Showing posts with label Exco. Show all posts
Showing posts with label Exco. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

MESYUARAT AMK BATU

Salam semua AMK BATU

MESYUARAT AMK BATU

Tarikh : 10 JUN 2010 / KHAMIS
Masa : 8.00 p.m.
Tempat : Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parti Keadilan Rakyat


Agenda :
1) KAUNTER DAFTAR PENGUNDI BARU
2) MAKAN MALAM BERSAMA ANWAR IBRAHIM - PERTAHANKAN BATU, SELAMATKAN MALAYSIA
3) PERLANTIKAN & PENGGANTUNGAN AJK AMK BATU


Kehadiran adalah diwajibkan.

Terima Kasih.

ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP

Thursday, March 25, 2010

AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR MENINGGAL DUNIA

Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad telah kembali ke yang maha ESA. Berumur 71 tahun, selama ini dilaporkan kurang sihat telah menghempus nafas terakhir pada pukul 9.30 di rumah beliau di Kajang, Selangor. Kematian beliau akibat derita penyakit barah otak. AMK Batu berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhai oleh Allah S.W.T. AL-FATIHAH ....

ZUL NORDIN SUKA PUTAR BELIT

Soal jawab dibawah boleh membuktikan Zul Nordin suka memputar belit fakta. Isu mengatakan bahawa dia ditawarkan sesuatu untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan ke pembunugan Altantuya.

Kes Altantuya : Mengapa Peguam Azilah Hadri Tarik Diri ?

Suara Keadilan (Julai 2007)

Mungkin kita mendapat 'clue' setelah membaca salinan asal pengakuan Sirul Azhar sewaktu disoal-siasat oleh Polis dalam 'posting' sebelum ini. Tidak dinafikan seluruh rakyat Malaysia maupun antarabangsa menyakini kes pembunuhan Altantuya ini melibatkan TPM, Najib Razak dan Rosmah.

Walaupun penafian dibuat oleh mereka berdua, namun segala 'event' yang berlaku berhubung kes ini termasuk rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia dipadam oleh pihak imigresen, perbicaraan yang dilihat mengikut 'skrip', pertukaran hakim dan pendakwaraya semasa 'prosiding' sedang berjalan dan pelbagai lagi situasi yang menampakkan penglibatan individu berprofil tinggi dalam negara.

Rakyat Malaysia tidak pernah lupa dengan peristiwa pemecatan DSAI dalam tahun 1998 dulu. Bagaimana dakwaan yang dibuat terhadapnya serta perjalanan perbicaraan yang jelas mengikut skrip dan barisan hakim yang rasuah telah menyebabkan sistem kehakiman dalam negara musnah sama-sekali. Negara mengamalkan 'Law Of The Jungle'.

Salah satu indikator yang menunjukkan wujudnya penglibatan individu atasan dalam kes Altantuya ini apabila peguam Cif Inspektor Azilah Hadri 'terpaksa' menarik diri dengan tiba-tiba. YB Zulkifli Nordin (salah seorang peguam Anwar) telah menarik diri sebagai peguambela Azilah atas sebab-sebab tertentu.

Berikut adalah wawancara Suara Keadilan (Julai 2007) dengan beliau berhubung penarikan diri tersebut ;

SK : Bagaimana saudara boleh terlibat dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya?

Ketika kes ini mula terdedah dan tertuduh pertama iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri sudah ditahan, sepupu beliau yang juga merupakan seorang pelajar yang sedang membuat chambering di sebuah firma guaman datang berjumpa dan meminta saya mengambil kes ini.

Selepas diperkenalkan, saya dan keluarga Azilah pergi ke penjara Sungai Buloh untuk bertemu dengan Azilah dan berbincang mengenai perlantikan saya sebagai peguam.

Sebaik sahaja bertemu, saya rasa pernah melihat dia tapi saya lupa di mana. Tapi setelah Azilah memberitahu bahawa beliau adalah pegawai pengiring Anwar ketika hari pembebasan Anwar baru saya ingat pernah melihat Azilah di mahkamah.

SK : Berdasarkan pemerhatian, bagaimana saudara melihat Azilah.

Semasa pertama kali bertemu di penjara, saya lihat karektor beliau sebagai seorang yang susah nak percaya kepada sesiapa.

Beliau kelihatan murung dan ketakutan.Jadi pertemuan dengan beliau harus dilakukan banyak kali untuk menyakinkan beliau bahawa saya benar2 seorang peguam.

Beliau merasakan bahawa beliau teraniaya dalam kes ini. Kes ini kes besar. Kes bunuh.

Bila seseorang yang dituduh membunuh dan merasakan dia sudah teraniaya, memang susah untuk individu tersebut percaya kepada orang lain kerana dalam fikiran mereka semua orang mahu menganiaya dirinya.

SK : Bagaimana saudara yakinkan Azilah bahawa saudara tiada niat menganiaya beliau?

Saya beritahu Azilah bahawa saya benar2 seorang peguam bukan wakil dari pihak lain yang terus menerus yang mahu menganiaya beliau. Saya beritahu dia saya Zulkifli Nordin, peguam yang turut terlibat semasa perbicaraan Anwar Ibrahim.

Pada awalnya Azilah cuma melantik saya sebagai peguam ketika sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah Azilah melantik saya sebagai peguam beliau untuk perbicaraan kes ini.

Selepas sebutan pertama itu, saya sering bertemu Azilah di penjara Sungai Buloh. Setiap minggu saya akan ke sana bertemu Azilah untuk berbincang dengan beliau dan untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

SK : Adakah Azilah menceritakan kepada saudara apa sebenarnya berlaku?

Ya. Segala2nya diceritakan. Biarpun pada awalnya beliau cuma menceritakan secara kasar dan banyak memberikan bukti secara bayangan sahaja tetapi selepas dua atau tiga pertemuan barulah dia menceritakan secara jelas apa yang berlaku.

Sebagai peguam saya perlu mendapatkan maklumat yang lengkap dari anak guam saya untuk memudahkan saya melakukan pembelaan terhadap beliau bila perbicaraan dimulakan. Terlalu banyak perkara yang beliau ceritakan kepada saya.

SK : Apa latar belakang Azilah?

Beliau menyertai UTK pada tahun 1997. Dalam UTK dipecahkan banyak unit. Antara unit2 itu adalah unit keselamatan kepada menteri dan Azilah dari unit keselamatan kepada Timbalan Perdana Menteri. Azilah bertugas sebagai OCBG (Officer in Charge Body Guard) kepada TPM. OCBG adalah ketua kepada unit ini. Sehari sebelum tarikh Altantuya dikatakan dibunuh iaitu pada 18 Okt 2006, Azilah mengiringi TPM di Kuala Lumpur.

SK : Bagaimana sikap keluarga Azilah?

Saya mendapat sokongan sepenuhnya dari keluarga Azilah. Mereka mahukan saya melakukan yang terbaik untuk beliau.

SK : Macam mana dengan orang ramai dan pihak2 lain?

Orang ramai juga memberikan sokongan kepada saya. Mereka sangsi terhadap kes ini. Dari awal lagi orang ramai sudah mengesyaki bahawa kes ini melibatkan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam politik. Jadi mereka mahukan saya membongkar kes ini agar orang yang bertanggungjawab menerima hukuman.

Ada anggota UTK turut memberikan sokongan kepada saya kerana Azilah dari UTK. Mereka tidak mahu nama baik mereka tercemar. Ada anggota UTK menawarkan saya pengawalan peribadi kerana mereka bimbang ada pihak yang akan mencederakan saya dan juga keluarga saya.

SK : Maksud saudara orang ramai dari awal mengesyaki ada pihak lain yang terlibat dalam kes ini?

Ya, kerana mereka tahu UTK hanya akan bertindak jika mendapat arahan. Azilah adalah anggota UTK, dia tidak akan mengeluarkan arahan kepada orang bawahannya jika beliau tidak menerima arahan dari pihak atasan.

Dan bagi orang ramai jika kes ini tidak melibatkan orang yang berkepentingan politik, UTK tidak akan digunakan. Penggunaan bom C4 juga tidak menimbulkan kesangsian pada orang ramai. Semua orang tahu bom C4 hanya digunakan oleh tentera dan bukan UTK. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh meluluskan penggunaan bom ini.

SK : Selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan tarikh bicara pada 18 Jun, saudara telah menarik diri. Mengapa?

Saya memutuskan untuk menarik diri dari menjadi peguam kepada Azilah kerana saya tidak bersetuju dengan keputusan beliau mengubah strategi pembelaan di saat akhir dengan menggunakan kaedah pembelaan …….

Sepanjang mengambil kes ini, telah 12 kali saya mengadakan pertemuan dengan Azilah dan pada awalnya dengan seorang lagi tertuduh Sirul (Azhar Umar). Pada mulanya beliau bersetuju untuk menggunakan strategi pembelaan yang saya cadangkan.

Semuanya berjalan baik sehinggalah pada dua pertemuan akhir, saya terhidu sesuatu yang tidak kena. Dalam dua2 pertemuan tersebut, tiba2 Azilah memaklumkan bahawa beliau ingin menukar strategi pembelaan.

Saya mula mengesyaki ada pihak tertentu di belakang semua ini. Beliau memberitahu bahawa beliau kini mempunyai………Dan terperanjat kerana ini tidak dimaklumkan dalam pertemuan sebelum ini. Strategi ini akan merosakkan strategi awal yang telah dipersetujui bersama.

Ia juga akan memberi kelebihan dan perlindungan kepada pihak ketiga. Bagaimana pun sebagai peguam, saya akur dengan kehendak anak guam saya. Oleh itu saya membuat keputusan untuk menarik diri kerana ia bertentangan dengan prinsip dengan ‘gerak hati’ saya.

SK : Siapa pihak ketiga itu?

Itu tidak boleh saya bagitahu.

SK : Apakah insiden seperti pertukaran mahkamah, hakim dan peguam adalah sesuatu yang biasa terjadi?

Bila kita lihat pada kes Altantuya ini, banyak berlaku pertukaran seperti pertukaran mahkamah dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sedangkan pertuduhan dilakukan di Kuala Lumpur.

Insiden pertukaran hakim juga terjadi, dari hakim kanan (KN Segara) ditukar kepada seorang pesuruhjaya kehakiman atau pelatih hakim, Mohd Zaki Md Yassin. Kemudian berlaku juga pertukaran peguam Razak Baginda, daripada Muhammad Shafie kepada Wong Kian Kheong.

Sedangkan semua orang tahu kehebatan Muhammad Shafie berbanding Wong. Wong Kian Kheong merupakan peguam dari firma Tetuan Hishamuddin Hussein dan Hishamuddin merupakan sepupu kepada Najib Tun Razak.

Kali terakhir berlaku pertukaran hakim, mahkamah dan peguamialah dalam kes Anwar Ibrahim, lapan tahun lalu.

SK : Sebagai seorang peguam, apa pendapat saudara mengenai pertukaran pasukan pendakwa dalam kes ini?

Sejak kes pembunuhan Norita Samsudin, Peguam Negara telah menubuhkan satu unit khas yang baru dan dipanggil Unit Kes Terkelas.

Unit ini ditugaskan untuk menguruskan kes2 yang berprofil tinggi. Unit ini diketuai oleh seorang pendakwaraya yang paling kanan (Salehuddin Saidin) dan tumpuan diberikan kepada kes yang berprofil tinggi.

Kes Altantuya ini diuruskan oleh mereka kerana kes ini merupakan kes yang berprofil tinggi.

Bila berlaku pertukaran, kita mengagak pertukaran berlaku di antara pendakwa dari unit pendakwaan, tetapi apa yang berlaku ialah pertukaran dilakukan dengan mengambil pendakwa yang menguruskan bahagian awam (Tun Majid Tun Hamzah). Tidak pernah berlaku pertukaran pihak pendakwa semasa kes berjalan.

SK : Jika seseorang peguam mempunyai pertalian darah hakim, apa yang patut dilakukan?

Sama ada peguam itu akan tarik diri atau hakim tersebut yang akan tarik diri, jika tidak ini mengundang persepsi buruk masyarakat.

Dari segi etika, tidak wajar jika seorang hakim dan peguam yang mempunyai hubungan keluarga menguruskan kes yang sama dalam satu2 masa.

Sedangkan dalam kes Altantuya ini juga, Peguam Negara membuat keputusan menukar pasukan pendakwa Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin kepada Tun Majid Tun Hamzah dan Manoj Kurup kerana Salehuddin dikatakan pernah dilihat bermain badminton bersama hakim perbicaraan, Mohd Zaki Md Yassin.

Itu cuma bermain badminton ditukar tetapi yang mempunyai hubungan persaudaraan tidak ditukar.

SK : Pendapat saudara mengapa perkara ini berlaku?

Di Malaysia, Peguam Negara terlalu berkuasa hingga melebihi kuasa hakim, dan Jabatan Peguam Negara pula diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sepatutnya kita mengambil contoh negara lain yang meletakkan Peguam Negara di bawah Parlimen.

Jadi kalau ada apa2 perkara yang meragukan seperti kes ini, pihak pembangkang boleh bertanya terus kepada Peguam Negara bukan bertanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kadang kala tidak tahu prosedur undang2.

Wednesday, March 24, 2010

GILIRAN ZUL NORDIN BIKIN HURU HARA

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin mendakwa beliau pernah ditawarkan ganjaran untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, wakil rakyat yang dipecat daripada PKR itu mendakwa dia ditawarkan sejumlah habuan yang besar untuk berbuat demikian.

"Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut.

"Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.

"Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli.

Jelasnya, beliau juga menerima gangguan daripada "pihak ketiga" dalam usahanya untuk mewakili tertuduh dalam perbicaraan kes berkenaan.

Zulklifi ketika itu adalah peguambela bagi Cif Inspektor Azilah Hadri, seorang daripada tiga tertuduh dalam kes berkenaan, sebelum menarik diri.

"Sebab itulah saya menarik diri daripada meneruskan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan saya muystahil untuk bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut," katanya lagi.

AMK BATU KECAM SERANGAN KE ATAS RUMAH CHEGUBARD

AMK Batu kecam ke atas manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab dan bacul dengan serangan ke atas rumah Chegubard. Nampaknya perjuangan orang yang benar perlu menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk nyawa diri sendiri dan keluarga. AMK Batu berharap agar pihak berkuasa dapat menangkap manusia-manusia berkenaan secepat mungkin. Semoga perjuangan Chegubard tidak lentur dan terus berjuang demi rakyat Malaysia.

Petikan dari http://www.erapakatan.com/berita/kediaman_pimpinan_pusat_pkr_diserang/

Kediaman Pimpinan Pusat PKR diserang
Wednesday, 24 March 2010 11:38 AM
Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Rumah ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBad, di Seremban menjadi sasaran serangan bom petrol awal pagi ini — dipercayai perbuatan bermotifkan politik.

Bagaimanapun kejadian itu tidak mengakibatkan kerosakan teruk kecuali kesan kebakaran di lantai dan dinding luar rumah teresnya yang terletak di Taman Chedang, Seremban.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata beliau sedar rumahnya dibaling dengan botol bom petrol kira-kira 1.30 pagi.

“Kira-kira 1.30 pagi tadi saya terdengar bunyi kaca pecah dan apabila saya dari keluar rumah, saya nampak api di luar rumah dan secara kebetulan jiran saya menggunakan air dari paip luar rumah untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi awal pagi.

Turut berada di rumah ketika kejadian ialah isteri dan dua anaknya.

Ini kali pertama rumahnya dibaling dengan bom petrol, kata beliau.

Keretanya juga mengalami kesan kebakaran tetapi tidak rosak teruk.

“Saya tidak pasti apa punca tindakan pihak yang membaling bom petrol ke atas rumah saya kecuali saya percaya ini dilakukan oleh musuh-musuh politik saya,” kata beliau yang lazimnya lantang menyuarakan isu berkaitan kepimpinan peringkat negeri dan juga pusat.

Bekas calon pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Parlimen Rembau ini membuat laporan polis kira-kira 3 pagi tadi.

“Berdasarkan maklumat diberikan jiran saya, mereka ada lihat dua orang yang menaiki motosikal membaling bom petrol ini,” katanya. -MI-

ADA PERTUBUHAN ANTARABANGSA LAGI SOKONG DSAI

KUALA LUMPUR 24 Mac - Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch, mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan semua pertuduhan yang dianggap bermotifkan politik berhubung perbicaraan terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenytaan yang dikeluarkan di New York semalam, pertubuhan antarabangsa yang berpengaruh itu berkata tindakan mahkamah menafikan pasukan peguambela Ketua Pembangkang itu daripada mendapatkan bahan bukti kritikal yang kini dalam simpanan pihak pendakwaan disamping penerbitan bahan bukti di dalam sebuah akhbar milik parti pemerintah, menimbulkan kesangsian serius samada Anwar akan mendapat perbicaraan yang adil.

"Kerajaan Malaysia seharusnya menghentikan permainan terhadap proses keadilan dan menggugurkan caj terhadap Anwar. Pada setiap langkah mahkamah telah menghalang usaha pasukan peguambela Anwar untuk menyediakan pembelaan yang tuntas," kata Phil Robertson, Timbalan Pengarah Asia, Human Rights Watch.

Menurut pertubuhan itu lagi beberapa keputusan mahkamah dilihat menjurus kepada tindakan melemahkan proses penyediaan pembelaan.

Peguambela Anwar telah dinafikan akses kepada sampel spesimen DNA sebelum perbicaraan bermula, kenyataan plaintif dan saksi penting pendakwaan, nota doktor yang memeriksa Saiful serta salinan asli pita rakaman CCTV daripada kondominium di mana kejadian di dakwa berlaku.

Walaupun setelah perbicaraan bermula pada 2 Februari 2010, mahkamah sekali lagi membuat keputusan tidak membenar pihak pembelaan mendapatkan senarai saksi pihak pendakwaan apatah lagi kenyataan mereka.

"Human Rights Watch amat bimbang mengenai campur tangan politik Barisan Nasional di dalam perbicaraan ini. Mahkamah tidak langsung mengambil sebarang tindakan terhadap artikel yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki Umno yang melaporkan maklumat berhubung perbicaraan tertutup semasa lawatan ke kondominium tersebut.

"Penerbitan maklumat yang tidak sepatutnya didedahkan dalam akhbar milik parti pemerintah adalah langkah yang amat mengejutkan dan dilihat sebagai campur tangan kerajaan di dalam kes Anwar.

"Ini adalah contoh terbaru bagaimana kerajaan ingin memainkan peranan utama dalam sebuah perbicaraan melibatkan seorang Ketua Pembangkang," kata Robertson lagi.

Human Rights Watch juga memberikan beberapa contoh campur tangan kerajaan sepanjang tempoh 20 bulan sejak kes ini bermula.

Campur tangan paling ketara ialah apabila Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memindahkan kes tersebut daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada Mac 2009.

Langkah itu dilihat mengekang hak membuat rayuan sekiranya pihak defendan kalah dalam perbicaraan kelak.

Ketika Peguam Negara mengeluarkan arahan tersebut, beliau juga pada masa yang sama adalah di bawah siasatan Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan merekacipta bukti berhubung kes liwat pertama terhadap Anwar.

Kenyataan dua muka surat itu menambah Anwar boleh dipenjarakan 20 tahun dan dihukum sebat sekiranya sabit kesalahan. Walaupun beliau dipenjarakan hanya satu hari atau didenda sekurang-kurangnbya RM2,000 Anwar akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

"Human Rights Watch juga bimbang mengenai cara penyiasatan pihak berkuasa dan pertuduhan yang dibuat. Saiful tidak diperiksa sehingga 48 jam setelah dakwaan kejadian dan doktor pertama yang memeriksa beliau dari Hospital Pusrawi Kuala Lumpur mendapati tidak ada sebarang bukti penembusan di bahagian dubur Saiful. Saiful kemudiannya pergi ke sebuah hospital kerajaan di mana beliau diperiksa oleh tiga pakar.Mereka juga tidak membuat kesimpulan 'tidak ada bukti klinikal yang konklusif yang menjurus kepada penembusan di bahagian dubur dan tidak ada sebarang tanda kecedaraan dibadan pesakit'.

"Saiful pada mulanya mendakwa beliau diliwat tetapi apabila yang dituduh adalah Anwar, seorang yang sudah berumur serta mempunyai masalah tulang belakang, Saiful telah menukarkan pertuduhan beliau kepada 'seks suka sama suka'," jelas kenyataan itu lagi.

Robertson berkata badan kehakiman Malaysia akan tercemar dengan meneruskan perbicaraan yang segaja diadakan terhadap Ketua Pembangkang negara.

Daripada mempolitikkan mahkamah dan menafikan hak mendapatkan perbiacraan yang adil, kerajaan Malaysia harus menghentikan permainan politik kotor, gugurkan semua pertuduhan terhadap Anwar dan kembalikan politik kepada tempatnya hak iaitu di dalam Parlimen, kata beliau lagi.

Tuesday, March 23, 2010

Tian Chua Ziarah Keluarga Mohd Salleh

SHAH ALAM 23 Mac - Ahli Parlimen Batu Tian Chua menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Salleh Hamdan yang terbunuh dalam kemalangan yang membabitkan beliau dan Tian di Kilometer (KM) 49 Jalan Johor Baru-Mersing pada 12 Mac lalu.

Kejadian berlaku sekitar pukul 9.20 malam ketika Tian dalam perjalanan ke Mersing untuk menghadiri ceramah yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Salleh, 23, seorang prebet di Kem Tentera Mersing yang menunggang motorsikal ketika kejadian meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi, dua jam selepas kemalangan tersebut.

Kunjungan Tian semalam yang dituruti bersama Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Anuar Salleh serta pimpinan KEADILAN Johor dan Wilayah Persekutuan mengunjungi ayah mangsa, Hamdan Saim di Taman Putri, Kulaijaya.

Tian sekali melahirkan rasa kekesalan terhadap kemalangan tersebut dan berjanji untuk membantu keluarga Allahyarham untuk menuntut insuran dari pihak berkenaan.

