Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

MEDIA STATEMENT: Recent Political Defections Due to Dollar and Cents

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Date: 4 March 2010


RECENT POLITICAL DEFECTIONS DUE TO DOLLAR AND CENTS

The recent announcement of Bagan Serai MP Mohsin Fadzli Samsuri joining Bayan Baru MP Zahrain Hashim and Nibong Tebal MP Tan Bee Beng in quitting the party is part of a plan by the Barisan Nasional (BN) to undermine the will of the people and destroy PKR.

It is not coincidental that all of a sudden, the stated MPs profess losing confidence with the party and wanting to build "an independent block" when the plain fact is that the defectors are driven by monetary rewards. The truth is PKR cannot compete with the BN when it comes to monetary rewards. The BN’s grand design would include using certain tycoons to help alleviate these debt-ridden and opportunistic MPs (the Perak crisis being a clear case of such manipulation). It is simple common sense when suddenly some of them have now been cleared from their debts and are enriched.

Unfortunately, former PKR Secretary General Sallehuddin Hashim has facilitated these defections and manipulated the weak-willed and fickle MPs who are pliable enough to be lured into the BN's trap. It is therefore of no surprise that Sallehuddin has been present at the last few defector’s press conference. After his resignation as PKR Secretary General, Sallehuddin has actively engaged with BN leaders including the Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah. Sallehuddin himself revealed to several PKR leaders that he had meetings with both of them two days before Chinese New Year. It is odd and dubious when someone who has once held a key position in PKR has suddenly found confidence in the BN and its leaders. He will continue to spin the myth that he was disappointed with the party and other assorted lies and half truths, but the truth is it all due to dollars and cents.

As the BN and Sallehuddin continue this vicious campaign, Pakatan Rakyat and PKR will remain steadfast and will not be cowed by such acts. We know these attempts are calculated to cripple or destroy PKR as it poses a real threat to the BN. After all in the last general election and most subsequent by-elections, the BN has lost many mixed seats to PKR. The party is nonetheless confident that these defections will only make us stronger.

We urge the Rakyat to help us do the right thing - to break away from the current corrupt, unjust and abusive system to one that is truly just, clean and democratic system of governance.

LATHEEFA KOYA
Information Chief, KEADILAN

MEDIA STATEMENT/KENYATAAN MEDIA - Keadilan Teguh

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA


Tarikh: 4 Mac 2010


KEADILAN TETAP TEGUH DAN MANTAP

Peristiwa beberapa orang Ahli Parliamen (AP) melompat keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merupakan proses penyucian yang dialu-alukan. Kami percaya apabila sudah tidak ada daki, kulit menjadi lebih bersih dan badan lebih sihat.

Sejarah menunjukkan PAS dan DAP mengalami cabaran lebih buruk pada peringkat permulaan mereka. Beberapa pimpinan utama mereka keluar parti. Dari DAP Goh Hock Guan (SUA), Richard Ho (pemimpin kanan), Lee Lam Thye dan lain-lain keluar parti. Ada pihak menganggap DAP akan lingkup. Sebaliknya ia menjadi lebih kuat sehingga kini.

Dari PAS pula, Asri Muda (Presiden), Osman Abdullah (SUA), Nakhaie Ahmad (Naib YDP) dan ramai lagi meninggalkan parti. Para pemimpin Umno menyangka dan mengharapkan PAS akan gulung tikar. Tetapi apa berlaku? PAS menjadi lebih teguh seperti yang terbukti sekarang.

Kita jangan lupa Umno juga melihat ramai pemimpin, termasuk tiga orang Presidennya – Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn - keluar parti dan tidak masuk semula sehingga mati. Tidak seperti Mahathir Mohamad, yang bercerai sekejap dan kemudian rujuk kembali. Berbeza dengan PAS dan DAP, Umno lebih parah keadaannya kini.

Ahli-ahli Parliamen yang melompat katak dari KEADILAN akhir-akhir ini, seperti Ahli-ahli Dewan Negeri yang berbuat serupa terdahulu darinya, menghadapi masalah pribadi serta kewangan dan ada yang mula disiasat oleh pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah).

Selain itu mereka tidak menjaga kawasan, tidak pernah menuyarakan rintihan apatah lagi membela hak rakyat. Mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam Parlimen – tidak pernah atau jarang sekali bercakap atau berbahas.

Pimpinan Umno meraih peluang dari kelemahan mereka. PM Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menemui hampir semua sebelum mereka keluar – termasuk juga beberapa orang bukan ADUN atau AP yang boleh diperalatkan – dengan menjanjikan berbagai-bagai habuan untuk memikat mereka. Kami mendapat maklumat bahawa berpuluh juta dana disediakan oleh PM serta kroni konrporatnya untuk membeli ADUN dan AP, terutama dari KEADILAN.

Najib dan pemimpin Umno yang lain berikrar konon hendak berusaha menghapuskan korupsi. Sebaliknya mereka sentiasa melakukan korupsi politik dan kewangan besar-besaran. Tindakan korupsi mereka pasti akan menjadikan KEADILAN lebih teguh dan mantap dan disokong rakyat ramai.



Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden, KEADILAN


###




MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE


Date: 4 March 2010



KEADILAN STRONG AND CONSOLIDATED

The actions of some Members of Parliament leaving the Malaysian Justice Party (KEADILAN) is a cleansing process that is very much welcome. When dirt is removed, the skin becomes cleaner and the body stronger.

History has shown that PAS and DAP faced more serious challenges especially during the earlier stages of their development. Many of their important leaders left. From DAP were Goh Hock Guan (Sec-Gen), Richard Ho (senior leader) and Lee Lam Thye, among others. Some people though that this would spell disaster tothe party, but instead DAP emerged much stronger until now.

As for PAS, many have left the party, among them Asri Muda (President), Osman Abdullah (Sec-Gen) and Nakhaie Ahmad (Vice President). Leaders of Umno then thought and hoped that PAS would close down. But what happened? PAS emerged very much strengthened as witnessed now.

Lest we forget, Umno itself experienced a number of their leaders quitting, including three former Presidents – Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman and Hussein Onn. They left and died outside Umno. This was different from Mahathir Mohamad, who divorced Umno only for a short while and then reconciled. Unlike the cases of PAS and DAP, Umno-BN is facing a disastrous situation now.

Members of Parliament who leap-frogged recently, like members of the State Councils before them, faced personal and financial problems, and a number of them were already being investigated by the MACC (Anti-Corruption Commission).

Besides, they did not look after their constituencies, never voiced the plight of the people or championed their causes. Further, they showed poor performance in Parliament – never or seldom speaking up and participating in debates.

Some Umno top leaders take opportunity of the situation. PM Najib and his wife Rosmah Mansor met almost all of them – including some non-members of Parliament or State Councils who could be used – enticing them with all kinds of reward. We are well-informed that millions of ringgit has been stacked by Najib and his corporate cronies for the purpose of buying MPs and state councilors, especially from KEADILAN.

Najib and other senior leaders of Umno have proclaimed that they would fight against corruption. Instead, they are now indulging in big scale political and financial corruption. Their corrupt acts will certainly make KEADILAN stronger and more consolidated and supported by the people.

Dr Syed Husin Ali
Deputy President, KEADILAN

Saya tidak keluar PKR, akan kerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk jahanamkan UMNO




Ahli dewan undangan Perak bagi kerusi Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dengan keras menafikan khabar angin yang mendakwa beliau bakal meninggalkan PKR.


Sehubungan itu, beliau membidas Umno yang didakwanya punca segala tohmahan dan berita palsu berkenaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya saya akan keluar parti. Saya ingin beritahu Umno yang kami akan bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi menjahanamkan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Yunus (kiri) berkata khabar angin itu sengaja ditaburkan oleh Umno sebaagi taktik serangan psikologi yang menggoncang Pakatan Rakyat, khusus PKR.

Beliau juga mendakwa sejak memenangi kerusi Kuala Kurau sejak dilantik Mac 2008, 'agen-agen Umno' sering kali cuba 'melamarnya' menyertai parti Melayu itu.

Sejak minggu lalu, blog-blog pro Barisan Nasional dan juga akhbar Cina menyiarkan spekulasi kononnya Yunus akan berpaling tadah.

Spekulasi semakin panas apabila MP Bagan Serai Mohsin Samsari mengumumkan tindakannya keluar dari PKR semalam.


Bagi membuktikan khabar angin itu tanpa asas, Yunus pagi ini juga terbabit dalam demonstrasi di pusat khidmat Mohsin yang ditutup hari ini.

Bantahan itu bagi membidas tindakan MP bagan Serai itu yang kini menjadi ahli bebas.

“Jika dia benar-benar berjuang untuk rakyat, dia (Mohsin) sepatutnya membuka pusat khidmatnya esok dan dia sendiri perlu mengendalikannya.”

Lebih 200 pengundi di Bagan Serai termasuk MP Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa (PAS) dan beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dari Perak menyertai bantahan ini.

Read more...

Read more: http://loveperak.blogspot.com/#ixzz0hBXLekt5

DEBAT PERDANA DI PULAU PINANG


Tarikh: 07 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 8.45pm
Tempat: Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

GERAKAN VS UMNO DI PARLIMEN BATU

Sememangnya kami di AMK Batu sudah menjangka dari dahulu lagi bahawa UMNO sememangnya teringin sangat memiliki Parlimen Batu. Nampak ura-ura itu semakin menjadi kenyataan apabila Ketua UMNO Bahagian Batu sudah dilantik sebagai Ketua BN Bahagian Batu, sebelum ini disandang oleh GERAKAN. Mari kita tengok siapa yang kena.

http://www.malaysiakini.com/news/125636

Umno 'cengkam' Batu, Gerakan resah
Kuek Ser Kuang Keng
Mac 4, 10
10:52am

Dalam menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di parlimen Batu, Umno bahagian itu dengan cepat 'merampas' jawatan ketua bahagian Batu BN daripada Gerakan.

Ini petanda pertama Gerakan mula hilang cengkamannya ke atas kerusi parlimen itu yang diduduki lebih 22 tahun.

Menurut sumber
dari Gerakan, ketua Umno bahagian Batu, Yahya May Ghani dilantik sebagai ketua BN bagi kawasan parlimen itu Jumaat lalu.

Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh ahli parlimen Batu, Ng Lip Yong sehingga kerusi Gerakan itu dirampas oleh Tian Chua (kiri, berbaju putih) dari PKR pada pilihan raya umum 2008. Sejak itu, jawatan berkenaan dibiarkan kosong sehingga Jumaat lalu.

Perlantikan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati yang tebal di kalangan ahli Gerakan di Batu.

Seorang ahli menyifatkan perkembangan terbaru itu sebagai ”amat buruk”.

"Pada peringkat bahagian, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya tanpa mahu mendedahkan identitinya.

Ger
akan khuatir kerusi Batu mungkin diberikan kepada Umno kerana lazimnya, ketua bahagian BN akan dipilih sebagai calon kerusi berkenaan.

Kebimbangan mereka memuncak apabila khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan pilihan raya kecil di Batu.

Oktober tahun lalu, Tian Chua dijatuhkan denda RM3000 dan penjara enam bulan kerana kesalahan menggigit seorang anggota polis. Dia akan hilang kerusi parlimennya itu jika permohonan rayuannya yang dijadualkan pada 13 April ini ditolak.

Batu terletak di wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Sejak diwujudkan pada 1986, ketua bahagian BN telah dipegang oleh Gerakan sehingga 2008.

Menurut sumber Gerakan lagi, ketua bahagian BN menguasai sumber-sumber kerajaan termasuk pengagihan dana.

Proses pemutihan untuk jati diri parti - Tian Chua

Dipetik dari http://www.erapakatan.com/berita/proses_pemutihan_untuk_jati_diri_parti_-_tian_chua/

Oleh Mat Zahari Ali

Kuala Lumpur: PKR akan menjadi parti yang lebih kuat setelah berlaku proses pemutihan dalam menghasilkan pemimpin yang mempunyai jati diri dan tidak berkepentingan peribadi selain memahami insprirasi gabungan PR yang mengutamakan keadilan dan ketelusan dalam segenap peringkat pengurusan dalam mengenengahkan politik pelbagai kaum.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata proses pemutihan yang sedang melanda PKR merupakan satu proses biasa yang berlaku dalam mana-mana pertubuhan politik.

"Kita telah menduga akan berlaku beberapa pemimpin yang akan meninggalkan parti dengan sebeb beberapa tawaran menarik yang ditawarkan oleh BN kepada mama-mana pemimpin PKR ketika kes mahkamah Ketua Umum (Anwar) masih lagi berlangsung.

'Sudah tentu mana-mana pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi yang selama ini mengharapkan parti akan memberikan kekeyaan peribadi akan kecewa dengan dasar ketelusan yang mementingkan integriti dan bukannya dasar kronisme dan puak-puak.

" Kita berharap lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi atau mereka yang mengharapkan kekayaan peribadi meninggalkan parti supaya parti dapat mengenal pasti pemimpin yang berkualiti'" kata beliau yang juga AP Batu.

Menyentuh mengenai tindakan terbaru, AP Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meletak jawatan hari ini dengan alasan tidak setuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah, Tian berkata semua pihak boleh memberikan seribu satu alasan.

"Tidak semua pihak bersetuju dengan apa yang telah diputuskan oleh parti tetapi sebagai sebuah pertubuhan segala keputusan majoriti parti perlu dipatuhi.

"Dizaman Nabi Muhammad dulu pun ketika perjanjian Hudaibiah ramai dikalangan para sahabat Nabi Muhammad tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut tetapi tidak ada seorangpun dikalangan sahabat Nabi Muhammad meninggalkan Islam atau termakan pujukan kaum musrikin.

"Begitu juga dalam PKR sekarang, kita mahukan ahli dan pemimpin yang tulin dan bukannya pemimpin yang mudah dibeli dengan harta dan wang ringgit.

'Saya ucapkan terima kasih pada mana-mana yang telah meninggalkan parti dan saya tahu rakyat lebih maklum dan mampu untuk menilai setiap tindakan golongan yang berkepentingan ini," ujar Tian.

Mengenai desas desus yang menyatakan beberapa lagi akan meninggalkan PKR, beliau menganggap kenyataan tersebut datangnya dari mereka yang telah diupah dengan ganjaran tertentu selain untuk membalas dendam.

"Ini yang saya katakan tadi, sekarang adalah masa paling sesuai untuk mendapat ganjaran paling mahal dari BN ketika Anwar masih dalam pembicaraan yang sengaja ditangguh-tangguhkan.

"Tujuan penangguhan ini untuk mengaibkan Anwar selain untuk memperlekeh PKR dan gabungan PR dimata rakyat.' tambah beliau.

Menurut Tian, PKR tetap konsistan dengan dasar-dasar parti dan gabungannya dalam PR.

'Mana-mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar parti dan kesepakatan PR boleh mengadakan perbincangan peribadi dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti atau mengambil jalan meninggalkan parti secara berhemah.

Sehubungan itu menurut Tian, PKR bercadang akan menggubal beberapa dasar selepas ini bagi memantapkan parti dan ahli supay tidak lagi terperangkap dengan pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi serta mudah terjebak dengan habuan sogokan.

Wednesday, March 3, 2010

AKTIVITI DI SELANGOR


REFORMIS TETAP BERJUANG BERSAMA DSAI

Kenyataan Akhbar Aktivis Reformasi

3 Mac 2010

Kami diberi mandat untuk mewakili lebih 2000 aktivis reformasi seluruh negara dengan ini

dengan tegas menyatakan:

1. Kami Menyokong penuh kempimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kami percaya hanya beliau mempunyai iltizam yang kuat dan mampu untuk membawa agenda reformasi serta perubahan di negara ini. Menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

2. Menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat,kerana agenda Pakatan Rakyat jelas membawa perubahan; menghapuskan rasuah dan merealisasikan hasrat ‘Malaysia Baru’.

3. Tindakan ahli-ahli Parlimen yang melompat parti adalah tindakan golongan pengecut. Tindakan mereka juga jelas merupakan pengkhianatan kepada pengundi yang telah mengundi mereka dalam pilihanraya umum lepas untuk mewakili mereka melaksanakan agenda perubahan seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

4. Oleh itu, kami mencabar golongan ini supaya bersikap ‘jantan’ dengan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan. Hanya dengan cara itu dapat mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan sama ada tindakan mereka mendapat restu pengundi.

5. Menyeru pengundi mengadakan bantahan, termasuk demonstarasi aman di kawasan Parlimen masing-masing terhadap ahli-ahli Parlimen melompat parti.

6. Mengecam budaya politik wang yang diamalkan oleh Barisan Nasional dan ejen-ejen mereka kerana amalan ini adalah virus perosak bangsa dan negara Malaysia.

7. Menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat jumlah wang yang ditawarkan kepada ahli-ahli Parlimen yang melompat parti dan mengheret mereka ke muka pengadilan.


Wakil-wakil aktivis reformasi:

Nasir Isa
Mohd Hamdi Mohd Said
Badaruddin Ismail
Syed Baniamin Syed Baharuddin
Norzairi Jantan
Sow Hock Hin
Badrulhisham Mohd hanafiah
Mohd Hafifudin Nordin
Pospan Lingam Sinakanu
Abdul Rahman Hackeem
Zainal Misran (Enot)
Zunar
Haili Ahmad

oleh: Aktivis Reformasi

Sumber: Facebook-Zunar Kartunis

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

12 MP PKR IKRAR TAAT SETIA KEPIMPINAN DSAI

Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/125564


Dua belas ahli parlimen PKR yang tidak memegang sebarang jawatan parti itu, hari ini menafikan spekulasi yang mereka akan keluar parti.

Mereka turut menyatakan ikrar akan terus menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaska
n demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

Bagaimanapun, Loh dan Gobalakrishnan tidak hadir kerana berada di luar negara.


Bagaimanapun, tiga lagi ahli parlimen PKR - Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkeflee Nordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) tidak menandatangani kenyataan tersebut.

Mohsin telahpun mengumumkan keluar PKR pagi ini.

Ditanya mengapa ada ahli parlimen yang keluar parti, Kamarul berkata: "Mungkin ada tawar menawar, mungkin ada masalah peribadi yang tidak diluahkan kepada kami.

"Saya percaya kepimpinan tidak diberi maklum tentang sebab yang menyebabkan mereka ambil keputusan itu," katanya.

Kamarul juga membaca kenyataan yang mendakwa bahawa serangan Umno-BN untuk memecahbelahkan keutuhan PKR, bermula dengan mengumpan beberapa ahli parlimen menjadi wakil bebas.

