Wednesday, March 24, 2010

AMK BATU KECAM SERANGAN KE ATAS RUMAH CHEGUBARD

AMK Batu kecam ke atas manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab dan bacul dengan serangan ke atas rumah Chegubard. Nampaknya perjuangan orang yang benar perlu menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk nyawa diri sendiri dan keluarga. AMK Batu berharap agar pihak berkuasa dapat menangkap manusia-manusia berkenaan secepat mungkin. Semoga perjuangan Chegubard tidak lentur dan terus berjuang demi rakyat Malaysia.

Petikan dari http://www.erapakatan.com/berita/kediaman_pimpinan_pusat_pkr_diserang/

Kediaman Pimpinan Pusat PKR diserang
Wednesday, 24 March 2010 11:38 AM
Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Rumah ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBad, di Seremban menjadi sasaran serangan bom petrol awal pagi ini — dipercayai perbuatan bermotifkan politik.

Bagaimanapun kejadian itu tidak mengakibatkan kerosakan teruk kecuali kesan kebakaran di lantai dan dinding luar rumah teresnya yang terletak di Taman Chedang, Seremban.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata beliau sedar rumahnya dibaling dengan botol bom petrol kira-kira 1.30 pagi.

“Kira-kira 1.30 pagi tadi saya terdengar bunyi kaca pecah dan apabila saya dari keluar rumah, saya nampak api di luar rumah dan secara kebetulan jiran saya menggunakan air dari paip luar rumah untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi awal pagi.

Turut berada di rumah ketika kejadian ialah isteri dan dua anaknya.

Ini kali pertama rumahnya dibaling dengan bom petrol, kata beliau.

Keretanya juga mengalami kesan kebakaran tetapi tidak rosak teruk.

“Saya tidak pasti apa punca tindakan pihak yang membaling bom petrol ke atas rumah saya kecuali saya percaya ini dilakukan oleh musuh-musuh politik saya,” kata beliau yang lazimnya lantang menyuarakan isu berkaitan kepimpinan peringkat negeri dan juga pusat.

Bekas calon pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Parlimen Rembau ini membuat laporan polis kira-kira 3 pagi tadi.

“Berdasarkan maklumat diberikan jiran saya, mereka ada lihat dua orang yang menaiki motosikal membaling bom petrol ini,” katanya. -MI-

No comments: