apabila pemerintahan negara beralih tangan kelak demi menjunjung hak asasi manusia rakyat Malaysia.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Wednesday, September 10, 2008
"Sasaran awal mungkin dianjak ke 20 September", kata Anwar
10 Sep 2008 11:15AM
KETIKA tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.
"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.
"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.
Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.
Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.
Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.
"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.
Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.
Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.
"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.
Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.
"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya.
Dalam pada itu KLpos sebelum ini melaporkan berita 'terbalik kot' yang mendakwa dua orang MP Pakatan akan melompat ke Umno.
Khabarnya wakil rakyat ini mewakili parlimen di Kelantan. Satu dari PAS dan satu dari PKR.
Menurut blogger 'Kapak Jangak' yang dikendalikan oleh Ramli Abdul Halim, dua ahli parlimen berkenaan akan sertai Umno dan pengisytiharan penyertaan mereka akan dibuat pada 1 Oktober nanti.
Beliau yang juga penerbit akhbar Mingguan Wasilah mendakwa menerima satu panggilan yang memberikan maklumat terpeinci mengenai isu lompat tersebut.
"Pemanggil berkenaan memberikan nama dan biodata penuh kedua-dua ahli parlimen itu dengan seorang daripadanya adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun saya tidak akan menyiarkan nama mereka berdua buat masa ini", dakwa Ramli dalam blognya.
"Faktor yang mendorong kedua-duanya memilih menyertai Umno adalah bagi memastikan kedudukan kerajaan Umno/BN di pusat terus kukuh dan sekaligus untuk menidakkan dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan yang ada akan bertukar tangan kepada PKR dan beliau yang akan jadi perdana menteri", tambah beliau lagi.
Ramli turut mendakwa pemanggil tersebut memberitahu tidak ada sebarang tawaran harga, jawatan atau pujuk rayu dari mana-mana pemimpin Umno negeri atau pusat yang menyebabkan mereka terdorong mahu menyertai Umno.
Sebaliknya keputusan itu dibuat atas pilihan sendiri demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta dan permohonan rasmi untuk menyertai Umno dikatakan telah pun dibuat dan keduanya kini menunggu keputusan sama ada permohonan mereka diterima atau ditolak.
"Dakwanya, selain dari kedua-duanya, beberapa orang ahli parlimen lain lagi, termasuk dari Pas akan turut sertai Umno, malah ada beberapa ahli dewan undangan negeri juga turut akan berbuat demikian", dakwa Ramli lagi didalam blog tersebut.
Sementara itu penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar yang mengulas isu ini didalam blognya Merah Tinta mendakwa alasan Ramli itu sedap didengar tetapi ada sedikit unsur retorik.
"Saya tidak perlu siasat mengenai laporan berkenaan. Sebagai seorang pengamal media dan menjadi penganalisa kecil politik, mudah saja untuk memberi gambaran atas laporan berkenaan.
Walaupun laporan itu tidak mustahil, tetapi apakah munasabah dalam keadaan semua orang bersemangat tinggi untuk melihat BN jatuh tiba-tiba ada orang seperti dua ahli Parlimen itu hendak menyertai Umno", kata Sayuti didalam blognya.
Sayuti turut menyangkal laporan tersebut dengan memberi alasan langkah menyertai Umno ketika ini adalah langkah songsang dan hanya mereka yang kabur saja bersedia untuk mengikuti Umno.
"Umno dalam keadaan seperti hari ini saya tidak fikir ada orang ingin mencemarkan maruahnnya untuk bergelumang di dalam parti berkenaan yang disifatkan oleh Rais Yatim sebagai tidak berbudaya Melayu lagi itu. Saya rasakan kalau rakyat begitu tinggi semangat dan keazamannya hendak lihat BN jatuh, apatah lagi dengan ahli-ahli Parlimen. Mereka tentu lebih bersemangat lagi untuk melihat realiti itu.", tambah Sayuti lagi.