Menurutnya, nama-nama ahli parlimen tersebut telah disebarkan melalui beberapa blog, dengan merujuk kepada mereka yang tidak berjawatan dalam pimpinan utama PKR.

Sehubungan itu, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka akan meninggalkan PKR, sepertimana yang dispekulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya, katanya, hakikat sebenarnya ialah Umno-BN berasa gusar melihat gelombang kedua sokongan rakyat kepada kepimpinan Pakatan, terutama yang berkaitan dengan kes fitnah kedua terhadap Anwar.

Beliau mendakwa, Umno-BN mahu mengalih tumpuan daripada kemerosotan ekonomi negara dan isu-isu nasional yang "semakin parah dan tidak menunjukkan tanda-tanda penyelesaian."

SOLAT HAJAT BERSAMA DSAI

MAJLIS SOLAT HAJAT
Tarikh: 04 Mac 2010 (Khamis)
Masa: 7pm
Tempat: Kediaman DSAI di Segambut
Semua Muslimin dan Muslimat Di Jemput Hadir Beramai-ramai

1Malaysia: Mari Belajar Apa Itu GST (Golongan Susah Tertindas)


Sebelum aku teruskan tajuk ini, kita tengok trend perniagaan di Malaysia. Aku tak pandai niaga, dengan kata lain ‘businnesman’, oleh itu aku tak mahir dalam selok belok perniagaan. Aku tak mahu menyentuh GST secara teperinci. Kita biarkan kepada ahlinya untuk membahaskan dengan lebeh teperinci. Apa yang aku nak sentuh, sekadar aku sebagai pengguna serta akibat dari perlaksanaan GST tu nanti.

Apa sebenarnya GST tu. GST adalah singkatan dari ‘Goods and services tax’. Dalam melayunya ‘ cukai barangan dan perkhidmatan’. Di negara kita telah diperkenalkan pelbagai cukai atau inggerisnya ‘TAX’. Mengapa cukai diperlukan bagi sesebuah negara dan bilakah cukai mula diperkenalkan ?

Cukai sebenarnya telah lama digunakan, termasuk dalam agama Islam sendiri. Pelbagai nama digunakan. Tapi pokok tujuannya serupa. Cukai atau Tax. Ianya bertujuan baik, demi kebajikan bersama. Supaya yang kaya dapat membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi apabila manusia semakin tamak dan rakus, maka cukai cukai tersebut berubah corak menjadi penindas kepada golongan miskin. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin terus papa kedana.

Dalam Islam, ia nya dikenali sebagai zakat, zakat fitrah, zakat perniagaan dan sebagainya, itu bagi yang beragama Islam. Bagi yang tidak beragama Islam, tetapi bersedia bernaung dibawah panji panji Islam, maka mereka dikenakan cukai yang dikenali sebagai cukai kepala.

Tetapi, sekiranya ketua kerajaan Islam, merasakan dia telah tidak sanggup untuk mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam tersebut. Dengan kata lain, Kerajaan Islam tersebut tidak sanggup mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam dari sebarang serangan luar, keatas mereka. Maka kelompok bukan Islam tersebut terlepas dari cukai yang dikenakan keatas mereka.

Begitulah Islam mengajar umatnya supaya bertanggungjawab dari dunia hingga akhirat, hatta kepada bukan islam sendiri. Semuanya demi kebaikan dan kesejahteraan Umat manusia. Sebab nabi Muhammad diutuskan untuk kesejahteraan seluruh alam, bukan sekadar untuk Umat Islam sahaja. Itu secara ringkas tentang ukai dan tanggungjawab dalam Islam.

Kembali kita kepada pokok asal kita. Cukai dan GST.

Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas tadi, cukai telah diperkenalkan sejak lama dulu. Begitu juga di Malaysia. Bila berlaku perubahan demi perubahan. Pelbagai cukai bertambah dan bertukar ganti. Namun cukai cukai tersebut semakin hari semakin membebankan, golongan miskin dan papa kedana. Mengapa ini berlaku. Sedangkan tujuan asal cukai itu tadi adalah untuk kebaikan bersama. Yang kaya membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi mengapa terbalik jadinya, yang kaya terus bertambah kaya, yang miskin semakin terhimpit, akibat dari cukai cukai tersebut.

Apabila GST diperkenalkan kelak. Sekadar yang aku faham, ianya akan dikenakan kepada sesiapa yang membeli lebeh banyak. Bermakna lagi banyak barang yang akan kita beli, maka, lagi banyak lah cukai yang akan kita kena. Lebeh mewah barang yang kan kita beli, lebeh banyak cukai yang akan kita bayar. Itu ikut faham singkat aku berdasarkan aku sebagai pengguna.

Apa yang aku nak kongsi bersama alah berita dari utusan malaysia online pada 27 November 2009 bertajuk ‘GST pada 4 peratus’ dan satu lagi pada 4 Disember 2009 bertajuk ‘GST tidak bebankan rakyat’. Dua tajuk itu jelas menunjukan, bahawa kerajaan akan tetap melaksanakan GST di Malaysia, mulai tahun 2010. Begitu indah dan lunaknya bahasa ynag digunakan demi mencapai maksud yang tersirat.

Ingatlah wahai rakyat Malaysia, sesuatu cukai itu, apabila telah diperkenalkan maka susah untuk di buang. Ianya akan menjadi biawak hidup yang meragas dibelakang kita.

Seperti yang telah aku sebutkan sebelum ini, setiap cukai yang diperkenalkan, walaupun untuk dikutip dari golongan yang berada atau kaya, tetapi akhirnya kita yang susah ini lah yang akan menanggungnya.

Mengapa aku kata begitu. Ini jelas kita rasai dalam sejarah perniagaan di Malaysia. Para peniaga besar (tokoh koperat) di Malaysia, di lindungi. Bukan oleh undang undang, tetapi oleh golongan ‘bangsa awan’. Siapa kah golongan ini ? Mereka adalah orang yang kita angkat untuk duduk disitu. Kita telah meletakan mereka sebagai ‘dewa’. Lebeh penting lagi, mereka ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun, hatta undang undang sekalipun.

Apa kaitan cukai dengan ‘bangsa awan’ dari golongan ‘dewa’ ini ?

Mari kita tengok, apa yang terjadi kepada kita selama berpuluh tahun dan siapa yang sebenarnya nya ‘merogol’ kita balik, tanpa belas kasihan.

Contoh mudah:

Harga gula dan tepung untuk kegunaan harian kita. Semua orang perlukannya. Apa yang berlaku ?

Semua tahu, gula dan tepung adalah barangan kawalan, bermakna untuk menaikan dengan sewenang wenangnya akan ditangkap dan didenda. Hatta menyimpanya secra berlebehan juga dianggap salah. Tetapi siapakah yang menaikan harga tersebut. Kerajaan sendiri istiharkan harga tersebut terpaksa dinaikan, dengan pelbagai alasan yang indah indah.

Mengapa ini berlaku ?

Mudah, atas desakan tokoh koperat yang mengusai perniagaan di Malaysia.

Siapa mereka ?

Orang ada disekeliling golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’

Apa akibat dari kenaikan tersebut ?

Golongan miskin makin terhimpit.

Adakah golong kaya akan merasa susah akibat dari pelbagai cukai dan aturan ?

Ya, mereka akan merasa susah sekira mereka tidak memberi apa yang golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’ ini perlukan. Tetapi sekiranya hajat golongan ini termakbul, maka tokoh koperat atau golongan kaya ini akan tetap terjamin, tidak terusik sedikitpun.

Oleh itu GST, buat lah apa juga undang undang atau aturan, akhirnya akan menekan golongan susah dan miskin. Dengan pelbagai cara dan kaedah.

Mengapa aku katakan golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’ tidak boleh disentuh oleh sesiapa, hatta undang undang sekalipun ?

Kita ambil contoh kecik, yang budak budak pun faham. Berapa banyak kes orang politik yang ditutop dan dihilangkan begitu sahaja. Sebahagiannya dilupakan dan cuba dilupakan. Tapi golongan ikan bilis atau yang menentang sahaja yang di ‘highlight’ kan.

Kes Khir Toyo, kemana menghilang ? Kes Isteri dia, juga, kemana menghilang ? Kes Rafidah Aziz, dalam saham menantu. Ezam yang kena tahanan sebab keluarkan dokumen rasmi, dah keluar semula dari. Kini dah masuk sekongkol dengan mereka. Tapi kemana menghilangnya kes itu ? dan banyak lagi kes kes yang besar dan kecil yang tiada undang undang di Malaysia yang mampu mengatasi mereka.

Mengapa terjadi begitu ?

Kerana mereka ini golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa sakti’.

Mereka ini akan memperkenalkan GST pada 2010. Sama sama kita tunggu nanti. Ambang 2010. Yang penuh misteri.

Apa dia GST tu, ulang sekali lagi aku nak dengar …….

-Golongan Susah Tertindas……

Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/125569

Perhimpunan besar-besaran bantah GST dianjur
Christine Chan
Mac 3, 10
1:21pm

Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.


Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian f Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada jam 9 pagi.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Menurut penyelaras Protest, Dr Hatta Ramli (atas, dua dari kiri), kumpulan berkenaan membantah pelaksanaan GST kerana ia membebankan golongan miskin.

"Kami mahu Yang di-Pertuan Agong memahami dan melihat sendiri bahawa rakyat menentang GST," jelasnya pada sidang media di markas PAS, hari ini.


Perhimpunan itu, katanya akan dijalankan secara aman dan tidak akan menganggu kelancaran lalu lintas.

"Kami jangkakan ia adalah bantahan yang paling aman dalam sejarah Malaysia kerana kami tidak mahu sidang Parlimen terganggu," sambungnya.

Justeru, menurut ahli parlimen Kuala Krai itu, kumpulannya tidak bercadang memohon permit.

"Menurut bancian yang dijalankan oleh badan bebas, sebahagian besar rakyat Malaysia menolak GST," katanya.

BERITA PANAS: MP BAGAN SERAI KELUAR PKR

Nampaknya salah seorang MP PKR menyahut cabaran dalam proses pembersihan dalam PKR. YB Mohsin Samsuri telah keluar dari PKR dan sekali gus mengatakan beliau wakil rakyat bebas. Diminta sesiapa yang telah dikotori, keluarlah dari PKR, kami tidak mahu anda dalam perjuangan ini. Perjuangan menuju Putrajaya tidak memerlukan manusia-manusia seperti anda. Ini merupakan satu pengajaran buat para pemimpin PKR supaya memilih calon yang lebih komited dalam perjuangan, bukannya datang dari manusia yang gilakan kuasa dan wang.

Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/125546

MP Bagan Serai pula umum keluar PKR
Mac 3, 10 11:28am

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas. Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.

Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim. Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.


Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi. Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang. Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP. DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.

Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.
Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.
Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan. Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut. Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan. Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

DAP, PAS Mahu Anwar Terus Jadi Ketua

Dipetik dari http://shamsuliskandar.wordpress.com/

Persoalan sama ada DAP akan terus menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang tidak timbul sama sekali.

Sebaliknya menurut tokoh utama parti itu, Lim Kit Siang, DAP sentiasa memberikan sokongan padu kepada Anwar berhubung kepemimpinannya dalam Pakatan Rakyat, sebagai ketua pembangkang dan sebagai bakal perdana menteri apabila mereka menumbangkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Lim lagi pada kenyataan medianya, hari ini, Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang meskipun jika ahli parlimen PKR kurang daripada 28 ahli – jumlah yang kini dimiliki oleh DAP.

Dengan pengumuman keluar parti oleh ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng semalam, PKR kini mempunyai 28 MP. Jumlah itu menyamai dengan kerusi yang dimiliki oleh DAP.

Menurut Lim, apa yang berlaku di PKR adalah proses pembersihan yang dilihat perit dan pedih tetapi amat diperlukan bagi menjamin kredibiliti dan masa depan PKR dan Pakatan Rakyat.

Menurut Lim, “perbezaan ketara antara PR dan BN ialah sampah-sarah PR adalah permata BN”.

Sekretariat DAP juga mengeluarkan kenyataan media yang ditandatangani olehi 28 ahli parlimennya dan dua senator yang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Anwar.

Dalam pada itu, sekretariat PAS juga dalam satu kenyataan media menyatakan semua ahli parlimennya menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Anwar sebagai ketua pembangkang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat PAS, ahli parlimen parti itu, sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lalu.

NONEPAS yang mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat berkata ahli parlimen mereka sedar bahawa rakyat mengundi kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.

“Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

“Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini,” menurut kenyataan itu lagi.

