Showing posts with label Permatang Pauh. Show all posts
Showing posts with label Permatang Pauh. Show all posts

Tuesday, February 9, 2010

KES FITNAH KE-2 DSAI 090110

Mahkamah menangguhkan kes DSAI pada esok hari (10 Febuari) untuk menyambung hujah YB Karpal Singh untuk menukar hakim

Tarikh: 10 Febuari 2010
Masa: 9.30am
Tempat: Kompleks Mahkamah Jalan Duta

Datanglah Beramai-Ramai (Pakai pakaian atau apa sahaja berwarna oren tanda sokongan kepada DSAI)

Petikan dari Malaysiakini.com

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan hingga esok.
Hakim memutuskan demikian selepas peguamnya Karpal Singh berkata pihaknya mahu memfailkan afidavit balas terhadap afidavit pendakwaraya.

Pihak pendakwaraya memfailkan afidavit itu semalam.Ekoran itu, hakim menangguhkan perbicaraan hari ini hingga jam 9.30 pagi esok.

Monday, February 8, 2010

AMK BATU HADIR PERBICARAAN KES FITNAH #2 ANWAR IBRAHIM & KES ARSENIK YB-YB PKR


FITNAH #2 DSAI -

Perbicaraan Hari ke-5 Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihadiri AMK BATU bersama Cabang BATU.
Antara yang hadir saya selaku Ketua AMK BATU, Naib Ketua Norsharizal, Ketua Biro Noor dll.

Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution, Cabang BATU telah diamanahkan antara cabang yang memimpin himpunan sokongan hari ini.

KES ARSENIK -
CUBAAN MENJATUHKAN YB TIAN CHUA, YB AZMIN ALI, YB SIVARASA serta HISHAMUDDIN RAIS


AMK BATU juga turut menghadiri dua buah kes yang berlangsung serentak di Mahkamah Tinggi Jalan Duta iaitu Kes Arsenik serta penggulungan Kes Perhimpunan BERSIH. Antara yang dituduh dalam kes ini pimpinan PKR seperti Pengarah Strategi PKR / Ahli Parlimen BATU YB Tian Chua, Naib Presiden / Ahli Parlimen Gombak YB Azmin Ali, YB Sivarasa Rasiah serta penulis bebas Hishamuddin Rais dan ramai lagi yang dituduh.

Sepertimana yang telah mahkamah mendengar keterangan saksi pendakwa (Polis), ramai tidak dapat memeberi keterangan dengan menyakinkan terutamanya fakta asas kejadian serta hujah pendakwaan yang lemah dan boleh diragukan kredibiliti.

AMK BATU tidak menolak kes ini berkemungkinan besar(baca : sepatutnya !!) digugurkan kerana ada unsur sabotaj pimpinan PKR yang bertaraf Ahli Parlimen / YB Yang Berkhidmat kepada rakyat...

ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU/Naib Ketua AMK WP

Sunday, January 31, 2010

KETUA UMUM DATUK SERI ANWAR IBRAHIM



RAKYAT HAKIM NEGARA -

perhimpunan bantah fitnah terhadap DSAI

2 Februari 2010 / 9 am
Kompleks Mahkamah Jalan Duta

Semua AMK BATU, Ahli PKR & Penyokong PR digesa turun.

ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP

Tuesday, August 26, 2008

P044 :Anwar, Arif atau Hanafi?

Kurang dari 6 jam lagi pengundi Permatang Pauh akan membuat satu pilihan bagi menentukan halatuju politik Malaysia. Setelah berhempas pulas berkempen bagi meraih undi daripada para pengundi, jam 8 pagi nanti, mereka akan menyerahkan segalanya ditangan pengundi. Hanya doa dan tawakkal kepada Allah kerana perancangan Allah adalah segalanya.

