Monday, August 11, 2008

AMK Batu ke Permatang Pauh

10 Ogos 2008 (Batu, Kuala Lumpur) - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Batu telahpun memutuskan bahawa akan berada di Permatang Pauh bagi membantu kempen Pilihanraya Kecil yang membabitkan Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasip, beliau berkata bahawa perjalanan ke Permatang Pauh terbahagi kepada 2 sesi iaitu sebelum penamaan calon dan sebelum hari mengundi. Bagi sesi sebelum penamaan calon, AMK Batu akan bertolak ke Permatang Pauh pada jam 10 pagi, 15 Ogos 2008 bersamaan hari Jumaat. Konvoi akan berhenti di Ipoh untuk Solat Jumaat dan meneruskan perjalanan sehingga ke Permatang Pauh. Konvoi akan kembali ke KL pada 16 Ogos 2008 iaitu pada petang hari penamaan calon.

Bagi sesi hari mengundi pula, AMK Batu akan berkonvoi pada 22 Ogos 2008 (Jumaat) selepas waktu bekerja. Dan akan kembali ke KL pada 26 Ogos 2008 iaitu selepas pengumuman keputusan pengundian.

Rozan juga menegaskan bahawa AMK Batu bersedia mengerahkan jentera pemuda dari Perlimen Batu untuk membantu kempen di Permatang Pauh.

"Semua jentera pemuda dari Batu dalam keadaan paling bersedia dari segi mental dan fizikal untuk membantu kempen di sana. Kami juga akan bergabung dengan seluruh AMK dari semua bahagian di Malaysia bagi memastikan kemenangan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat" kata Rozan ketika mengakhiri perbualan.

1 comment:

Editor said...

Informasi Permatang Pauh khusus dan info terkini bagi team Ketua Wanita Keadilan di Permatang Pauh

http://www.p99ampang.com

klik ke Permatang Pauh ataupun

http://www.p44.p99ampang.com