Pada perjumpaan itu Tian Chua juga menyampaikan salam takziah daripada Datuk Seri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan seluruh pimpinan KEADILAN.

Beliau juga menyampaikan sumbangan daripada parti kepada Hamdan pada pertemuan itu yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor Zabidie Abas berkata kunjungan Tian dan pimpinan parti menyanggah tohmahan media milik Umno yang sebelum ini memburuk-burukkan Tian.

"Kedatangan kami amat dialu-alukan keluarga mangsa malah disambut dengan penuh rasa muhibbah. Kami rasa hairan mengapa Tian diserang walhal bukan beliau yang memandu kenbderaan semasa kemalangan. Ini hanya permainan politik kotor Umno yang mahu mengaitkan Ahli Parlimen KEADILAN kepada satu persepsi negatif," kata Zabidie.

Sebelum itu Tian telah pergi ke Balai Polis Kota Tinggi sekali lagi untuk mengetahui perkembangan lanjut hasil siasatan polis terhadap kemalangan tersebut tetapi diberitahu kes masih dalam siasatan.

ZAHRAIN KENA LAGI .........

KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh membidas keras tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru yang menamakan beliau antara lapan anggota Dewan Rakyat yang bercadang melompat parti berhubung dakwaan Pakatan Rakyat mahu mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 sambil mendesak Umno jangan menerima beliau sebagai ahli.

"Kalau mahu tubuh kerajaan pusat Pakatan Rakyat mesti ada sekurang-kurangnya 30 Ahli parlimen yang lompat. Kenapa Bayan Baru memilih-milih dan sebut lapan nama sahaja? Apa sebab dia sebut nama saya? Saya tak pernah terumpan, tak pernah terpujuk dan tak penah pun ke Taiwan. Senarai anggota yang pergi ke Taiwan pun sudah diketahu kenapa dia tak sebut itu? Ini kenyataan orang tak ke sekolah," tegas Ghafur dalam nada marah.

Sambil mendesak supaya Datuk Seri Zahrain Hashim menarik balik kenyataan beliau dalam dewan baru-baru ini serta menuntut maaf kepada beliau, Ghafur berkata beliau tetap setia dengan Barisan Nasional.

"Semasa saya bertanding di bawah Berjaya, PBS mahu beli saya tapi saya tak mau. Kalau saya mahu keluar parti kerana saya tidak lagi percaya kepada pucuk pimpinan parti bukan di beli," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong.

Walaupun beberapa kali Zahrain meminta laluan untuk memberi penjelasan Ghafur bertegas untuk tidak memberi peluang kepada beliau.

Ghafur juga mempertikaikan mengapa Zahrain tidak melompat dua tahun dahulu ketika berada dalam KEADILAN dan hanya berbuat demikian sekarang.

"Saya nasihatkan Umno jangan ambil orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia semasa dalam KEADILAN dia juga boleh gigit ketua kita. Kalau dia masuk Umno mungkin ada orang Umno yang keluar parti. Adakah beliau terima apa-apa imbuhan untuk melompat?

"Mungkin sekarang kocek pun sudah penuh bila lompat parti. Mungkin sekarang dia sudah gemuk sikit, sudah kenyang, mahu bersuara sikit. Saya mahu dia minta maaf sama saya kerana apa yang dia cakap satu pembohongan," kata beliau lagi.


Suara-Keadilan.com

ADAKAH PILIHANAN RAYA KECIL DI PERLIS???

Petikan dari http://www.malaysiakini.com/news/127256

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan
Abdul Rahim Sabri
Mac 23, 10
2:36pm

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Temp
atnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak mahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, dilapor mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.


Petikan dari http://www.erapakatan.com/berita/pilihan_raya_kecil_di_perlis/

Pilihan Raya Kecil pertama di Perlis ?
Tuesday, 23 March 2010 2:09 PM
Oleh Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama akan berlaku di Perlis dalam masa terdekat?

Terbaru, Menteri Besar (MB) Perlis, Md Isa Sabu, mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Menurutnya, BN negeri sedang memujuk agar Adun itu menarik balik hasratnya sekaligus mengelakkan PRK di negeri itu.

Rekod menunjukkan, Adun itu hanya mendapat 1,814 majoriti pada Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac lalu, lebih rendah berbanding PRU pada tahun 2004.

Sekiranya berlaku PRK di kawasan itu, ini merupakan peluang terbaik buat Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR bagi meraih kerusi pertama di negeri Perlis.

Umno Perlis sehingga kini berpecah kepada beberapa puak terutamanya selepas Md Isa Sabu menggantikan Shahidan Kasim sejak 8 Mac 2008.

Petikan dari http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/57227-adun-titi-tinggi-letak-jawatan-bn-sedang-pujuk

KANGAR, 23 Mac — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Perlis Yip Sun Onn dari MCA-BN meletakkan kerusinya berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan wakil rakyat pertama dari BN berbuat demikian sejak pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan usaha sedang dibuat untuk memujuk beliau daripada melepaskan kerusi itu ketika ini dan mengubah keputusannya bagi mengelakkan pilihan raya kecil.

Keputusannya, dikatakan ada kaitan dengan rombakan exco Kerajaan Negeri minggu lalu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh memutuskan apa-apa selagi tidak menerima surat kekosongan daripada Speaker.

“Setakat ini kami belum menerima apa-apa surat lagi,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ketua MCA Perlis Datin Paduka Chew Mei Fun pula memberitahu keputusan Yip meletak jawatan yang mengejutkan ramai belum dapat disahkan.

“Ia belum muktamad lagi... apa yang beliau lakukan ialah hanya melahirkan hasrat mahu letak jawatan.

“Saya hanya baru menerima satu SMS daripada beliau dan kelihatan keadaan OK. Saya tidak fikir beliau akan berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider kira-kira 3.30 petang tadi.

“Saya berharap dan saya percaya beliau tidak akan berbuat demikian tetapi kini perkara pertama yang perlu dilakukan ialah duduk dan berbincang,” katanya.

Beliau tidak pasti sebab Adun itu meletakkan jawatan.

“Saya ingin tahu apa masalah dia yang sebenar; sama ada disebabkan jawatan exco atau masalah peribadi beliau yang lain,” katanya.

Yip digugurkan sebagai exco kerajaan negeri dan digantikan dengan Adun Indera Kayangan Dr Por Choo Chor Jumaat lalu.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengesahkan beliau sudah menerima surat letak jawatan daripada Yip tetapi sedang berusaha memujuknya agar mempertimbangkan keputusan beliau.

“Kami tidak melihat akan ada pilihan raya kecil,” katanya.

MCA memenangi dua kerusi DUN di Perlis.

PKR NEGERI SABAH SIAP SEDIA DAFTAR GENERASI MUDA

PKR Sabah akan menggembleng tenaga Ketua-Ketua Cabang, AMK dan Srikandi serta semua Ketua Penerangan Negeri dan Cabang dimestikan turun padang di tempat masing-masing untuk memberi penerangan kepada generasi muda yang mencapai usia 21 tahun hendaklah mendaftar nama mereka di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri atau daerah.

Ahmad Tamrin menggesa semua Ketua Ketua Cabang, AMK, Srikandi dan Ketua-Ketua Penerangan PKR dalam Mesyuarat yang diadakan petang tadi bertempat di Pejabat PKR Negeri Kota Kinabalu.

“Generasi muda perlukan perubahan pentadbiran Negeri dan Negara, maka generasi muda mestilah berani bersedia sebagai pemangkin untuk merubah Kerajaan yang zalim kepada sebuah Kerajaan yang betul-betul mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan menolak kepimpinan yang bercorak ala hitler atau ala pimpinan yang berselindung di sebalik telunjuk orang lain,” sindir Ahmad Tamrin, sinis.

Tamrin menyatakan, “Misalnya kalau esok, saya memimpin Negeri atau Negara mengikut telunjuk isteri, maka saya adalah seorang pemimpin yang tidak cekap dan saya perlu dibuang dari memimpin Negeri atau Negara,” tegas Tamrim.

Menjawab satu pertanyaan kata Ahmad Tamrin, “Saya tidak berniat untuk menuding jari kepada siapa-siapa yang berselindung di bawah telunjuk isteri, saya cuma kata ‘misalnya’ tapi kalau saya yang termakan cili, tentu saya sendiri yang terasa pedasnya.”

Bercakap mengenai kempen mendaftar pengundi muda yang berusia 21 tahun, Tamrin berkata “Gerakan secara besar-besaran akan dibuat dari rumah ke rumah untuk memberi kesedaran kepada remaja-remaja Sabah betapa pentingnya mereka mendaftar nama sebagai pengundi jika mereka berhasrat mahu merubah Kerajaan”.

“Mengubah corak pemerintahan UMNO/BN hari ini adalah di tangan muda-mudi kita, citarasa muda-mudi kita hari ini tidak kepada UMNO yang jadi tunggak Kerajaan kerana UMNO dianggap oleh muda-mudi sekarang sebagai sebuah parti politik tradisi yang sudah luput tempoh.”

Turut hadir dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri ialah Ketua Angkatan Muda Nasional, Shamsul Iskandar Akin.

Laporan : DATUK HALIK ZAMAN

Pejabat Ketua AMK

PENDEDAHAN ZAHRIN MENGAITKAN 8 YB BN YANG CURANG KEPADA UMNO

Ceramah Pakatan Rakyat hari ini di Pejabat Penerangan Pakatan Rakyat Sepanggar di warnai dengan ceramah dan mesej yang telah di sampaikan oleh Ketua AMK Pusat, Sdr Shamsul Iskandar Akin. Dalam ceramah tersebut beliau telah meminta keluarga Pakatan Rakyat Sabah untuk turun padang dengan lebih kerap lagi untuk menyalurkan sesi penerangan terhadap isu-isu semasa yang sedang berlaku pada masa kini.

Sebarkan kepada rakyat Sabah bahawa Perdana Menteri Najib menggunakan setiap sudut kekuatan politiknya untuk menghancurkan kekukuhan Pakatan Rakyat khasnya dan PKR amnya. Pelbagai taktik dan agenda yang tidak baik di laksanakan demi untuk mencapai matlamat UMNO/BN untuk melihat Pakatan Rakyat terlerai dan PKR rebah tersungkur menyembah bumi. Begitu lah niat buruk Najib.

Seawalnya, UMNO/BN cuba untuk menggoncang kekuatan PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan. UMNO/BN telah memperbesarkan isu Kerajaan Perpaduan yang di andaikan mampu menggoyah ikatan kukuh Pakatan Rakyat. Namun usaha mereka menemui jalan buntu dan gagal.

Tidak cukup dengan itu, UMNO/BN sekali lagi cuba untuk menggoncang DAP dengan isu kalimah Allah. Pelbagai propaganda telah di sebarkan untuk memudarkan kepercayaan orang-orang Islam terhadap keikhlasan DAP dalam Pakatan Rakyat. Ternyata operasi mereka tidak Berjaya. Gagal lagi.

UMNO/BN sekali lagi cuba membinasakan PKR dengan cubaan memusnahkan karier politik dan maruah Dato’ Seri Anwar dengan kes fitnah ke-2. Tidak hanya Anwar, malah isteri beliau yang juga Presiden PKR juga turut di heret bersama kekancah penghinaan.

Tujuan mereka tidak lain selain untuk mematahkan semangat perjuangan orang-orang Melayu dalam PKR. UMNO/BN berharap orang-orang Melayu yang sensitif dengan isu-isu liwat akan segera menarik diri dari PKR dan kembali ke pangkuan UMNO/BN. Nyata sekali kesemua percubaan UMNO/BN gagal. Bukan sahaja orang-orang Melayu terpengaruh, malahan orang orang Melayu bertambah marah kepada para pemimpin UMNO dan bersimpati pula kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Terkini dan mutakhir, UMNO/BN mempergunakan Zahrin untuk menjatuhkan PKR. Zahrain yang bagaikan lembu di cucuk hidung dengan lantangnya menyatakan dalam persidangan Parlimen mengenai hasrat Dato’ Seri Anwar untuk berjumpa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung dan Panglima Tentera Malaysia untuk memaklumkan akan pembentukan sebuah kerajaan baru.

Memang secara logic dan precedent politik semasa, seseorang PM atau Ketua Menteri atau Menteri Besar di bolehkan untuk di lucutkan jawatannya di istana sahaja. Bukan lagi mengikut perundangan di mana perlucutan hanya boleh di buat di dewan negeri/rakyat. Kes “rompakan kuasa” di Perak telah menjadi suatu precedent kepada susur-galur politik di Malaysia sekarang ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat UMNO/BN dengan megah mendabik dada dan tertawa ria bila Anwar Ibrahim di aibkan dengan tuduhan-tuduhan “hearsay evidence” daripada Zahrain. Akan tetapi mereka terlupa, dalam masa yang sama, apa sahaja yang di perkatakan oleh Zahrain akan menjadi satu backfire balik kepada UMNO/BN.

Lapan orang YB yang di sebut namanya oleh Zahrin telah di cacatkan imejnya pada pandangan mata Dato Seri Najib dalam Dewan Rakyat. Dengan terdedahnya nama 8 orang YB Dewan Rakyat yang nak lompat ke PKR itu sudah pasti mereka ini tidak ada lagi peluang nak jadi calon di bawah tiket BN pada PRU13 yang akan datang.

Antara Zahrain sedar atau tidak, sikap yang ingin “membantu” UMNO/BN dalam memaklumkan aktiviti PKR telah menghancurkan karier politik mereka dalam UMNO. Najib sudah pasti tidak lagi menaruh kepercayaan kepada kelapan-lapan YB yang di sebut namanya oleh Zahrain itu. Syabas Zahrin engkau telah berbuat kerja baik untuk PKR.

Kepada Zahrain, tahniah di ucapkan kerana niat beliau sebenarnya untuk memalukan Anwar tetapi akhirnya “memakan” UMNO/BN sendiri serta “menikam karier politik” 8 orang ahli Parlimen UMNO yang di sebut namanya oleh Zahrin. Walaupun dinafikan oleh 8 orang YB UMNO tersebut tapi parut lukanya mesti nampak ketara bahawa 8 orang YB tersebut sudah mencacat cederakan ketaatan mereka kepada UMNO dan Najib. Boleh kah Najib percaya mereka?

Demikian Ketua Pemuda Pusat Encik Shamsul Iskandar Akin menamatkan ceramahnya di Sepanggar malam tadi. Turut memberi ceramah ialah Ustaz Annuar Ali PAS Sabah dan Encik Razak Jamil Ketua AMK Sabah.

Laporan Datuk Halik Zaman

Pejabat Ketua AMK

Isu Tanah TNB: Jawatankuasa Dibentuk

Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersetuju untuk membentuk jawatankuasa bersama dengan penduduk kampung baru Rawang untuk mencari penyelesaian dalam pertikaian melibatkan tanah di situ.

