Thursday, July 17, 2008

Kronologi Kekalutan Kisah Politik Malaysia

Kronologi peristiwa…

25hb.April,2008 - dalam blog Malaysia Today, RPK mengejutkan seluruh negara melalui beberapa pendedahan berhubung kes pembunuhan gadis Mongolia Atlantuya Shariibuu didalam artikelnya yang bertajuk Let’s send the Altantuya murderers to hell dimana didalam artikel tersebut beliau mengaitkan antaranya Rosmah isteri TPM didalam kes pembunuhan berprofile tinggi tersebut.

18hb.Jun,2008
- sekali lagi RPK mengejutkan negara Malaysia dengan akuan bersumpahnya berhubung penglibatan Rosmah isteri TPM didalam kes pembunuhan Atlantuya.

28hb.Jun,2008
- pembantu khas Parti KeADILan Rakyat Shaiful Bukhari membuat satu laporan polis dipondok polis Travers HKL mendakwa dirinya diliwat DS Anwar Ibrahim.mengikut laporannya kejadian berkenaan berlaku beberapa kali di sebuah Kondominium & kali terakhir dia mendakwa diliwat DS Anwar Ibrahim ialah pada 26hb.Jun,2008.

3hb.Julai,2008
- penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda iaitu P Balasubramaniam dalam 1 sidang media di Ibupejabat Parti KeADILan Rakyat bersama DS Anwar Ibrahim mendedahkan penglibatan TPM Najib didalam kes pembunuhan Atlantuya dan maklumat tersebut terkandung didalam akuan bersumpahnya setebal 16 halaman.

4hb.Julai,2008
- P Balasundram yang sebelum ini mengejutkan rakyat Malaysia melalui akuan bersumpahnya menghilangkan diri & sehingga hari ini masih tidak menampilkan diri atas alasan keselamatan.beliau dikatakan sedang bersembunyi disebuah negara jiran selepas merasakan keselamatan dia & keluarganya terancam selepas pendedahan akuan bersumpahnya yang pertama.

16hb.Julai,2008
- DS Anwar Ibrahim ditahan polis di pertengahan jalan ketika pulang dari ibupejabat BPR selepas memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang mendakwa KPN & AG memalsukan bukti kes mata lebamnya 10 tahun lalu.

16hb.Julai,2008
- Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin berhubung siasatan akaun berkanunnya yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Raja Petra dikehendaki hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 10 pagi esok.Dalam akuan berkanunnya bertarikh 18 Jun lalu, Raja Petra menuduh Rosmah antara tiga individu yang berada di tempat kejadian ketika wanita Mongolia itu dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Raja Petra Kamarudin, Shaiful Bukhari, P Balasubramaniam & DS Anwar Ibrahim...4 individu yang sebelum ini silih berganti mewarna dunia politik negara Malaysia dengan berbagai kontroversi masing-masing & kesemuanya mempunyai kes yang "unik".aku katakan "unik" mengikut pandangan aku bilamana pihak PDRM mengambil langkah yang berbeza & "unik" dalam kes-kes berprofile tinggi yang melibatkan 4 nama diatas...

  • Raja Petra Kamarudin dalam akuan bersumpahnya menuduh Rosmah antara tiga individu yang berada di tempat kejadian ketika wanita Mongolia itu dibunuh pada 19 Oktober 2006.
  • Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat dua orang lagi di tempat kejadian.
  • Beliau menamakan dua individu itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya pakar bom 'C4' dan isterinya yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.
"Unik"nya dalam kes ini ialah bilamana RPK sebagai pengadu, bakal ditahan oleh PDRM manakala Rosmah yang dituduh tidak dikenakan apa-apa tindakan setakat ini malah yang paling "unik" ialah pihak PDRM tidak memanggil Rosmah untuk diambil keterangan sebaliknya pihak PDRM berkunjung kerumah Rosmah untuk mengambil keterangannya sambil menikmati fresh oren yang dibeli di oversea oleh Rosmah tempohari.
  • Shaiful Bukhari melaporkan bahawa dia telah menjadi mangsa liwat majikannya iaitu ketua umum PKR DS Anwar Ibrahim.
  • Dalam laporannya, Shaiful mendakwa kali terakhir dia diliwat DS Anwar Ibrahim ialah pada 26hb.Jun,2008 disebuah kondominium sewanya.
Kes yang serupa dengan Azizan & Nallakarupan tetapi pendekatan yang berbeza diambil oleh PDRM.kalau dulu, Azizan & Nalla ditahan kerana membiarkan diri mereka di"liwat" tetapi Shaiful pula "dilindungi" oleh pihak polis malah yang lebih "unik" ialah pihak PDRM menerima laporannya yang tidak lengkap tanpa dijelaskan waktu beliau di"liwat" padahal tarikh dia diliwat dengan laporan dibuat hanya berbeza 3 hari sahaja.mustahil dia boleh lupa akan tarikh "bersejarah" dalam hidupnya?
  • P Balasubramaniam tampil bergaya & meyakinkan ketika mendedahkan akuan bersumpahnya yang pertama tetapi keesokan harinya beliau dengan gaya yang paling selekeh menjinjit beg plastik hitam membuat pengumuman menarik balik akuan sumpah yang pertama & menggantikannya dengan akuan bersumpah ke 2 di mana kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan Najib TPM telah di "liquide paper" kan tanpa kesan-kesan degil.
  • Selepas berjaya meng"magik"kan akuan bersumpahnya, Bala telah meng"chipsmore"kan dirinya beserta isteri & 3 orang anaknya juga tanpa kesan degil.
Sehingga kehari ini Bala masih meng"chipsmore"kan dirinya tetapi pihak PDRM yang amat cekap telah mengesahkan bahawa Bala selamat & berada disebuah negara jiran.ini lagi 1 kes "unik"...Bala sebagai pengadu juga dipanggil untuk diambil keterangan manakala orang yang dituduh bersenang lenang menikmati kebebasan hidup tanpa perlu risau apa-apa sebab pihak PDRM tidak menyiasat yang kena tuduh.

Bagi kes DS Anwar Ibrahim pula aku masih kabur...waktu dia ditahan 1 jam lebih awal dari tarikh akhir dia diminta hadir kebalai polis untuk memberi keterangan malah pihak BPR sendiri mengesahkan bahawa DS Anwar mohon disambung kesatu tarikh lagi untuk dia memberi kenyataan kepada BPR kerana dia perlu hadir ke IPK untuk memberi keterangan dalam kes tuduhan liwatnya.ini membuktikan bahawa DS Anwar sememangnya komited untuk memberi kerjasama kepada pihak PDRM dalam kes tersebut.

Ketika sessi soaljawab pula jurucakap bagi pihak DS Anwar menjelaskan bahawa DS Anwar enggan memberi sebarang keterangan atau kenyataan selagi belum mendapat salinan laporan yang dibuat oleh Shaiful terhadapnya.

Kenapa macam ada masalah pula dipihak PDRM untuk memberi salinan laporan tu?kalau betul ada bukti-bukti kukuh bahawa Shaiful diliwat, kenapa nak sembunyikan laporan tu? saja nak sembunyikan atau laporan tu "belum siap sepenuhnya" sebab skrip tak habis???

Agaknya pihak polis nak tunggu kenyataan dari DS Anwar dulu kot baru boleh nak siapkan laporan Shaiful tu...ada konspirasi ke??? kalau ikut maklumat yang aku dapat dari kakitangan Hospital Tawakal, Shaiful ni ada buat pemeriksaan kat sana tapi hasil pemeriksaan membuktikan yang "lubang belakang" Shaiful tak pernah "ditusuk sebarang objek"...

dah gagal kat Hospital Tawakal Shaiful ni pergi pula ke HKL ye? pas tu dengar khabar dari kakitangan HKL pulak keputusan pemeriksaan "lubang belakang" Shaiful ni sama je...masih "dara" & masalah sekarang ialah tak de Doktor yang sudi nak bersubahat mengeluarkan keputusan palsu...betul ke?...Shaiful...hang nak rasa ke kena "tarah" lubang belakang hang tu? Insya-Allah...tuhan itu Maha mendengar...mungkin doa engkau tu akan dimakbulkan Allah nanti...

Cuba kita perhatikan pulak apa hubung kaitnya ke 4-4 nama kat atas tu...
  • RPK tuduh Rosmah terlibat kes Atlantuya.
  • Shaiful Bukhari tuduh DS Anwar liwat belakang dia & Shaiful juga ada hubungan langsung dengan Najib TPM.
  • P Balasubramaniam tuduh Najib TPM kenal Atlantuya.
Kenapa 4 nama tu ada kaitan dengan TPM Najib & Rosmah? ni kebetulan ke memang ada 1 konspirasi?
Kenapa antara 4 nama tu, 3 daripadanya yang buat tuduhan keatas TPM Najib & Rosmah ada yang ditahan, akan ditahan & jugak hilang?
Kenapa yang tak buat tuduhan, sebaliknya ada hubungan langsung tak kene tahan padahal kalau ikut kes tahun 1998 yang kene liwat pun akan ditahan & dipenjarakan...bila pulak undang-undang depa pinda?

Atau mungkinkah operasi lalang 2 baru saja bermula???


Posted By
Perisik Rakyat at 7/17/2008 03:27:00 AM

No comments: