Wednesday, March 4, 2009

Wanita kontroversi PKNS bersara esok - Malaysiakini

Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI
Sabtu - 7 Mac 2009
2 petang - Hadapan Istana Negara.
Datang beramai - ramai.

Datin Paduka Low Siew Moi - yang menjadi tumpuan umum apabila dilantik sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selama tiga bulan mulai November lalu - akan bersara esok.

Kerajaan Selangor melantik Low (foto) memangku kerusi nombor satu perbadanan itu selepas persaraan Datuk Harun Salim pada akhir Oktober lalu.

khalid ibrahim low siew moi othman omar new pkns selangor chief khalid ibrahim pc 231208 07Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, Low dilantik memangku jawatan tersebut selama setahun sehingga ada pengganti yang sesuai untuk memimpin PKNS.

Bagaimanapun pelantikan Low - yang juga timbalan pengurus besar (bahagian korporat dan akaun) PKNS - mendapat bantahan meluas, termasuk daripada PAS dan Umno, dengan alasan jawatan tersebut selama ini disandang oleh tokoh bumiputera.

Ekoran itu, kerajaan negeri mempercepatkan proses pemilihan pengganti Harun dan pada 1 Februari lalu, Othman Omar dilantik sebagai pengurus besar baru PKNS.

Low telah berkhidmat dengan PKNS selama 35 tahun sejak 1973.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS Mohd Wazir Abdul Ghani berkata, satu majlis meraikan persaraan Low akan diadakan di ibu pejabat PKNS pada jam 4 petang esok.

Menurutnya lagi, majlis tersebut akan dihadiri oleh Othman dan kakitangan agensi kerajaan tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

Nasib le AMK Batu berketua Rozan Sajak. Beria-ria dengan Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI. Bukan main gah Rozan kata target 100,000. Cari publisiti mudah ke????? Mengapa tak dikerah AMK Batu bantu mangsa banjir teruk di Parlimen sendiri? Khabarnya YB Batu harungi banjir, malang sekali AMK sekoq pun tak nampak. Asyik dok sibuk dengan program nasional. Buat ceramah pun yang hadir tak sampai 100 org. Cuba Ahli Batu selidik si Rozan ni pengundi di Parlimen mana? Dan kenapa tak jadi Ketua AMK di tempat dia mengundi atau di dua-dua tempat dia tak mengundi. Beritahu Rozan.... gaya jgn lebih sangat. Apa program hebat AMK Batu di Parlimen Batu. Takat jual Suara Keadilan di pasar malam??????? keling mabuk pun bole.

Angkatan Muda Keadilan BATU said...

revisit - alhamdulillah dgn semangat spt jual suara keadilan (& kini konsep era pakatan) lah saya & teman amk batu yg mewakili pkr pusat berjaya mansuhkan dasar kerajaan dlm tempoh 6 bulan! Don't talk non-sense if you can't deliver. pasar malam?putrajaya di kamar menteri pelajaran utk mansuh dasar? amk batu bersama rakyat dh berjaya...UMNO (kalau kebetulan ahli jgn marah...tapi sedar sikit ye) langsung bisu & bantu???UMNO R.I.P

ROZAN AZEN 13 disember 2009

Angkatan Muda Keadilan BATU said...

revisit - alhamdulillah dgn semangat spt jual suara keadilan (& kini konsep era pakatan) lah saya & teman amk batu yg mewakili pkr pusat berjaya mansuhkan dasar kerajaan dlm tempoh 6 bulan! Don't talk non-sense if you can't deliver. pasar malam?putrajaya di kamar menteri pelajaran utk mansuh dasar? amk batu bersama rakyat dh berjaya...UMNO (kalau kebetulan ahli jgn marah...tapi sedar sikit ye) langsung bisu & bantu???UMNO R.I.P

ROZAN AZEN 13 disember 2009