Keputusan untuk membentuk jawatankuasa itu dicapai pada pertemuan dengan sepuluh wakil penduduk kampung dan lapan pegawai TNB, dipengerusikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah exco kerajaan tempatan Ronnie Liu, ahli parlimen Selayang William Leong dan wakil rakyat Rawang Gan Pei Nei.

Keputusan untuk membentuk jawatankuasa bersama itu timbul berikutan tindakan TNB mengancam untuk meruntuhkan perkampungan berkenaan pada Isnin lalu, bagi membina menara kabel rentangan tinggi.

Operasi merobohkan kampung berkenaan bagaimanapun dibatalkan pada saat terakhir apabila penduduk menghalang pihak berkuasa memasuki tanah berkenaan.

Berikutan ini, kerajaan mengumumkan operasi tersebut ditangguhkan bagi membolehkan rundingan hari ini dijalankan.

Pada kejadian dua hari lalu, lebih 200 orang berhimpun di jalan masuk menuju Kampung Sg Terentang, Rawang dalam usaha terakhir mereka menghalang TNB daripada menyambung semula kerja-kerja pembinaan dalam projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di kampung mereka.

Kes berkenaan pernah dibawa ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu dan mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.

Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat.

Apabila siap kelak, projek yang membabitkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang.

Sumber: Malaysiakini

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Monday, March 22, 2010

ADA ORANG PAKATAN RAKYAT KEMUNGKINAN KENA ISA

BERA, 22 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, terdapat banyak maklumat yang menunjukkan kerajaan akan melakukan tindakan agresif terhadapnya termasuk kemungkinan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, penahanannya baru-baru ini bertujuan untuk menakutkan dirinya dan masyarakat peneroka menghadiri program yang dianjurkan sekali gus berusaha menutup kepincangan pengurusan Felda dan kerajaan Umno/BN.

"Penahanan saya adalah untuk menakutkan masyarakat Felda untuk menjemput saya berceramah. Mereka berusaha untuk menutup kepincangan yang dilakukan dalam pengurusan Felda termasuk penindasan terhadap masyarakat peneroka.

"Saya menerima banyak maklumat yang diberikan oleh banyak pihak tentang bagaimana penyelewengan berlaku. Saya ada 15 isu yang akan saya dedahkan satu persatu. Saya akan dedahkan walau pun saya juga mendapat maklumat bahawa saya dicadangkan agar saya ditahan dibawah ISA," katanya ketika berucap dalam program yang dianjurkan PAS kawasan di Darul Ikhwan, Mengkarak, dekat sini semalam.

Selepas peristiwa yang berlaku di Felda Lembah Klau, baru-baru ini, beliau menerima banyak sokongan dari masyarakat peneroka dan generasi kedua Felda yang mahu penjelasan diberikan agar kehidupan mereka terbela.

"Selepas saya ditangkap ramai peneroka terutama generasi keduanya tak puas hati dan marah kepada Felda. Malahan, selepas itu semakin ramai anak Felda yang mahu menyertai persatuannya kerana tahu inilah saja pentas yang boleh diharapkan dapat membela masa depan mereka," katanya.

- harakahdaily

7 hari: Anwar perlu jelaskan hubungan ‘intim’ Najib Razak dengan Apco

Dipetik dari http://www.erapakatan.com/berita/7_hari_untuk_anwar_perjelas_dakwaan_apco/

Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di beri masa tujuh hari untuk memberi penjelasan berhubung isu 'Satu Israel' dan kaitannya kepada 'Satu Malaysia' kepada Dewan Rakyat.Kelab Penyokong BN di Parlimen, melalui Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, menggerakkan usul tersebut dibawah Aturan Parlimen 37 1(A).Anwar mengundang kemarahan wakil-wakil rakyat BN selepas beliau mendedahkan syarikat perunding APCO Worldwide yang dilantik Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk mempromosikan konsep 1Malaysia mempunyai persamaan kepada kempen 'Satu Israel' yang dicanangkan Perdana Menteri Israel Ehud Barak."Jika ini tidak dihalang, ia akan digunakan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka," tambah beliau.Usul ini dibantah keras oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang namun Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee mengizinkan BN menggerakkan usul tersebut.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan sokongan kepada usul merujuk Anwar ke jawatankuasa Parlimen.Pakatan Rakyat bagaimanapun berhujah pihak Speaker tidak konsisten dan berat-sebelah kerana membenarkan BN bertindak keatas pemimpin PR walhal wakil rakyat BN yang berlaku salah bebas dari sebarang tindakan.-TVS-KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi masa tujuh hari untuk memberi penjelasan berhubung isu 'Satu Israel' dan kaitannya kepada 'Satu Malaysia' kepada Dewan Rakyat.

Kelab Penyokong BN di Parlimen, melalui Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, menggerakkan usul tersebut dibawah Aturan Parlimen 37 1(A).

Anwar mengundang kemarahan wakil-wakil rakyat BN selepas beliau mendedahkan syarikat perunding Apco Worldwide yang dilantik Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak untuk menaja konsep 1Malaysia yang dikatakan ada persamaannya dengan kempen 'Satu Israel' daripada Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

"Jika ini tidak dihalang, ia akan digunakan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka," tambah beliau.

Usul ini dibantah keras oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, namun Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee telah mengizinkan BN menggerakkan usul tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan sokongan kepada usul merujuk Anwar ke jawatankuasa parlimen.

Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun berhujah bahawa pihak speaker tidak konsisten dan berat-sebelah kerana membenarkan BN bertindak ke atas pemimpin PR walhal wakil rakyat BN yang membuat kesalahan sebelum ini, telah bebas daripada sebarang tindakan.

Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/127213
Anwar sedia pertahan dakwaan 'One Israel'
Mac 22, 10 8:09pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mempertahankan dakwaannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan slogan 'One Israel'.

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau juga akan mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai peranan Apco Worldwide - yang didakwanya menghasilkan 1Malaysia dan One Israel - dengan kerajaan pusat.

Katanya, dalam satu jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat, ia menyatakan bahawa perkhidmatan Apco tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi.

Anwar merujuk kepada jawapan kerajaan terhadap soalan ahli parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani minggu lalu, yang turut mendakwa perkhidmatan firma itu turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.

Menurutnya, beliau mahu kerajaan mendedahkan peranan sebenar Apco, nilai kontrak dan syor-syor firma berkenaan kepada semua kementerian kerajaan.

KENYATAAN MEDIA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009

KENYATAAN MEDIA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009 :
AMK BATU BAWA USUL AGAR PKR LEBIH MANTAP DAN TERSUSUN

Dimaklumkan AMK Cabang BATU akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2009 yang bakal berlangsung pada hari Sabtu 27 Mac 2010. Pendaftaran akan bermula seawal jam 8.30 pagi dan dijangka tamat pada jam 1.00 tengahari. Antara tetamu undangan termasuk pemerhati adalah Ketua AMK Malaysia Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin, Setiausaha Agung AMK Malaysia Sdr. Zulfikar Ali, Ketua AMK Wilayah Persekutuan Hj. Md. Zaman. Tetamu Kehormat Ahli Parlimen BATU merangkap Ketua PKR Cabang BATU YB Tian Chua dijadualkan merasmikan MATC AMK BATU 2009 ini.

Semua para perwakilan ahli AMK terutamanya Exco AMK BATU diharapkan agar mengambil peluang sepenuhnya menggunakan MATC 2009 ini sebagai saluran membawa beberapa usul yang dapat diberi perhatian dan seterusnya tindakan daripada kepimpinan pusat bagi memantapkan jentera PKR. Dijadualkan AMK BATU akan membawa tiga (3) usul yang antara lain menyarankan dirangka pelan kerja contoh bagi kegunaan semua Cabang AMK seluruh negara bagi tujuan memperbaiki sistem organisasi dan memperkemaskan mobilisasi tenaga anak muda dalam menjalankan tugasan sebagai sayap parti yang dinamik, bertanggunjawab serta lebih matang.

Turut dalam pertimbangan usul AMK BATU yang akan dikemukakan adalah agar AMK diberi tanggungjawab yang lebih mencabar sekaligus ruang kuasa pemutus yang lebih luas berbanding sekarang. Ini semua adalah agar menambah-giat kemampuan kepimpinan, kerjasama berpasukan seterusnya membentuk kreativiti dan stamina dalam menanggani rintangan dalam melaksanakan amanah tugasan.

Ini adalah sesuai dengan sasaran Pakatan Rakyat khususnya PKR akan berterusan meningkatkan komitmen serta mendapat sokongan rakyat yang berterusan selari dengan iltizam agar menjadi blok kuasa politik alternatif yang lebih efektif sepertimana yang telah dibuktikan sejak tsunami politik pasca PRU-12.


komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP

Mengapa Fairus tidak didakwa ???

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 20 Mac - Ahli Exco Angkatan Muda KEADILAN Pusat Amizudin Ahmat mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang menutup siasatan kes rasuah terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin walhal agensi itu sebelum ini mengakui terdapat asas untuk meneruskan kes tersebut.

"Adakah kerana antara pemimpin yang dimaksudkan sudah berhenti memegang jawatan dan masuk Umno, kes ini lalu terhenti dan ditutup?

"Adakah kes ini akan dikatakan tidak cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan hanya kerana yang terlibat sudah melompat parti?" tanya Amizudin.

Semalam SPRM Pulau Pinang memanggil Amizudin yang juga Ketua AMK Kepala Batas berhubung surat yang dihantar kepada Pengarahnya Datuk Latifah Md Yatim.

Surat tersebut bertanyakan mengenai status siasatan penyelewengan kes kuari di negeri itu yang membabitkan bekas Mohammad Fairus.

Amizudin merupakan pemberi maklumat dan pernah dipanggil SPRM untuk memberikan bukti berkenaan kes rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 itu.

Pada 27 Februari 2009 beliau mendedahkan penyelewengan dua pemimpin KEADILAN negeri kerana menerima rasuah daripada syarikat kuari di Seberang Prai.

Beliau yang ketika itu Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mendakwa memiliki bukti berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) dan slip bank berkaitan kemasukan wang ke akaun peribadi mereka.

Ketika dihubungi Suara Keadilan Amizudin berkata beliau ke kompleks SPRM Pulau Pinang dengan ditemani Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Badrul Hisham Shaharin dan Ketua AMK Pulau Pinang Amir Ghazali serta Zulkifli Ibrahim Exco AMK Malaysia

SPRM dalam responnya kepada Amizudin berkata siasatan di peringkat SPRM Pulau Pinang telah selesai dan kes itu telah dirujuk kepada ibu pejabat di Putrajaya.

Menurut Amizudin, Latifah memberitahu beliau kes berkenaan bukan lagi di bawah bidang kuasa SPRM Pulau Pinang.

"Beliau kata kes itu bukan bidang bawah kuasanya lagi kerana kes itu telah diserahkan kepada SPRM Putrajaya. Jika mereka kata siasat, akan siasat, jika kata tutup (kes itu) maka tutup," ujarnya.

Amizudin berkata Latifah berjanji untuk memberikan jawapan bertulis berhubung isu yang dibangkitkan dalam surat beliau dalam tempoh dua minggu.

Suara Keadilan sebelum ini menyiarkan kenyataan Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyifatkan tindakan Mohammad Fairus menyertai Umno mengesahkan persepsi rakyat bahawa wujud kompromi di antara beliau dan SPRM supaya tidak meneruskan pendakwaan ke atasnya.

Ini terbukti apabila beliau menyertai Umno hanya dua minggu selepas pengumuman SPRM dibuat.

Pada 12 Februari lalu SPRM telah menutup siasatan lapan kes berprofil tinggi termasuk kes rasuah Mohammad Fairus.

Suara-keadilan on-line

SAJAK-SAJAK politikal&kultural will

Mereka Telah Bangkit

Mereka telah bangkit
Dari buku yang dibacanya
Dari tembok yang melindunginya
Dengan bendera dan lilit kepala.

Mereka telah bersuara
Dari bumi tanahair yang subur
Demi Islam yang mengajar hidup berani
Demi janji yang kini telah dimungkiri.

Mereka sekarang telah bangkit
Di tengah-tengah gelombang zaman
Dari keperibadian yang telah ditindas
Untuk masa depan warisan keturunan.

Dari BAHASA lidah zaman hidup kita
Kebangkitan ini pancang detik batu-tanda
Untuk pelaksanaan SATU BAHASA
Yang berdaulat menyinar mutiara.

1967

Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang (Allahyarham)
(Dipetik dari Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara (DBP / 1987)


bolero seni, birokrasi dan insinuasi

suaramu sayup ditelan rimbun hijau
jejak-jejak semangat telah lama hilang
terpadam ditiup ribut impian kecundang

dimana keteguhan pada gelaran
selama kembara asing daerah asing dulu?

kini nyata dihadapan semua
kau muncul gah di tengah gelanggang
perlina sememangya sejak dulu lagi

kini nyata bersama mereka
kau duduk tenang ditengah sandiwara
terlena dibuai waktu sebelum diam berkarat.


rozan azen mat rasip
UIAM, Gombak
13 Julai 1998

Thursday, March 4, 2010

MEDIA STATEMENT: Recent Political Defections Due to Dollar and Cents

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Date: 4 March 2010


RECENT POLITICAL DEFECTIONS DUE TO DOLLAR AND CENTS

The recent announcement of Bagan Serai MP Mohsin Fadzli Samsuri joining Bayan Baru MP Zahrain Hashim and Nibong Tebal MP Tan Bee Beng in quitting the party is part of a plan by the Barisan Nasional (BN) to undermine the will of the people and destroy PKR.

It is not coincidental that all of a sudden, the stated MPs profess losing confidence with the party and wanting to build "an independent block" when the plain fact is that the defectors are driven by monetary rewards. The truth is PKR cannot compete with the BN when it comes to monetary rewards. The BN’s grand design would include using certain tycoons to help alleviate these debt-ridden and opportunistic MPs (the Perak crisis being a clear case of such manipulation). It is simple common sense when suddenly some of them have now been cleared from their debts and are enriched.

Unfortunately, former PKR Secretary General Sallehuddin Hashim has facilitated these defections and manipulated the weak-willed and fickle MPs who are pliable enough to be lured into the BN's trap. It is therefore of no surprise that Sallehuddin has been present at the last few defector’s press conference. After his resignation as PKR Secretary General, Sallehuddin has actively engaged with BN leaders including the Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah. Sallehuddin himself revealed to several PKR leaders that he had meetings with both of them two days before Chinese New Year. It is odd and dubious when someone who has once held a key position in PKR has suddenly found confidence in the BN and its leaders. He will continue to spin the myth that he was disappointed with the party and other assorted lies and half truths, but the truth is it all due to dollars and cents.

As the BN and Sallehuddin continue this vicious campaign, Pakatan Rakyat and PKR will remain steadfast and will not be cowed by such acts. We know these attempts are calculated to cripple or destroy PKR as it poses a real threat to the BN. After all in the last general election and most subsequent by-elections, the BN has lost many mixed seats to PKR. The party is nonetheless confident that these defections will only make us stronger.

We urge the Rakyat to help us do the right thing - to break away from the current corrupt, unjust and abusive system to one that is truly just, clean and democratic system of governance.

LATHEEFA KOYA
Information Chief, KEADILAN

MEDIA STATEMENT/KENYATAAN MEDIA - Keadilan Teguh

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA


Tarikh: 4 Mac 2010


KEADILAN TETAP TEGUH DAN MANTAP

Peristiwa beberapa orang Ahli Parliamen (AP) melompat keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merupakan proses penyucian yang dialu-alukan. Kami percaya apabila sudah tidak ada daki, kulit menjadi lebih bersih dan badan lebih sihat.

Sejarah menunjukkan PAS dan DAP mengalami cabaran lebih buruk pada peringkat permulaan mereka. Beberapa pimpinan utama mereka keluar parti. Dari DAP Goh Hock Guan (SUA), Richard Ho (pemimpin kanan), Lee Lam Thye dan lain-lain keluar parti. Ada pihak menganggap DAP akan lingkup. Sebaliknya ia menjadi lebih kuat sehingga kini.

Dari PAS pula, Asri Muda (Presiden), Osman Abdullah (SUA), Nakhaie Ahmad (Naib YDP) dan ramai lagi meninggalkan parti. Para pemimpin Umno menyangka dan mengharapkan PAS akan gulung tikar. Tetapi apa berlaku? PAS menjadi lebih teguh seperti yang terbukti sekarang.

Kita jangan lupa Umno juga melihat ramai pemimpin, termasuk tiga orang Presidennya – Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn - keluar parti dan tidak masuk semula sehingga mati. Tidak seperti Mahathir Mohamad, yang bercerai sekejap dan kemudian rujuk kembali. Berbeza dengan PAS dan DAP, Umno lebih parah keadaannya kini.

Ahli-ahli Parliamen yang melompat katak dari KEADILAN akhir-akhir ini, seperti Ahli-ahli Dewan Negeri yang berbuat serupa terdahulu darinya, menghadapi masalah pribadi serta kewangan dan ada yang mula disiasat oleh pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah).

Selain itu mereka tidak menjaga kawasan, tidak pernah menuyarakan rintihan apatah lagi membela hak rakyat. Mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam Parlimen – tidak pernah atau jarang sekali bercakap atau berbahas.

Pimpinan Umno meraih peluang dari kelemahan mereka. PM Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menemui hampir semua sebelum mereka keluar – termasuk juga beberapa orang bukan ADUN atau AP yang boleh diperalatkan – dengan menjanjikan berbagai-bagai habuan untuk memikat mereka. Kami mendapat maklumat bahawa berpuluh juta dana disediakan oleh PM serta kroni konrporatnya untuk membeli ADUN dan AP, terutama dari KEADILAN.

Najib dan pemimpin Umno yang lain berikrar konon hendak berusaha menghapuskan korupsi. Sebaliknya mereka sentiasa melakukan korupsi politik dan kewangan besar-besaran. Tindakan korupsi mereka pasti akan menjadikan KEADILAN lebih teguh dan mantap dan disokong rakyat ramai.



Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden, KEADILAN


###




MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE


Date: 4 March 2010



KEADILAN STRONG AND CONSOLIDATED

The actions of some Members of Parliament leaving the Malaysian Justice Party (KEADILAN) is a cleansing process that is very much welcome. When dirt is removed, the skin becomes cleaner and the body stronger.

History has shown that PAS and DAP faced more serious challenges especially during the earlier stages of their development. Many of their important leaders left. From DAP were Goh Hock Guan (Sec-Gen), Richard Ho (senior leader) and Lee Lam Thye, among others. Some people though that this would spell disaster tothe party, but instead DAP emerged much stronger until now.

As for PAS, many have left the party, among them Asri Muda (President), Osman Abdullah (Sec-Gen) and Nakhaie Ahmad (Vice President). Leaders of Umno then thought and hoped that PAS would close down. But what happened? PAS emerged very much strengthened as witnessed now.

Lest we forget, Umno itself experienced a number of their leaders quitting, including three former Presidents – Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman and Hussein Onn. They left and died outside Umno. This was different from Mahathir Mohamad, who divorced Umno only for a short while and then reconciled. Unlike the cases of PAS and DAP, Umno-BN is facing a disastrous situation now.

Members of Parliament who leap-frogged recently, like members of the State Councils before them, faced personal and financial problems, and a number of them were already being investigated by the MACC (Anti-Corruption Commission).

Besides, they did not look after their constituencies, never voiced the plight of the people or championed their causes. Further, they showed poor performance in Parliament – never or seldom speaking up and participating in debates.

Some Umno top leaders take opportunity of the situation. PM Najib and his wife Rosmah Mansor met almost all of them – including some non-members of Parliament or State Councils who could be used – enticing them with all kinds of reward. We are well-informed that millions of ringgit has been stacked by Najib and his corporate cronies for the purpose of buying MPs and state councilors, especially from KEADILAN.

Najib and other senior leaders of Umno have proclaimed that they would fight against corruption. Instead, they are now indulging in big scale political and financial corruption. Their corrupt acts will certainly make KEADILAN stronger and more consolidated and supported by the people.

Dr Syed Husin Ali
Deputy President, KEADILAN

Saya tidak keluar PKR, akan kerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk jahanamkan UMNO




Ahli dewan undangan Perak bagi kerusi Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dengan keras menafikan khabar angin yang mendakwa beliau bakal meninggalkan PKR.


Sehubungan itu, beliau membidas Umno yang didakwanya punca segala tohmahan dan berita palsu berkenaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya saya akan keluar parti. Saya ingin beritahu Umno yang kami akan bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi menjahanamkan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Yunus (kiri) berkata khabar angin itu sengaja ditaburkan oleh Umno sebaagi taktik serangan psikologi yang menggoncang Pakatan Rakyat, khusus PKR.

Beliau juga mendakwa sejak memenangi kerusi Kuala Kurau sejak dilantik Mac 2008, 'agen-agen Umno' sering kali cuba 'melamarnya' menyertai parti Melayu itu.

Sejak minggu lalu, blog-blog pro Barisan Nasional dan juga akhbar Cina menyiarkan spekulasi kononnya Yunus akan berpaling tadah.

Spekulasi semakin panas apabila MP Bagan Serai Mohsin Samsari mengumumkan tindakannya keluar dari PKR semalam.


Bagi membuktikan khabar angin itu tanpa asas, Yunus pagi ini juga terbabit dalam demonstrasi di pusat khidmat Mohsin yang ditutup hari ini.

Bantahan itu bagi membidas tindakan MP bagan Serai itu yang kini menjadi ahli bebas.

“Jika dia benar-benar berjuang untuk rakyat, dia (Mohsin) sepatutnya membuka pusat khidmatnya esok dan dia sendiri perlu mengendalikannya.”

Lebih 200 pengundi di Bagan Serai termasuk MP Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa (PAS) dan beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dari Perak menyertai bantahan ini.

Read more...

Read more: http://loveperak.blogspot.com/#ixzz0hBXLekt5