Bagi AMK Batu, segalanya sudah terang lagi bersuluh. Calon yang dilihat berwibawa sudah terbukti. Bukan sahaja di Permatang Pauh, malah di Malaysia dan seluruh dunia. Anwar Ibrahim adalah satu susuk tubuh dan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Seluruh pelusuk sudah tahu kemampuan beliau mengangkat martabat rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi, kestabilan sosial dan pelbagai lagi. Namun, akibat dari itulah beliau dihentam, ditekan dan dicerca dari segenap ruang untuk menjatuhkan beliau oleh musuh - musuh beliau. Musuh beliau tidak pernah menghiraukan tentang agama. Mereka sentiasa menyalahgunakan agama demi kepentingan politik mereka. Mereka bermain sumpah seolah - olah sumpah itu hanya ucapan yang tidak bernilai. Namun, yakinlah. Kebenaran pasti akan tiba. Janganlah ragu janganlah gusar, Allah pasti mengadilinya.

Buat pengundi Permatang Pauh, anda harapan kami. Anda harapan seluruh rakyat Malaysia. Anda harapan seluruh dunia. Buktikan kepada kerajaan BN, Malaysia bukan hak UMNO/BN. Malaysia adalah hak rakyat. Terjemahkan kuasa rakyat pada kertas undi. UNDILAH ANWAR IBRAHIM UNTUK KEMERDEKAAN DARIPADA UMNO/BN.

Rindu dari Permatang Pauh.

M Khairul Anwar M Azidin
Kubang Ulu
1.10am
26 Ogos 2008

Friday, August 22, 2008

Laporan Aktiviti AMK Batu di Permatang Pauh - 22 Ogos 2008

Hari ini suasana pilihanraya agak suram. Ini kerana hujan lebat yang melanda Permatang Pauh tengahari tadi. Sehingga laporan ini ditulis pada jam 7 malam, hujan renyai - renyai masih membasahi bumi bertuah Permatang Pauh.

Dalam kehujanan tadi, AMK Batu diketuai oleh Shah bersama penduduk kampung Kubang Ulu memasang bendera dan poster di sekitar markaz hingga ke jalan hadapan Masjid Jamek Kubang Ulu. Kami juga akan menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut memandangkan Dato Seri Najib Tun Razak akan bersama - sama menunaikan solat di situ sekaligus menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid. Kami ingin mendengar apakah penipuan yang akan dilakukan oleh Najib Si Perancang Pembunuh Altantuya. Wahhh.... Najib jadi Imam solat Maghrib ke?

Satu lagi kumpulan yang diketuai oleh Khairul Anwar Mat Azidin telah mengiringi Abg Bakar (Pengarah Pilihanraya bagi salah seorang calon Kedilan di Melaka pada PRU12) meninjau dan membuat culaan di sekitar kawasan Semambu dan Sungai Lembu.

Juga tidak dilupakan, minyak telah diturunkan harga sebanyak 15sen. Namun, jangan tertipu dengan taktik menjelang pilihanraya ini. Bagi duit, ambil... Bagi kain batik, ambil... Bagi gula, ambil... Minyak turun, terima... Tapi di kertas undi, pangkahlah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Cukup setakat ini. Laporan lanjut menyusul kemudian.

Laporan disediakan oleh:

Muhamad Khairul Anwar Mat Azidin

Thursday, August 21, 2008

Laporan Aktiviti AMK Batu di Permatang Pauh - 21 Ogos 2008

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Batu telah pun menghantar wakil bagi menjalankan tugas bagi membantu jentera pilihanraya Permatang Pauh. Mereka ialah Norshahrizal (Setiausaha AMK Batu) dan Muhamad Khairul Anwar Mat Azidin (Ketua Exco Strategi dan Tindakan) telahpun berada di Permatang Pauh sementara menantikan ahli AMK yang dijangka akan tiba lagi pada keesokan hari.

Ketika ini, AMK Batu berada di Pusat Gerakan Wilayah Persekutuan di Kubang Ulu, Permatang Pauh bagi mengadakan ceramah kelompok. AMK Batu amat bertuah kerana turut dibantu oleh penduduk tempatan yang sentiasa komited dalam setiap aktiviti di pusat gerakan ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk tempatan yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

InsyaAllah, kemenangan di pihak kita!

Laporan aktiviti lain akan menyusul dari masa ke semasa.