Friday, January 16, 2009

Cek RM 403 Juta : BN cuba selindung isu royalti


Kuala Terengganu, 12 Jan - Timbalan pesuruhjaya Datuk Wan Mutalib Embong semalam memperjelaskan ketika sidang media semalam, mengenai isu royalti yang cuba diselindungkan oleh UMNO/BN. Isu tersebut cuba ditutup dengan pemberian Mok Cek sebanyak RM 403 Juta kepada kerajaan negeri melalui Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said sebelum ini.

Datuk Wan Mutalib berkata, “Saya pun lihat sedutan daripada ucapannya semasa penyerahan mok cek bernilai RM 408 juta dan dikatakan ini adalah bayaran kedua bagi tahun 2007/2008. Bagi orang yang tidak mengetahui apakah dia royalti nampak ia sesuatu yang menggembirakan”.

“Tetapi bagi orang politik yang tahu dan pernah terlibat dalam pentadniran kerajaan negeri, semasa ianya dirampas tentulah rasa kepahitan dan rasa tidak betul itu membara di dada” tambah beliau

Berkaitan kenyataan Najib bahawa isu royalti ini telah selesai, Datuk Wan Mutalib menegaskan, untuk mengatakan ia selesai perlu ada penghakiman dengan persetujuan yang dicatatkan di mahkamah dengan terma-terma yang menepati tuntutan rakyat negeri Terengganu.

Tuntutan antara lainnya ialah yang pertama mesti ada satu pengisytiharan bahawa hak ke atas royalti adalah hak rakyat dan hak Negeri Terengganu. Kedua, kerajaan pusat dalam apa jua keadaan dan perundangan, tidak ada hak untuk mencabuli dan merampas hak rakyat ini kerana ia telah pun diberikan melalui undang-undang yang sah. Ketiga, bayaran balik kepada rakyat Terengganu hendaklah bermula dari mula ia disekat bukan sekarang sekarang ini. Dan keempat, kerajaan pusat tidak ada hak dibwh undang-undang, ataupun perlembagaan peraturan kewangan untuk membelanjakan duit hak kerajaan Negeri Terengganu melalui apa yang dipanggil dana khas ataupun pemberian wang ehsan.

Beliau turut menjelaskan dalam kaedah pentadbiran negara hak negeri ini adalah hak terunggul.Tidak boleh kerajaan pusat menganggu perjalanan pembangunan kerajaan negeri,kerana telah ada peruntukan perlembagaan untuk kedua-dua peringkat kerajaan negeri.

“Oleh yang demikian apa-apa peruntukan bajet diperingkat negeri hendaklah diluluskan di peringkat negeri. Kerajaan Persekutuan tiada hak mencampurinya.” jelas beliau.

No comments: