KUALA LUMPUR, 8 OGOS (SK) - Dalam memastikan kemenangan besar Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh, ketiga-tiga sayap pemuda Pakatan Rakyat yang terdiri daripada KeADILan, PAS dan DAP akan melancarkan jentera mereka esok di Permatang Pauh.
Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, perasmian ini juga bakal menjadi sejarah dimana pemuda-pemuda Pakatan Rakyat menumpukan semua tenaga dan bersatu untuk memastikan Anwar Ibrahim menang besar dan seterusnya memimpin negara ini.
“Kami akan melancarkan jentera pemuda Pakatan Rakyat peringkat nasional esok, dimana ianya akan turut disertai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS dan Ketua DAP,” katanya.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Pemuda DAP, NGa Kor Ming akan turut sama dalam majlis perasmian itu yang akan diadakan di Taman Pauh, Permatang Pauh esok.
Dari segi jentera, Shamsul berkata, AMK telah memastikan minima 500 sukarelawan setiap hari dari seluruh negara untuk membantu pelbagai aspek semasa kempen berlangsung.
“Mulai esok, AMK akan memastikan sekurang-kurangnya 500 ahli untuk bertugas bagi membantu kempen pilihanraya kecil ini. Saya juga akan sentiasa berada di Permatang Pauh mulai esok,” menurutnya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Selain itu, Shamsul menambah, bahan-bahan kempen seperti risalah, video cakera padat dan banner telah siap untuk dibawa ke Permatang Pauh.
“Kumpulan Strategi kami akan perhalusi pelbagai aspek lain untuk menarik golongan muda di Permatang Pauh,” katanya.
Tambahnya, pelbagai program telah dirangka bagi pilihan raya kecil ini. Antaranya termasuk aktiviti kesukanan dan seni budaya.
Di Dun Seberang Jaya amnya, dimana jumlah pengundi muda sehingga 10,000 orang, Shamsul berkata, AMK Pusat akan menjadikan kawasan berkenaan sebagai Dun angkat.
“Memandangakan majoriti pengundi muda di Seberang Jaya adalah paling ramai, AMK memilih untuk menumpukan fokus dan menumpukan kawasan berkenaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment