Friday, November 7, 2008

Susulan Pembebasan Raja Petra Dari ISA , Syed Hamid Albar Dituntut Letak Jawatan

Kuala Lumpur , 07 November 2008 : Status Menteri Dalam Negeri , Dato' Seri Syed Hamid Albar menjadi pertanyaan dari rakyat Malaysia disebalik keputusan hakim mahkamah tinggi Shah Alam membebaskan Raja Petra dari tahanan ISA hari ini.

Rakyat mempersoalkan rasional arahan dan persetujuan beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam membenarkan penahanan Raja Petra dibawah akta keselamatan dalam negeri (ISA).

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam , Syed Ahmad Helmy dalam penghakimannya berkata alasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menahan Raja Petra di bawah Seksyen 8(1) ISA adalah tidak termasuk dalam kes ini.

Seksyen 8(1) menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun.

Barisan peguam yang mewakili Raja Petra ialah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ashok Kandiah manakala peguam pihak pendawaan ialah Peguam Kanan Persekutuan, Abdul Wahab Mohamad.

Syed Hamid Albar dituntut untuk meletak jawatan diatas kecuaiannya dalam mengendalikan penahanan ISA ini. Sebagai menteri , kecuaian dan kegagalan beliau untuk bertindak mengikut undang undang amat mendukacitakan.

No comments: