Rabu, 20 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh
KUALA LUMPUR, 20 OGOS (SK) - KETIKA situasi dua jurugambar dipukul sewaktu pernamaan calon di Permatang Pauh, sabtu lalu, Naib Ketua Bahagian KeADILan Batu, Kamil Samad bertindak untuk mengawal keadaan dari semakin teruk, bukan turut serta untuk memukul jurugambar berkenaan.
Menurut peguamnya yang ditemui di Balai Polis Sentul tadi, Ngeow Chow Ying, menurut keterangan yang diberikan oleh Kamil kepada beliau, Kamil dikatakan melindungi jurugambar berkenaan dari dipukul dengan teruk, dan menyuruh orang ramai berhenti memukul.
Kamil yang ditemani beliau datang ke IPD Sentul hanya untuk memberi keterangan, walau bagaimanapun beliau dibawa ke lokap oleh Pegawai Penyiasat.
“Kami hadir ke IPD Sentul setelah berbincang untuk memberi keterangan selepas mengetahui bahawa Kamil diantara yang dikehendaki pihak polis, walaubagaimapun kini beliau ditahan dan direman serta akan dibawa ke Permatang Pauh malam ini,” katanya lagi.
Ngeow turut mengatakan bahawa anak guamnya akan memberi kerjasama dengan pihak polis dengan baik untuk membantu siasatan.
Semalam polis menyiarkan beberapa suspek-suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan. Sehingga berita ini ditulis, dua orang dikatakan telah ditahan.
No comments:
Post a Comment