Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) membantah keras cadangan kerajaan untuk mengenakan caj bagi kenderaan yang memasuki bandaraya Kuala Lumpur sebagaimana yang dikemukakan oleh Menteri wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
AMK tidak melihat perlaksanaan cadangan ini adalah rasional dan relevan untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang sering membungkam pengguna jalanraya untuk masuk ke pusat bandar.
Caj ini akan menambah beban yang tinggi khusus pekerja yang membeli rumah di luar Kuala Lumpur yang kebanyakkannya menetap di Puncak Alam, Rawang, Sg Buloh, Bangi, Kajang & Seremban.
Tindakan ini juga akan menyebabkan lumpuhnya penjualan rumah di luar Kuala Lumpur kerana pekerja tidak mampu menanggung kos kenaikan penggunaan kereta di samping panggangkutan awam yang tidak sampai ke kawasan mereka & bayaran tambang yang dikenakan agak tinggi.
Kerajaan, khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, harus peka bahawa masalah timbul akibat daripada sistem jalanraya yang tidak sesuai, dalam keadaan bandaraya besar seharusnya melaksanakan sistem jalanraya sehala untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.
Sistem yang digunapakai sekarang iaitu sistem dua hala adalah tidak sesuai sama sekali dalam keadaan kadar penggunaan kenderaan baru semakin meningkat dari hari ke hari.
Caj ini akan menambah beban yang tinggi khusus pekerja yang membeli rumah di luar Kuala Lumpur yang kebanyakannya menetap di Puncak Alam, Rawang, Sg Buloh, Bangi, Kajang & Seremban.
Tindakan ini juga akan menyebabkan lumpuhnya penjualan rumah di luar Kuala Lumpur kerana pekerja tidak mampu menanggung kos kenaikan penggunaan kereta di samping pengangkutan awam yang tidak sampai ke kawasan mereka dan bayaran tambang yang dikenakan agak tinggi.
Ini ditambah pula dengan kelemahan sistem pengangkutan awam termasuklah bas, teksi, sistem aliran ringan (LRT dan Monorel) yang tidak beroperasi pada kesesuaian yang setara dengan kesibukan bandaraya Kuala Lumpur.
Dalam keadaan rakyat terus diburu dengan kesesakan hidup lantaran meningkatnya kos sara diri akibat inflasi yang gagal dikawal kerajaan, AMK melihat perlaksanaan cadangan ini hanya akan menyukarkan penduduk dan langsung tidak menyelesaikan apa-apa masalah rakyat khususnya di Kuala Lumpur.
Kerajaan sewajarnya memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos sara hidup, bukan berusaha mengerah wang rakyat dikeluarkan dengan sewenangnya demi mengaut keuntungan bagi segelintir pihak semata-mata!
Md Zaman Md Tasi
Ketua Angkatan Muda
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Parti Keadilan Rakyat
No comments:
Post a Comment