Beliau berpendapat orang yang memberi maklumat kepada Ramli ada agenda tersendiri. Mungkin beliau menggunakan ruang untuk mencuri tumpuan orang dan menimbulkan kegemparan kecil.
Di akhir tulisannya Sayuti tidak menolak kemungkinan pemberi maklumat kepada Ramli itu sudah pun menghubungi akhbar-akhbar dan media eletronik berkenaan.
Namun kerana kesahihannya dan nilai beritanya boleh diketawakan orang maka ia tidak disiarkan. / KLpos, Mstar
Tarikh 20 September juga ada sejarah
URUTAN BERITA
Ahmad Ismail ( cincin besar ) telah digantung dari United Malays National Organisation selama 3 tahun. Ini adalah keputusan Majlis Tertinggi United Malays National Organisation yang baru sahaja diambil setelah mengadakan sidang tergempar yang 'bertengkar' selama 3 jam.
Dari Malaysiakini.com
Tuesday, September 9, 2008
FORUM: 916 is an opportunity of change?!
You are invited to a public forum entitled entitled “After Permatang Pauh, is 916 an opportunity of change?” jointly organized by the Youth Section of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH Youth Section), Empower (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) and JIM (Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia)
The forum details are as below:
Speakers: (1) Hishamuddin Rais (Veteran Columnist) (2) Ng Chong Soon (Assistant Honorary Secretary of KLSCAH Youth Section) (3) YB Safuddin Nasution (PKR Member of Parliament, Machang) (4) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (President of Sabah Progressive Party, ex-Chief Minister of Sabah) (5) Encik Haji Zaid Kamaruddin (President, Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia, [JIM] )
Moderator: Ms Honey Tan (Lawyer, Member of Empower)
Date : 10 September, 2008 (Wed)
Time : 8.30pm
Venue : MCPA, KL & Selangor Chinese Assembly Hall, No.1 Jln Maharajalela, KL.
Language : English / Bahasa MalaysiaSokongan Untuk Anwar Ibrahim
Saudara-saudari dijemput hadir bagi menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
Tempat: Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur
Jam: 9 pagi
Tarikh: Rabu, 10hb September 2008
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim
Monday, September 8, 2008
Tidak Sah!
Friday, September 5, 2008
Thursday, September 4, 2008
Sedekad Reformasi
Dari Blog : Shamsul Iskandar
Rakyat itu selalu diam
Tapi ia pencatat tidak pernah lupa
Rakyat itu seperti naga
Melingkar dengan berat badan dan
diam dalam keheningan sendiri
Pancainderanya tajam
Kuat intuisinya dengan akal budi
Lalu jangan sekali-kali melukakannya
Jangan melukakannya berkali-kali
Kerana sekali ia bangkit
Rosaklah segala apa-apa
Rakyat itu mampu sabar
Seperti ular besar yang perutnya berisi
Tapi kalau ia kelaparan
Bumi lingkarannya akan bergegar
Rakyat itu seperti binatang purba
Tidak berasa sakit meski diinjak
Jangan biarkan rakyat lapar
Jangan bodohkan rakyat jelata
Jangan tindas rakyat
Kerana sifat diamnya akan hilang
Kesabaran akan lupus
Bijaksananya menjadi gila
Disebarnya air dendam yang tidak memilih siapa
Rakyat yang lapar mahunya satu,
Keadilan !
Rakyat yang ditindas mahunya satu,
Keadilan !
Rakyat yang diam mahunya satu,
Saksama !
Rakyat yang bergerak mahunya satu,
Kebebasan !
Rakyat yang bantah mahunya satu,
Ketelusan !
Reformasi, reformasi, reformasi
Hidup rakyat
YB Dato' Seri Anwar Setelah Memenangi Pilihanraya Kecil

Majlis Kesyukuran Kemenangan Bersama Penduduk
Melawat Pesakit Di Hospital Seberang Jaya
Melawat Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat Yang Maut Kemalangan.
Turun Padang Berterimakasih kepada Pengundi Permatang Pauh
Majlis Penghargaan kepada penduduk Permatang Pauh
Tuesday, September 2, 2008
2 September 1998 - 2 September 2008
Marilah sama - sama kita nantikan 16 September 2008!
Sunday, August 31, 2008
Thursday, August 28, 2008
Anwar Sworn In As Malaysian MP - Al Jazeera
| | |||||
| | |||||
| Anwar sworn in as Malaysian MP | |||||
| | |||||
Anwar Ibrahim, Malaysia's leading opposition figure, has been formally declared a member of parliament, moving a step closer to achieving his goal of taking over the government. "I am glad to be back after a decade," said Anwar, who was forced to resign his government and political posts in 1998 amid a sodomy allegation. "I really feel vindicated. I feel great." Anwar, 61, read out the oath of office on Thursday morning in the country's lower house of parliament before taking his place as leader of the loose opposition coalition called Pakatan Rakyat (PR), or people's alliance. On Tuesday Anwar, a member of the opposition Keadilan (justice) party, defeated Arif Shah Omar Shah, the ruling Barisan Nasional's candidate, by a wide margin in the contest for the northern town of Permatang Pauh, the constituency he last held 10 years ago. On March 8 he led the opposition's general election campaign that saw the alliance win 82 seats, 30 short of a majority that could have seen a change of government since Malaysia gained independence from British rule in 1957. During Anwar's oath-taking, most of the top cabinet ministers including Abdullah Ahmad Badawi, the Malaysian prime minister, and his deputy Najib Abdul Razak, were not present in parliament. As an MP, Anwar will now be able to attend the tabling of the annual national budget in parliament by Abdullah on Friday. Anwar, who was a former deputy prime minister and finance minister, has declared his intention to overthrow the government by next month through defections by disaffected MPs, and vowed to be the next prime minister. 'Plan still on'
Anwar's convincing victory on Tuesday in his home state of Penang sparked fresh calls for Abdullah, who also hails from the same state, to resign. Among the loudest was Mahathir Mohamad, Abdullah's predecessor, said the prime minister "must take responsibility and resign now". Razaleigh Hamzah, a former MP and veteran politician, said Abdullah had lost "what scraps of credibility [he] had left" following Anwar's victory. But Abdullah rejected the calls, quoted by Bernama national news agency as saying: "I believe we can still continue the government." His convincing win comes despite a new charge of sexual misconduct for allegedly sodomising a male aide early this year, which he says are politically-motivated. Under Malaysian law, sodomy is illegal even if consensual, and a conviction could see Anwar jailed for up to 20 years. Anwar was charged with sodomy and corruption which led to his sacking from government and political office in 1998. He was later convicted on both charges and served six years in jail before the sodomy conviction was overturned in 2004, but the conviction for corruption remains. Anwar has maintained that Mahathir, who was his long-time mentor, had framed him in 1998 to prevent a power struggle. |
Anwar angkat sumpah sebagai ahli Parlimen
(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji.
Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.
Menteri yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Zaid Ibrahim.
Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Turut sama mengiringi beliau adalah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.
Difahamkan satu sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah tersebut.
UCAPAN DARI KETUA AMK BATU
KEMENANGAN YG. HAK BERADA DI PIHAK YANG BENAR (BANYAK LAGI KEBENARAN DAN KEMENANGAN RAKYAT YG SABAR MENUNGGU SETELAH SEKIAN LAMA DIUJI KERANA DIBOHONGI, AKAN MUNCUL DLM TEMPOH BEBERAPA HARI DAN MINGGU AKAN DATANG - TARIKH KEMUNCAK 16 SEPTEMBER)
BANYAK MANIS DARI YG PAHIT DIBAWA DARI PERMATANG PAUH.