PAS juga menyeru kepada masyarakat untuk bersama menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN untuk menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh 23 ahli parlimennya dan dua ahli dewan negara PAS.

Sumber: Malaysiakini

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

UMNO TAK DEMOKRASI ............

Mengapa mereka tidak boleh berdiri bersetuju bersama-sama dengan pihak kerajaan negeri Kelantan dalam menuntut hak rakyat negeri Kelantan. Mereka lebih mengetahui akan hak mereka ke atas royalti minyak. Mengapa mereka tidak boleh membuat keputusan yang bertentangan dengan pucuk pimpinan UMNO. Di mana hak bersuara dalam UMNO dan dimana dikatakan UMNO mengamalkan dasar demokrasi. Kerana takut akan ketua, mereka menarik balik sokongan mereka, di mana perjuangan untuk rakyat?

Dipetik dari http://themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/55045-adun-bn-kelantan-sokong-usul-royalti-mungkin-dihukum

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) berkata parti itu akan mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi sebelum mengambil tindakan.

Ekoran itu kesemua Adun bangun sebagai menyatakan sokongan kepadal usul terbabit termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, Mat Yusof Abdul Ghani (BN – Nenggiri) dan Datuk Abdul Rashid Aziz (BN – Kuala Balah).

Adun Barisan Nasional yang tidak berdiri ialah Datuk Nozula Mat Diah (BN – Paloh) dan Adhan Kechik (BN – Bukit Bunga) manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN – Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu.

Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.

Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.

Usul terbabit berbunyi, “bahawa DUN memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

“Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini,” kata Hishammuddin.

Beliau yang juga Menteri Dalam turut menyelar keputusan DUN Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

“Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar.

“Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat sini.

Hishammuddin mengulas keputusan sidang DUN Kelantan semalam yang sebulat suara meluluskan usul membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Sementara itu, mengulas mengenai isu lompat parti yang melanda pemimpin dan anggota dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menasihatkan agar setiap ahli Umno dan BN supaya tidak terlalu gembira menerima berita itu.

Beliau berkata apa yang berlaku dalam PKR jelas menunjukkan bahawa untuk memerintah sesebuah negeri bukan perkara yang mudah kerana ia melibatkan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.

“Apa yang berlaku dalam PKR jangan melalaikan kita... jangan mengizinkan kita leka dalam agenda yang telah kita umumkan pada rakyat.

“Perkara yang telah dijanjikan kepada rakyat untuk membuat tranformasi dalam parti, ianya tidak bergantung kepada kedudukan parti lawan,” kata Hishammuddin ketika mengulas mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang MohammadGet 20% CashBack with Malaysia's biggest ever dining offer!

Fairus Khairuddin yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai Umno, Ahad lepas.

Mohammad Fairus, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, berkata keputusannya keluar dari PKR adalah kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap para pemimpin parti itu terutamanya dalam perkara yang membabitkan Islam dan Melayu.

ISU PANAS DARI RAJA PETRA - MESTI BACA

Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering.
(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)

Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.
Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu.

Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini.Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut, pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.

Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.

Pengalaman PAS

Sementara itu, mengikut pengalaman PAS pula, dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Haji Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.

Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut.Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan rayan 2003.

Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah.

Menjelang PRU 13

Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini."

Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera)."Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra."Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.

Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja.

NAJIB VS MUHYIDDIN

BERBALAH DENGAN NAJIB, PORTAL MUHYIDDIN TUTUP - Free Malaysia Today

Persaingan politik antara kem Muhyiddin Yassin dan bos beliau Najib Razak dilihat semakin meruncing apabila laman web Muhyiddin itu ditutup sejak seminggu lalu, selepas dilancarkan baru dua bulan.

Laman sesawang rasmi milik Muhyiddin, www.my-malaysia.com.my, ditutup tanpa sebarang notis setelah ia dilancarkan pada Idealisme Generasi Muda di Angkasapuri, 30 Januari lalu.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat Muhyiddin mendakwa portal tersebut mengalami masalah teknikal dan mendakwa ia akan diaktifkan semula dalam “sedikit masa.”

Namun “kehilangan” laman web itu tetap menimbulkan spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena antara Najib dan Muhyiddin.

Beberapa pihak beranggapan portal itu samada diarah tutup oleh pihak tertentu dalam Jabatan Perdana Menteri atau digodam oleh pihak upahan kem pro-Najib.

Portal yang membawakan tema “MY Malaysia – Muhyiddin Yassin Untuk Malaysia” itu membawa aspirasi dan buah fikiran orang nombor dua dalam kerajaan itu.

Namun beberapa pihak di dalam dan luar Umno melihat isi pandangan Muhyiddin itu bercanggah dengan konsep-konsep yang dicanang oleh Najib menerusi slogan Satu Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan laman web Muhyiddin dilenyapkan akibat “dua pemimpin itu
mempunyai pandangan berbeza dan ingin membawa dasar masing-masing dalam pentadbiran negara.

“Perkara ini sudah diduga awal kerana Najib dan Muhyiddin “tidak boleh bertemu muka”. Mereka dilihat tidak seiring dalam banyak perkara.

Kelompok Muhyiddin tidak senang dengan monopoli kumpulan Najib dalam membuat keputusan dan ini dilihat beberapa kali apabila Muhyiddin bercanggah pendapat dengan Najib,” kata beliau.

Abdullah Sani beranggapan perpecahan dalam Umno dan Barisan Nasional sudah mencapai tahap kritikal dan rakyat hanya menunggu masa untuk melihat pemberontakan besar-besaran oleh kem Muhyiddin terhadap Najib.

“Kem Muhyiddin tidak berpuas hati terhadap banyak perkara. Contohnya isu Ku Li dan royalti minyak di mana amaran diberi kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu datang daripadad Muhyiddin bukannya Najib,” kata beliau lagi.

Keretakan yang melanda Umno-BN semakin jelas kata Abdullah Sani sambil menambah Muhyiddin dan Najib “tidak boleh duduk sekapal”. Najib dan Muhyiddin dilihat tidak sebulu sejak era mereka berdua bersama dalam Pergerakan Pemuda Umno lebih dua dekad lalu. Ketika itu Najib menerajui Pemuda Umno sementara Muhyiddin sebagai Exco kanan.

“Muhyiddin menganggap beliau exco paling kanan dalam Pemuda Umno ketika itu dan merasakan tidak perlu tunduk kepada Najib yang lebih muda dan “junior” dalam politik.

“Jadi antara beliau dengan Najib sentiasa ada perasaan tidak senang sehinggalah apabila beliau menjadi timbalan kepada Najib,” kata Abdullah Sani lagi.

Pertelagahan antara Najib dan Muhyiddin telah hangat diperkatakan dalam blog serta laman web politik sejak Ahli Parlimen Pulai itu menyandang sebagai timbalan dalam kerajaan dan parti.

Muhyiddin dianggap bercita-cita tinggi dalam politik dan ramai menjangkakan Timbalan Presiden itu akan mencabar Najib untuk jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti 2011 nanti.

Tuesday, March 2, 2010

MAJLIS ULANG TAHUN PAKATAN RAKYAT


MAJLIS ULANG TAHUN PAKATAN RAKYAT TAHUN KE-2
Tarikh : 07hb Mac 2010 (Ahad)
Masa: 9pm
Tempat: Padang Kelab Sultan Sulaiman
Anjuran : PKR Wilayah Persekutuan
SEMUA DI JEMPUT HADIR

SELAMATKAN MALAYSIA: CERITA TENTANG SAIFUL

Oleh: Amin Ahmad

Ada komentar yang mengatakan bahawa siri tulisan ini menyerang peribadi Saiful. Ia nampak macam betul kerana itulah perspektif yang mahu diambil mereka dan itulah yang mereka buat pada Anwar Ibrahim. Tapi satu perkara yang berbeza ialah mereka beria-ia mempertahankan bahawa Anwar Ibrahim pesalah sedangkan siri artikel ini menyatakan beberapa fakta dan juga cadangan agar peguam dan sesiapa juga bersikap kritis kepada Saiful Bukhari.

Ramai menganggap Anwar tidak memberi keadilan kepada Saiful Bukhari berikutan acapkali kes yang ada tertangguh. Hakikatnya, peguam Saiful dan Saiful sendiri yang tidak serius mengendalikan kes ini kerana tidak mematuhi undang-undang misalnya dalam penyerahan bukti kes untuk disemak dan disediakan hujah balas.

Sebab itu saya katakan bahawa mereka sedang menggunakan taktik ‘mind game’ untuk menanam keraguan demi keraguan kepada Anwar Ibrahim. Di samping itu, jika kita membaca dan mendengar penjelasan di mahkamah, Saiful ternyata mengulang naratif 1998 iaitu cukup dengan memalitkan imej negatif kepada Anwar untuk dipanjangkan media kepada massa.

Percayalah, jika mereka sudah cukup puas dan mati hujah dalam pengendalian kes ini, mereka akan cuba menunjukkan mereka kalah dari segi teknikal. Dalam kes 1998, mereka cuba menggambarkan melalui hakim kononnya hakim percaya kes memang berlaku tapi tak ada bukti kukuh. Saya tidak tahu ke mana para hakim mahu meletakkan imej institusi kehakiman dengan komentar demikian. Apa hak hakim untuk membuat ulasan bersifat peribadi. Jika hakim ada asas untuk percaya, tentu saja kes itu tidak habis sebegitu sebaliknya para Pendakwa Raya kes 1998 akan cuba menterjemahkan keyakinan hakim.

Begitulah rakyat mahu dibodohkan oleh mereka. Dan saya tidak hairan dengan segelintir rakyat yang memilih untuk diperbodohkan.

Dalam tulisan lepas, saya mengatakan bahawa maklumat dari pejabat Anwar keluar bukan saja kepada Saiful, tetapi dipanjangkan kepada pihak ketiga. Saya tidak tahu secara pasti, tapi saya percaya peguam boleh menyoal tentang ini. Jangan terkejut kerana hujah konspirasi akan dijawab hakim sebagaimana Augustine Paul (kini mendiang) – tidak relevan.

Saya percaya kerana khabarnya Saiful ada bertemu Rodwan, pegawai polis yang turut sama terlibat dengan kes 1998 di satu bilik sebuah hotel. Setakat ini belum ada kenyataan penafian daripada Rodwan dan Saiful sendiri meskipun maklumat ini telah disebarkan berbulan lamanya.

Tentu saja mereka tertanya bagaimana Raja Petra atau Anwar mendapat maklumat ini? Saya tidak tahu, tapi jujurnya ia menambahkan rasa yakin orang ramai kepada sumber maklumat melalui jaringan mereka. Ya, pendekatan jurnalis penyiasatan memang tidak popular di Malaysia, dan Raja Petra dilihat agak ke hadapan.

Anwar pernah membuat makluman bahawa tuduhan Saiful kepadanya ada bersabit dengan laporan polis yang mahu dibuat kepada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara berkaitan kes 1998. Mungkin maklumat ini berguna untuk ditunjukkan sama ada berlaku hubungan antara Saiful dengan kedua penjawat awam ini.

Sebetulnya semasa hari Saiful membuat laporan polis, saya sedang membantu Institut Kajian Dasar (IKD) menjalankan Seminar Kebijakan (baca: dasar) untuk aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hotel Quality. Saya tidak tahu waktu sebenar Saiful membuat laporan, tapi saya menyedari bahawa Anwar mendapat maklumat ini sekitar waktu Maghrib.

Hotel Quality mulai dipenuhi orang ramai kemudian – ia mungkin kerana maklumat melalui Berita TV.

Seminar kami hampir tergendala kerana peserta tinggal separuh bila yang lain mulai mengawal keadaan dan juga berbincang dengan Anwar. Saya tidak tahu bila dan bagaimana Anwar dibawa keluar dari hotel tetapi kemudian saya difahamkan beliau berlindung di Kedutaan Turki.

Ramai yang mempertikai kononnya Anwar penakut. Hakikatnya, Anwar dinasihat ke sana berikutan isu keselamatan dan juga kebarangkalian beliau ditangkap atas tuduhan jenayah (meskipun belum dibuktikan!).

Kehilangan Saiful memang tiba-tiba. Saiful mendakwa 26hb kejadian berlaku, 27hb di majlis AIC dan beliau sempat singgah ke pejabat PKR di Tropicana dan selepas itu gagal dihubungi. Tiba-tiba difahamkan Saiful ada mengirim e-mel ‘letak jawatan’ kerana alasan disiplin. Wow, letak jawatan tanpa surat lantikan!

