Monday, February 23, 2009

MAJLIS HI-TEA BERSAMA YAB MENTERI BESAR PERAK

Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)

Tempat : Dewan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor,
Shah Alam, Selangor (PKPS)

Masa : 3.00 p.m. hingga 5.00 p.m

Kehadiran VIP

Dato Seri Ir Haji Mohd Nizar Jamuluddin
Dr Lo’Lo’ Ghazali
Ustaz Haji Ahmad Awang
Ustaz Misbahul Munir Masduki

Tiket berharga RM20.00

Sila hubungi :

019-6570438 (Subang/Subang Jaya)
012-2871614 (Cheras/Bandar Tun Razak)
017-6727584 (Kajang/Bandar Baru Bangi)
019-3837785 (Shah Alam/Klang)
012-2141858 (Gombak/Ampang/Hulu Klang)
013-3657491 (Shah Alam)
019-2316539 (Puchong/Putrajaya)

Anjuran :

IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN

1 comment:

cheguBard said...

Pengumuman : Perhimpunan Anak Muda Malaysia Protes SPRM yang kelihatan 'seronok' menjadi kuda
Gendang perang yang dipalu kerajaan amat menarik dan ramai mula bernafas lega. Namun sejak gendang itu dipalu seolah tiada tindakan konkrit sehinggalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan.

Walaupun SPRM gagal menjawab dua persoalan penting yang menjadi punca utama kelemahan BRP iaitu

* masih tidak bebas semua lantikan dan kenaikan pangkat masih dibawah ketiak Perdana Menteri seharusnya diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia untuk menjamin kebebasan.
* masih terikat iaitu tidak punya kuasa pendakwaan. Maknanya kejadian siasatan keatas menteri boleh disiapkan namun tidak boleg didakwa kerana Peguam Negara mendapat arahan dari atas boleh berulang.

Namun ramai yang masih cuba melihat positif. Saya sendiri telah menjadi individu pertama menghantar laporan beserta bukti rasuah kepada SPRM pada hari pertama kewujudanya. Laporan ini menguji sejauh mana efisyensi SPRM yang menggunakan buget wang rakyat yang jauh lebih banyak dari BPR.

Namun setelah namun setelah masuk bulan ketiga langsung tiada khabar dari laporan yang mengandungi bukti dan kes rasuah yang amat mudah diselesaikan itu. Ada maklumat dalaman yang diperolehi ada antara kes yang dihantar tersebut ditutup begitu sahaja. Malah jauh dari itu SPRM kelihatan lebih berminat bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.

Kes 1
10 orang pegawai SPRM telah menahan ahli Puteri Umno di bahagian Jempol, lalu sesi soal siasat dijalankan di sebuah hotel murah di Bahau. Ahli Puteri ini yang dikerutung oleh 10 lelaki pegawai SPRM tanpa ditemani sesiapa ketakutan dan dipaksa menandatangani surat akuan palsu bahawa dia menerima rasuah. Selepas perkara ini terdedah Setiausaha KEADILAN Rembau telah membuat laporan polis sebaliknya SPRM telah membuat laporan balas dan mengugut untuk saman. Kes ini disenyapkan begitu sahaja.

Kes 2
Seorang AJK Umno Bahagian Temerloh telah diseksa 'ala siksaan Abu Gharib' untuk mendapatkan tandatanganya dalam satu akuan 'palsu' yang mengakui dia menerima wang dari seorang pemimpin Umno

Setelah diselidiki dua kes ini bukan kes terpencil. Banyak kes berlaku lagi namun ahli Umno yang 'terkena' takut untuk tampil ke depan. Perkembangan ini membuktikan SPRM kelihatan seronok diperkudakan oleh kumpulan politik tertentu untuk mencapai kehendak politik mereka.

Dalam perkembangan antara parti pula SPRM jelas menjalankan kerja politik bagi pihak Bn.

Kes 1
Seorang ahli KEADILAN bahagian Kuala Pilah pilah telah ditangkap ekoran laporan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Kononya dia yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah institusi kewangan menawarkan jumlah wang mencecah jutaan ringgit untuk memujuk ahli parlimen Kuala Pilah untuk keluar Bn. Ahli KEADILAN yang ditahan ketika bekerja di pejabatnya ini dibawa ke Pejabat SPRM Seremban untuk sesi soal siasat. Namun amat menyedihkan sesi soal siasat ini bertukar menjadi sesi brain wash atau turn over dimana Pegawai Penyiasat menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes 2
Dalam isu hangat bertukar parti akhir - akhir ini, Ketua Pengarah SPRM secara tiba - tiba mengeluarkan kenyataan berminat untuk menyiasat ADUN Bota apabila beliau mengistiharkan masuk KEADILAN. Namun apabila 4 ADUN Pakatan Rakyat masuk Bn, SPRM seolah seronok dengan perkembangan tersebut dan tidak pun keluar kenyataan minat untuk siasat.

Kes 3 dan seterusnya berkaitan dengan ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan yang dibuat semenjak BPR dan kini di bawa kehadapan atas nama SPRM mengenai salahguna kuasa pemimpin politik Bn mahupun pegawai tinggi kerajaan. Namun seolah tiada tindakan diambil. Saya pernah menghantar semula kertas siasatan dimana BPR pernah menyelesaikan kertas siasatan dengan mendapati 2 menteri bersalah kerana rasuah namun BPR sendiri dalam kertas siasatan yang sama menyarankan agar pendakwaan tidak dilakukan jika menteri tersebut meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik. Nampaknya SPRM juga gagal berbuat apa-apa ke atas kertas siasatan tersebut.

Laporan kes penglibatan Peguam Negara dan Ketua Polis negara mereka bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal disiasat. Kes Pita Linggam SPRM diamkan. Malah dalam kes melibatkan Ketua Hakim Negara SPRM langsung tidak menunjukkan minat walaupun YB Karpal Sigh telah mendedahkan bukti rakaman suara Tun Zaki mengaku menerima rasuah.

Pendedahan terbaru Datuk Seri Anwar di parlimen juga memeranjatkan dimana SPRM punya bukti pernah memerangkap Bn Kedah ketika sedang dalam operasi membeli ADUN Kulim.

Di Selangor tentu ramai yang pertikaikan sebelum PRU 12, terlalu banyak tuduhan rasuah ke atas Khir Toyo tetapi selepas Khir Toyo tumbang sebagai MB kenapa tiada pendakwaan. Untuk pengetahuan semua Khir masih selamat kerana dilindungi aparat kerajaan seperti SPRM. Selepas kalah polis mengepung bangunan yang menempatkan SUK dan Pejabat MB Selangor untuk operasi musnahkan dokumen. Laporan rasuah telah dibuat bukan dalam satu isu tetapi berpuluh isu ke atas Khir Toyo namun SPRM kelihatan mandul.

Jika BPR kelihatan sebagai kuda tunggangan Bn tapi kini SPRM ini kelihatan bukan setakat jadi kuda tetapi kelihatan seronok dan bersungguh untuk jadi kuda terbaik kumpulan politik tertentu dalam Bn.

Sehubungan dengan itu, atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia, sebuah badan gabungan 'tanpa ikatan' yang menggabungkan anak muda Malaysia yang mempunyai cita - cita perubahan (tanpa kira latar politik, kaum dsb) mengajak anak - anak muda Malaysia un tuk hadir di depan Pejabat SPRM Putrajaya memprotes dan memberi amaran kepada SPRM.

Himpunan Anak Muda Malaysia
Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik
25 Febuari 2009, Rabu
11.00 pagi
Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Kemuncak himpunan ini akan dibakar 'salinan' laporan dan bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada Polis, SPRM / BPR. Ini sebagai menifestasi rakyat Malaysia hilang harapan terhadap SPRM. SPRM lebih baik tidak wujud kerana kewujudanya selain membazirkan ratus juta wang negara, ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai tawan tawa dunia. Biar dunia mentertawakan SPRM tetapi bangga melihat kebangkitan anak muda Malaysia.

Ini bukan kegiatan ganas tetapi amaran keras dari anak muda Malaysia.


23 Febuari 2009

Badrul Hisham Shaharin
Seketeriat
Solidariti Anak Muda Malaysia

http://chegubard.blogspot.com

p/s : Solidariti anak muda Malaysia terlibat menganjurkan banyak forum diskusi dan aksi politik. Seperti menghantar bantal kepada Abdullah sempena tahun baru, menyerbu dan mengepung Tun Mahathir di Mahkamah, forum ISA dan banyak lagi yang semuanya menjadi perhatian media dunia.