BANYAK DETIK SERONOK DAN LUCU (PALING SERONOK KETIKA DENGAR KETUA MENTERI LIM GUAN ENG SEBUT DAN NASIHAT RAKYAT MENGAMALKAN "AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR") KETIKA BEKERJASAMA DGN PENDUDUK / PENGUNDI SANA (SAYA BERTUGAS DAN MEMANTAU DI DUN PENANTI (KUBANG HULU DAN MENGKUAS), PERMATANG PAUH (ADIK-ADIK GENGSI MOTOR DAN PERAYU UNDI DIAMBIL SEMUA JADI ADIK ANGKAT).
SEMUA INI BOLEH DIHAYATI DLM VCD, AKHBAR, BUKU POLITIK PAKATAN RAKYAT.
(SUARA KEADILAN TERBARU KELUAR HARI INI KHAMIS 28 OGOS - SIAPA NAK BELI, TEMPAH DGN SAYA)
TERIMA KASIH SEMUA ATAS DO'A DAN UCAPAN SERTA SMS TAHNIAH SERTA SEMANGAT INGIN TAHU SEPANJANG KEMPEN (SAMPAI HABIS KREDIT DAN BATERI BEBERAPA KALI DLM SEHARI UTK ANDA SEMUA).
SEKIAN.
KOMITED-TULUS-PERKASA
ROZAN AZEN MAT RASIP
KETUA AMK BATU
Tuesday, August 26, 2008
P044 :Anwar, Arif atau Hanafi?
Bagi AMK Batu, segalanya sudah terang lagi bersuluh. Calon yang dilihat berwibawa sudah terbukti. Bukan sahaja di Permatang Pauh, malah di Malaysia dan seluruh dunia. Anwar Ibrahim adalah satu susuk tubuh dan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Seluruh pelusuk sudah tahu kemampuan beliau mengangkat martabat rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi, kestabilan sosial dan pelbagai lagi. Namun, akibat dari itulah beliau dihentam, ditekan dan dicerca dari segenap ruang untuk menjatuhkan beliau oleh musuh - musuh beliau. Musuh beliau tidak pernah menghiraukan tentang agama. Mereka sentiasa menyalahgunakan agama demi kepentingan politik mereka. Mereka bermain sumpah seolah - olah sumpah itu hanya ucapan yang tidak bernilai. Namun, yakinlah. Kebenaran pasti akan tiba. Janganlah ragu janganlah gusar, Allah pasti mengadilinya.
Buat pengundi Permatang Pauh, anda harapan kami. Anda harapan seluruh rakyat Malaysia. Anda harapan seluruh dunia. Buktikan kepada kerajaan BN, Malaysia bukan hak UMNO/BN. Malaysia adalah hak rakyat. Terjemahkan kuasa rakyat pada kertas undi. UNDILAH ANWAR IBRAHIM UNTUK KEMERDEKAAN DARIPADA UMNO/BN.
Rindu dari Permatang Pauh.
M Khairul Anwar M Azidin
Kubang Ulu
1.10am
26 Ogos 2008
Sunday, August 24, 2008
Pembebasan Abg Kamil
Seawal jam 7.00 pagi AMK Batu bergabung dengan AMK Wangsa Maju dan AMK Titiwangsa serta ditemani Omar (Penduduk kampong) “menyerang” Pasar Pagi Seri Penanti untuk mengedarkan handbill dan berkempen meraih undi. Seterusnya lebihkurang jam 10.30 pagi, AMK bergerak ke Madrasah di Penanti untuk mengedarkan handbill.
Berita pembebasan Kamil Abd Samad (Timb. Ketua Bhgn Batu) telah diterima dan beliau dibebaskan di Balai Polis Butterworth. Semoga penahanan beliau dari tahanan polis menjadikan beliau semakin tabah dan semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan.
Buat Abg Kamil, AMK Batu mengucapkan Selamat Meneruskan Perjuangan dan Lawan Tetap Lawan. AMK Batu sentiasa kekal lantang membantah penahanan Abg Kamil yang disifatkan sebagai tujuan melemahkan parti.
Laporan Oleh :
M Khairul Anwar Bin Mat Azidin