Kita wajib berasa aneh bila Najib bertukar alasan tentang dakwaan Saiful berjumpanya. Najib memang tidak ada pilihan. Beliau tidak dapat menafikan pertemuan ini kerana tentu saja beban besar akan ditanggungnya jika pertemuan ini dapat dibuktikan terjadi. Maka alasan yang diberi ialah urusan biasiswa. Di situ ia mengundang tawa. Wah, hebatnya Saiful!

Dan akhirnya Najib mengakui bahawa Saiful datang kepadanya ‘mengadu’ dan ‘kelihatan trauma’. Semudah itu Saiful mendapat ruang bertemu Najib! Agaknya rakyat didahulukan itu merujuk kepada Saiful!

Memang wajar hal ini dipersoal kerana aktivis mahasiswa dan NGO misalnya, jangan harap semudah itu dapat berjumpa Perdana Menteri! Menteri pun sukar! Paling tidak pun hanya dapat bertemu pegawai khas!

Ops, jangan lupa bahawa ketika itu Najib hanya seorang Timbalan Perdana Menteri!

CIKGU FARIZ MUSA DITANGKAP POLIS

Timbalan Ketua AMK Malaysia merangkap Ketua AMK Terengganu iaitu Cikgu Fariz Musa telah ditangkap oleh pihak polis apabila beliau cuba menghalang pihak berkuasa yang cuba meroboh perumahan setinggan. Beliau kini ditahan di IPD Kuala Terengganu.

Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/125467

Roboh setinggan, pemimpin PKR ditahan
Mac 2, 10 1:19pm

Ketua angkatan muda PKR Terengganu Fariz Musa hari ini ditahan kerana menghalang perobohan rumah setinggan di Kg Paya Bunga, Kuala Terengganu.

Turut ditahan ialah seorang pemilik rumah dalam operasi perobohan sejumlah 12 rumah di kampung itu pada kejadian kira-kira jam 11 pagi ini.

Kedua-dua mereka kini berada di ibu pejabat polis Kuala Terengganu untuk direkodkan kenyataan.


Menurut Fariz (kiri), operasi yang dikendalikan hingga 60 orang penguatkuasa daripada polis, pejabat tanah dan pegawai kerajaan tempatan sejak awal pagi ini berjaya merobohkan semua 12 buah rumah di kampung tersebut.

"Pihak berkuasa merobohkan semua rumah, malah sebelum keluarga itu dapat memindahkan barang-barang mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

10 daripada 12 buah rumah berkenaan masih didiami penduduk dan lima daripada keluarga berkenaan kini tiada tempat tinggal, katanya lagi.

Menurutnya lagi, penduduk miskini berkenaan telah mendiami tanah itu sejak tahun 1934 dengan lesen menduduki sementara. Penduduk berkenaan tinggal di atas tanah milik sementara, namun mereka telah membayar sewa tanah sejak tahun 1934.

"Kebanyakan daripada mereka merupakan fakir miskin yang menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Mereka diminta oleh pejabat tanah untuk mengosongkan rumah sebelum 28 Februari lalu. Jika gagal mereka akan didenda sebanyak RM50,000 dan juga penjara selema lima tahun," katanya lagi.

Tambahnya, penduduk juga telah meminta pampasan daripada kerajaan negeri, namun menteri besar hanya bersetuju untuk menyediakan lori bagi mereka memindahkan barang.

Turut ditawarkan ialah penempatan semula di sebuah perumahan kos rendah dengan bayaran deposit sebanyak RM3,000.

"Mereka membuat rundingan dan mengurangkan bayaran deposit itu kepada RM300 tetapi beberapa keluarga masih tidak mampu membayar.

Sesetengah mereka merungut rumah kos rendah ini terletak sejauh 20 km daripada Kuala Terengganu dan sangat jauh daripada tempat kerja mereka," kata Fariz lagi.

Katanya lagi, mereka telah menghantar memo kepada menteri besar pada 21 Februari lalu bagi menunda tarikh akhir pemindahan penduduk itu, tetapi tidak diendahkan.

Kerajaan negeri bercadangan membina sebuah tapak parkir bertingkat di atas tanah berkenaan, katanya lagi.

KENYATAAN MEDIA - APA HAL SALEHUDDIN HASHIM

KENYATAAN MEDIA

UNTUK EDARAN SEGERA


Tarikh: 2 Mac 2010

APA HAL SALEHUDDIN HASHIM?

Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim. Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar Parti dan saya mempercayainya.

Orang sudah tahu semua ADUN dan AP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM. Namun tidak dinafikan ada juga masalah pribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.

Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.

Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro Politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.

Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar Parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN
###
MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE
Date: 2 March 2010

WHAT’S UP SALEHUDDIN?

I do not know and I do not intend to find out what role is being played by ex-Secretary General of KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim. He has denied allegation by some that he is behind the actions of Parliamentarians who have left the Party, and I tend to believe him.

It is well-known that all the state councilors and MPs who left, had financial problems or were being investigated by the MACC. Nevertheless, undeniably there were also some problems with the state government or party leadership. Almost all of them met PM Najib Razak and in certain cases his wife, Rosmah Mansor, before quitting Party.

I have always held when the dirt is removed, the skin will look better and the body will be healthier. Lest we forget, in their earlier history, PAS, DAP and even UMNO suffered from their President, Secretary General and other leaders leaving their party. They all emerged stronger after that.
Salehuddin served the KEADILAN well for about six years, three years as Organising Secretary and another three years as Secretary General. The Political Bureau appreciated his services and recorded its thanks.

There’s a misconception that the Party received Salehuddin’s services for free. I wish to put the record straight that he agree to accept RM9000 a month, although earlier he requested for US3,000 monthly. The sum was not paid by the Party but by a party supporter.

I was aware that during his good services, there were constant ups and downs in his attitude towards the Party, particularly the leadership. But his anger climaxed when his “application” to be CEO of Syarikat Perangsang, which carries a monthly emolument of more than RM50,000 monthly was rejected, before he resigned as Party Sec-Gen.

Now Salehuddin speculates that about ten more MPs will leave the Party. I leave him with his speculation and only time will tell whether he is right or wrong. Nevertheless, with the information I have, I believe that this is unfounded and part of baseless psy-war against the Party.

DR SYED HUSIN ALI
Deputy President, KEADILAN
###