Maklumbalas yang diperolehi sepanjang berlangsungnya kempen mendapati pengundi muda bakal mempengaruhi undi untuk calon yang bertanding. Walaupun sokongan pengundi muda sudah ketara menyebelahi PAS, namun kempen dan penerangan berterusan perlu diperhebatkan bagi menangkis dakyah kotor jentera pilihanraya BN.
Md Zaman berharap kemenangan PAS di 3 daripada 4 DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU lalu dapat diterjemahkan kepada kemenangan kerusi Parlimen pada PRk ini. Jentera BN pula semakin lemah menjelang hari pengundian hasil dari sesi kempen dan penerangan jentera Pakatan rakyat yang menerangkan kepada pengundi situasi sebenar politik tanah air.
Pengundi Kuala Terengganu semakin memahami dasar perjuangan pakatan rakyat berbeza dengan maklumat dan berita media Pro BN yang saban hari memburukkan imej pakatan rakyat.
Tatkala kempen BN pula ibarat meludah ke muka sendiri. Setiap isu yang ditimbulkan akan menyerlahkan kesilapan mereka sendiri sepertimana isu royalti minyak. Terdesak untuk mengekalkan kemenangan, royalti minyak diumpankan kepada pengundi sedangkan itu merupakan hak rakyat yang sekian lama dinafikan.
No comments:
Post a Comment