Monday, October 20, 2008

KENYATAAN MEDIA AMK; Zaki Azmi Ketua Hakim Negara, BN Hancurkan Sistem Kehakiman Negara

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

18 Oktober 2008

Zaki Azmi Ketua Hakim Negara, BN Hancurkan Sistem Kehakiman Negara

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin merujuk kepada berita yang dilaporkan oleh www.malaysianinsider.com dan www.malaysiakini.com bertarikh 16 Oktober 2008 mengenai perlantikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara yang baru bagi menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed yang akan tamat tempoh perkhidmatannya hari ini. Walaupun perlantikan tersebut dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu, tetapi menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan perlantikan seseorang calon Ketua Hakim Negara adalah di atas nasihat Perdana Menteri, yang kini masih dijawat oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Agak menyedihkan bagi seorang Perdana Menteri yang akan menghabiskan sisa-sisa perkhidmatannya pada Mac 2009 kerana masih lagi gagal untuk memahami dan memenuhi kehendak rakyat supaya badan penting seperti Badan Kehakiman ini 'dibersihkan' tanpa sebarang keraguan. Umum mengetahui bahawa sebelum Tan Sri Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, beliau merupakan seorang tokoh korporat yang rapat dengan Parti Umno malah mengetuai salahsatu jawatankuasa di bawah parti berkenaan.

Tanpa menafikan 'kebolehan' Tan Sri Zaki Tun Azmi untuk mengisi jawatan Ketua Hakim Negara tersebut, Perdana Menteri, sebagaimana janji-janjinya sejak tahun 2003 sehingga ke hari ini sepatutnya mengambil langkah berani dengan memperbetulkan semula institusi kehakiman dengan tidak mencalonkan Tan Sri Zaki Tun Azmi memandangkan terdapat lebih ramai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang lebih layak untuk mengisi jawatan nombor satu kehakiman tersebut.

Perlantikan terbaru ini adalah merupakan kegagalan terbaru Perdana Menteri untuk melakukan reformasi menyeluruh sistem kehakiman. Saya yakin ada benarnya telahan rakyat bahawa keazaman dan janji Perdana Menteri untuk menubuhkan 3 suruhanjaya di dalam tempoh 5 bulan pemerintahan beliau adalah merupakan retorik politik semata-mata.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Saturday, October 18, 2008

Sekitar Mesyuarat Agong AMK Batu

12 Oktober 2008
10pagi - 2ptg
Pejabat Keadilan Batu















Thursday, October 16, 2008

AMK Kecam Tindakan Zalim Polis Rempuh Kampung Baru Plentong Tengah

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

16 Oktober 2008

AMK Kecam Tindakan Zalim Polis Rempuh Kampung Baru Plentong Tengah

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan polis yang bertindak biadap merempuh dan menyerang penduduk kampung tanpa mengira batasan umur secara ganas dan zalim di mana menyaksikan 10 buah rumah dirobohkan di Kampung Baru Plentong Tengah Johor hari ini.

Apa yang sangat dikesalkan ialah kebiadapan pihak polis yang memukul dan mengasari masyarakat setempat termasuklah warga emas,golongan wanita dan kanak-kanak kecil.

Meski permohonan penduduk untuk memohon penangguhan perlaksanaan pemusnahan kampung di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah ditangguhkan ke 29 Oktober 2008, pihak pemaju dengan dibantu oleh pihak polis dan beberapa samseng upahan telah bertindak mengasari hampir 100 warga kampung dan meroboh hampir 10 buah rumah. Warga emas yang cedera telah dibawa oleh AMK dan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

AMK kesal kerana dalam masa yang sama Menteri Besar Johor sedang menjamu para Exco dan Adun Umno-BN tanpa mempedulikan nasib warga kampung yang tertindas teruk di sini.

Adalah sangat malang bagi rakyat negeri Johor tatkala mereka masih dicanang kubu kuat Umno-BN,tetapi tidak seorang pun pimpinan Umno-BN yang berada bersama warga Kampung Plentong Tengah untuk mempertahankan hak mereka daripada diragut oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab.

AMK menggesa penjelasan segera diberikan oleh Ketua Polis Negara dan Menteri dalam Negeri mengenai kebiadapan pihak polis yang sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan di luar norma kewarasan fikiran.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Syawal Suram Di Selatan

Syawal Suram Di Selatan
(Dedikasi buat penduduk KG. PLENTONG TENGAH)


16 Syawal suram,

Selatan bergolak,

Ego menguasai diri,

Tiada ihsan, tiada belas.


Tua, muda bersatu,

Lelaki, wanita berpadu,

Satu langkah,

Kerana hak dan keadilan.


Merah biru menggila,

Cota kayu cari mangsa,

Tetapi sampai bila,

Lupakah akan si Dia.


Benak gundah dada senak,

Kelopak berkaca demi maruah,

Usah diganggu ragu itu,

Berjuanglah demi keadilan.


Abah, emak, adik, kakak,

Angin singgah menghulur tangan,

Doa dihantar,

Demi Allah aku teruskan perjuangan.


Lupakah,

Lupakah kita semua,

Kita juga akan ke sana,

Untuk bertemu dengan Yang Maha Esa.



M. Khairul Anwar
Bandar Baru Bangi,
16 Oktober 08

Terkini dari Kg. Plentong Tengah

Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

16 Oktober 2008

KG. PLENTONG TENGAH : AMK JOHOR BERSAMAMU

Dengan kemeriahan Syawal AMK Johor di ketuai Sdr. Zabide Abas dan Sdr.
Mohd. Nazri Ismail dengan semangat kental serta rakan-rakan AMK dari
pelosok Johor tidur dirumah usang bagi menemankan penduduk Kg.
Plentong Tengah bagi memastikan rumah mereka tidak dirobohkan.

Laporan dari Kg. Plentong Tengah.

15 Oktober 2008.

* 10.00 pagi - Anggota Polis Johor Jaya memula Sekatan jalan raya
* 5.00 Petang - Ketibaan 20 AMK Johor Bahru
* 5.20 Petang - Ketibaan 15 AMK Muar dan Kulai
* 5.30 Petang - Anggota Polis menambah bilangan bagi menghalang orang luar masuk
* 6.00 Petang - Ketibaan 25 AMK dari beberapa bahagian dari Tenggara,
Simpang Ranggam.
* 6.30 Petang - Wakil penduduk diwakili Wak Pian mulai gusar kerana
penduduk ada yang dihalang untuk pulang kerumah.
* 7.30 Malam - AMK dari berapa bahagian mulai tiba lagi
* 8.30 Malam - Setiausaha Johor Sdr. Nazri tidak dibenarkan masuk dan
terpaksa diseludup oleh penduduk Kampung
* 8.45 Malam - Penduduk Kg. menjamu AMK Johor yang ingin tidur
bersama-sama mereka.
* 10.00 Mlm - Wakil penduduk menyerahkan rumah usang untuk kami
bermalam di bersebelahan surau.

16 Oktober 2008

* 5.30 Pagi - Sholat Subuh berjemaah bersama penduduk
* 6.30 pagi - Penduduk Kg. menyediakan sarapan.
* 7.00 Pagi - ketibaan beberapa lagi AMK Johor.
* 7.45 Pagi - Ketibaan 4 Kontigen FRU dengan anggota lebih kurang 200 Anggota
* 8.00 pagi - Anggota Polis menambah lagi Anggota
* 8.10 Pagi - Lebih kurang 300 orang temasuk dari PKR, PAS, DAP, PRM
dan NGO dapat memasuki Kampung
* 8.20 pagi - Sdr. Mohd Nazri terpaksa menenangkan penduduk Kg. yang
semakin panik. Polis menabah lagi anggota
* 8.30 pagi - FRU mula mengepung kami. Penduduk semakin panik.
* 9.30 Pagi - Rayuan kami telah diterima agar penagguhan merobohkan premis.
* 10.30 Pagi - Pemaju memberitahukan kami tarikh berikutnya 29hb Oktober 2008.
* 10.31 Pagi -
1. Kira-kira 10 rumah kosong telah dirobohkan
2. 100 orang penduduk dan NGO telah di pukul oleh FRU dan Polis
3. 24 penduduk telah ditahan oleh Polis
4. Bantahan penduduk telah meningkat kepada 4,000-5,000 orang.
5. Mangsa yang telah dipukul telah dihantr ke Klinik dan Hospital.
6. MENTERI BESAR JOHOR SEDANG MENJAMU PARA STAFF DAN AHLI UMNO SEMPENA
SAMBUTAN AIDIL FITRI DI KEDIAMANNYA.

* 11.30 Pagi - Ketibaan Sdr. Samsul Iskandar dan beberapa Exco AMK
Malaysia ke Kg. Plentong Tengah
*12.00 tgh/hari - Dato' Seri Anwar Ibrahim menghubungi AMK berjanji
untuk berunding dengan pihak pemaju bagi menyelesaikan isu perobohan
di Kg. Plentong Tengah.

layari http://amkjohor.blogspot.com untuk maklumat terkini

Kenyataan Media Pakatan Rakyat berkenaan isu Hindraf diharamkan

Kenyataan Media Pakatan Rakyat
Dewan Rakyat, Malaysia


Pakatan Rakyat mengecam keras keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengharamkan Hindraf atas alasan kononnya pertubuhan ini "memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak".

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak badan-badan gabungan, NGO, kumpulan prihatin muncul untuk menjuarai pelbagai isu. Kami hairan kenapa Hindraf satu sahaja disasar?

Keputusan Menteri mengharamkan Hindraf ekoran insiden lawatan Hindraf ke majlis rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri di PWTC baru-baru ini jelas melanggari prinsip hak asasi dan demokrasi, malah menjejaskan hubungan harmoni antara kaum.

Lawatan Hindraf ke rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri baru-baru ini merupakan kunjungan biasa masyarakat Malaysia berbilang kaum ke majlis rumah terbuka setiap tahun. Di samping kunjungan hormat, aktivis Hindraf juga menyerah memorandum kepada Perdana Menteri agar membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sejak tahun lepas.

Seperti orang awam yang juga hadir dalam majlis terbuka hari raya tersebut, aktivis Hindraf telah berbaris dan masuk ke dalam dewan secara baik untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Malah, mereka yang menuntut untuk membebaskan tahanan ISA termasuk juga penyokong Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah berada di majlis rumah terbuka yang sama, dan bukan aktivis Hindraf sahaja.

Dalam semangat Ramadhan dan Aidilfitri, kami sentiasa harus mengingatkan nasib kaum-kaum yang dipinggir atau tertindas. Walaupun kami tidak semestinya bersetuju sepenuhnya segala tuntutan Hindraf, namun kami menegaskan bahawa masalah dan isu penting yang dihadapi masyarakat India harus ditangani dengan cara musyawarah.

Kami khuatir tindakan yang merupakan penindasan hak asasi masyarakat sivil ini akan menimbulkan kemarahan masyarakat India dan seterusnya akan menambahkan lagi ketegangan antara kaum.

Kami mendesak: -
1) Kerajaan menghentikan penindasan ke atas mana-mana pergerakan sivil
2) Kerajaan membebaskan semua tahanan ISA serta merta dan mansuhkan ISA

Dikeluarkan oleh
PAKATAN RAKYAT
16 Oktober 2008

Wednesday, October 15, 2008

Antara Wan Azizah Dan Rosmah : Memilih "First Lady" Malaysia yang terbaik.

Oleh: anarqiyELLow








Antara Wan Azizah Dan Rosmah : Memilih "First Lady" Malaysia yang terbaik.

Datin Seri Wan Azizah Binti Wan Ismail adalah seorang yang rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Pemilik susuk tubuh ini adalah seorang wanita yang cukup ideal untuk menjadi idola seluruh wanita di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Bangkit dari tugas mempersiapkan kelengkapan suami dan anak - anak untuk memikul amanah bagi membela suami yang dizalimi. Bukan sembarangan wanita yang mampu menggalas tugas tersebut dan sejarah Malaysia tidak boleh menafikan bahawa kesan kebangkitan rakyat pada hari ini sedikit sebanyak adalah hasil sentuhan tangan yang pernah menghayunkan buaian untuk Nurul Izzah dan adik - adiknya yang lain. Beliau juga turut menggembelingkan tenaga - tenaga pencinta keadilan yang lain untuk turut berlari seiring dengannya bagi menumbangkan tembok kezaliman. Semuanya bersatu meneruskan laungan keramat REFORMASI.

Biarpun ketika itu dibariskan pelakon - pelakon konspirasi yang mengakui telah dinodai Anwar, namun beliau tetap menyakini bahawa itu semua adalah rekaan semata - mata. Beliau terus mara mempertahankan suaminya.

Segalanya telah terbukti. Kekerasan membela rakyat yang dizalimi amat sinonim dengan beliau. Tubuh kecil ini tidak pernah menyesali dengan obor perjuangan yang dibawanya. Sentiasa merendah diri dan lemah lembut apabila berbicara, namun itu tidaklah melambangkan semangat beliau. Semangat yang cekal, keras dan kental mengisi ruang hatinya. Semuanya itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk rakyat.

Perjuangan yang dibawa tetap diteruskan walaupun suami tercinta bebas dari sangkar besi bagi menenggelamkan suara - suara si murai yang mengatakan bahawa perjuangan beliau hanyalah untuk membebaskan manusia bernama Anwar Bin Ibrahim. Kata - kata yang terpaksa ditelan semula oleh mereka. Biarpun suaminya dibebaskan, perjuangan membela rakyat dan membebaskan Malaysia dari kezaliman tetap diteruskan. Tanpa ragu dan sangsi prinsip menegakkan kebenaran dan keadilan tersemat utuh di sanubari.

Si wanita kecil berkaca mata ini juga tidak pernah peduli dengan serangan menggila musuh - musuh yang mahu memadamkan api obor yang dibawanya. Perwira - perwira yang melindungi obor tersebut tetap kental bertahan demi mengelakkan apinya terpadam. Biarpun ketika apinya telah membakar hutan, perwira - perwira lama lari dari meneruskan perjuangan. Namun itu tetap tidak menggusarkan beliau kerana beliau yakin bahawa ramai lagi pelapis yang akan menjulang obor itu sehingga ke garis akhir.


Bagi Rosmah Mansor pula, penulis cuba untuk mencungkil apakah jasanya yang memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat selain dari merasmikan majlis - majlis dan memberi ucapan di mesyuarat - mesyuarat dan perjumpaan - perjumpaan mak datin.

Namun begitu, tidaklah boleh dinafikan bahawa beliau adalah tulang belakang kepada suami tercinta dalam menguruskan negara. Lihatlah, kemana sahaja Najib Tun Razak mengadakan lawatan rasmi ke luar negara, pasti beliaulah orang yang akan turut serta bagi mencari barangan - barangan mewah di pusat membeli belah. Wang yang dibelanjakan itu juga belum dapat dipastikan pemiliknya. Sekiranya ia melibatkan wang rakyat, maka rakyat berhak berkongsi barangan tersebut. Namun, hari demi hari persoalan tersebut dipersetankan oleh pemilik badan separa gempal iaitu Rosmah Mansor.

Bayangkan, jika sebagai isteri orang nombor dua negara telahpun digelar Imelda Marcos Malaysia. Apa akan jadi jika suaminya sempat menaiki takhta nombor satu negara? Hasil simpanan dalam tabung ayam rakyat Malaysia untuk masa depan habis digali dan dikorek sehingga kering oleh beliau. Semua itu demi memuaskan nafsu berbelanja beliau.

Penulis cuba untuk memfokuskan fikiran bahawa Rosmah Mansor bukanlah orang yang akan menjadi First Lady kelak. Ini kerana kerisauan yang bersarang di hati ini cukup kronik. Terbayang kasihannya rakyat mencari sesuap nasi saat beliau bergembira "ber'joli' katak". Semoga perkara ini tidak menjadi kenyataan.

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI AMK MALAYSIA

19 Oktober

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI AMK MALAYSIA

Majlis tersebut akan diadakan pada:

Tarikh : 19 Oktober 2008 (Ahad)
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg.
Lokasi: Dewan Masyarakat MBPJ, Jalan PJS 3/22,
Taman Sri Manja off Jalan Klang Lama,
Petaling Jaya, Selangor

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut, sila hubungi 0192859984- Mahharul Ismail (Pen. Setiausaha AMKM)

Harga Minyak Turun Lagi

Malaysiakini.com


Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.

petrol price hike reduction from rm2 45 to rm 2 30 141008Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;

Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.

Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu.

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.

bm version fuel petrol diesel price hike reduction 141008

Ketua Penerangan AMK Batu dapat cahaya mata.

Ketua Penerangan AMK Batu yang baru dilantik telahpun mendapat cahaya mata pada 2 Syawal yang lalu. AMK Batu mengucapkan tahniah dan selamat memikul amanah yang diberikan. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini, menjadikan beliau semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan meruntuhkan tembok kezaliman. Selamat berjuang!

Sudah lama rasanya, aku tidak kemas kinikan blog aku ini, sebuk benar semenjak raya pertama sehinggalah raya ke 12 ini. Raya pertama, aku sudah berada di hospital, isteri ku dimasukkan kerana hendak bersalin, kena lepaklah di hospital selepas solat Aidilfitri. Alhamdullilah, 2 Syawal pada pukul 2.10am maka dengan izinNya, lahirlah puteri sulong kami yang diberi nama Fatihah Najwa, beratnya 3.77kg. Maka bertambahlah seorang lagi umat Islam didunia ini. Selepas ini, aku akan mulakan kembali menulis.

Dari Blog Anak Muda Parlimen Batu milik beliau.



Tuesday, October 14, 2008

EXCO ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG BATU 2010-2013

Ketua AMK: M Khairul Anwar Bin Mat Azidin
Timbalan Ketua: Akmal Hisyam Bin Ahmad Tamyiz
Naib Ketua 1: Chua Wei Kiat
Naib Ketua 2: Norsharizal Bin Abdul Razak
Naib Ketua 3: Ravindran A/L Vengadasamy
Setiausaha: Ahmad Azri Bin Zainal Nor
Bendahari: Harris Mohd Sani

Ketua Penerangan: Chin Yit Hon
Biro Penerangan:
Khairil Azuar Bin Khalit
Rozan Azen Bin Mat Rasip

Biro Keangotaan:
Noor Shamsul Kamarul
Mohamed Zamri Talib

Biro Pendidikan, Kebajikan dan Sosial:
Mustapa Khalid Jahaya
Muhammad Hafiz Bin Kamaruddin


Biro Sukarelawan dan Skuad:
Appala Naida A/L Nokiah

Biro Sukan dan Rekreasi:
Ravindran A/L Vengadasamy
Muhamad Amin Abdul Jalil


Biro Penyelidikan Data dan Maklumat:
Jasmin Bin Jamaludin
Akram Bakar

Monday, October 13, 2008

AMK Batu Selesai Agenda MATB , YB Ahli Parlimen Hadir Beri Sokongan.


Bandar Baru Sentul, 19 Oktober 2008 : AMK Bahagian Batu yang diketui oleh sdr Rozan Azen Md Rasip selesai menunaikan tanggungjawab melaksanakan mesyuarat agong tahunan (MATB) Batu dengan kehadiran YB Tian Chua sebagai ahli parlimen Batu.

Turut hadir dalam mesyuarat adalah S/U AMK Malaysia, Sdr Zulfikar Ali Ariffin serta Ketua AMKWP Sdr Md Zaman Md Tasi. Mesyuarat bermula seawal jam 11.00 pagi mengikut agenda yang telah ditetapkan. Hadir sama memberi sokongan adalah Timbalan Ketua AMKWP Sdr Hamdi Said, Naib Ketua AMKWP, Sdr Rahman Hackeem dan Ketua AMK Bandar Tun Razak Sdr Azizi Anas.

Pimpinan parti memberi ucapan dalam mesyuarat tersebut mengenai pelbagai aspek seperti aktiviti AMK dan seumpama. Ahli yang hadir memberikan kerjasama yang baik dan secara keseluruhannya berjalan lancar.

Sunday, October 12, 2008

AGM AMK Batu 2008

AGM AMK Batu 2008 sedang berlangsung di Pusat Komuniti Masyarakat Parlimen Batu, Sentul. Laporan penuh akan dikemaskini selepas mesyuarat tamat. Kepada mereka yang ingin hadir, kedatangan anda amat dialu-alukan.

[terkini]

11.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung AMK Batu.

11.10 pagi : Ucapan Aluan Timb. Ketua AMK Bahagian Batu, En Kamil Abd Samad.

11.25 pagi : Ucapan Aluan Ketua AMK Batu, En Rozan Azen Mat Rasip.

11.50 pagi : Ucapan Perasmian Ketua AMK Bahagian Batu, YB Tian Chua.

12.05 tgh hari : Ucapan Setiausaha AMK Pusat, En Zulfikar Ali Ariffin.

12.15 tgh hari : Ucapan Ketua AMK Wilayah Persekutuan, En Md Zaman Md Tasi.

12.30 tgh hari : Mesyuarat berhenti rehat.

1.00 tgh hari : Pembentangan laporan minit mesyuarat, aktiviti2 tahun 2007 dan pengumuman rami exco AMK Batu untuk tahun 2009-2009 oleh Setiausaha AMK Bahagian Batu, Sdr. Mohd Akmal Hisyam.

1.30 tgh hari : Pembentangan laporan kewangan oleh Sdr Harris, Naib bendahari AMK Batu.

1.45 tgh hari : Perbahasan usul dan cadangan.

2.18 petang : Mesyuarat ditangguhkan.

Monday, October 6, 2008

Surat Agar Segera Membebaskan RPK

Sila tandatangan surat protes untuk mendesak kerajaan agar segera membebaskan Raja Petra Kamaruddin dan semua tahanan ISA lainnya. Sila klik di sini untuk menandatangani surat tersebut.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

DSAI di Mahkamah Esok

Sila hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim esok 7hb Oktober 2008.

Tempat: Kompleks Mahkamah Jalan Duta (Mahkamah Sesyen)
Masa: 9.30 pagi
Tarikh: 7hb Oktober 2008 (Selasa)

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Sunday, October 5, 2008

Rumah Terbuka Dato Seri Anwar Ibrahim

MAJLIS RUMAH TERBUKA EIDULFITR DATUK SERI ANWAR IBRAHIM & PIMPINAN KeADILan

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) berbesar hati menjemput saudara-saudari untuk sama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Eidulfitr pada hari Ahad, 12 Oktober 2008.

Berikut adalah butiran Majlis Rumah Terbuka:

Tarikh: 12 Oktober (Ahad)
Masa: 2–5 petang
Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur