FAKTA KEPUTUSAN KES -
HAKIM MENGAKU PERCAYA TIAN CHUA GIGIT POLIS WALAU TIADA BUKTI VISUAL & BUKTI DNA POLIS DIGIGIT TIAN.
HAKIM MENGAKU PERCAYA POLIS KERANA YAKIN POLIS JUJUR SEBAB MENGAKU MENUMBUK TIAN (MEMANG ADA BUKTI VISUAL & BUNYI SUARA DLM U-TUBE POLIS TUMBUK TIAN).
Sememangnya kebenaran akan tampil membela keadilan.
Cabang BATU terutamanya AMK BATU amat terharu dan menghargai segala sokongan moral dan reaksi prihatin rakyat di Parlimen BATU. Ini apatah lagi terhadap Yang Berkhidmat YB Tian Chua dlm menghadapi tekanan keputusan kes mahkamah dakwaan mengigit tangan polis (FITNAH !) yg berlaku penghujung 2007 di gerbang bangunan Parlimen.
Sebagaimana yg dijangka, segala yg berlaku ada hikmahnya. Dalam menerima dengan sabar-keredhaan, YB Tian sebagaimana dlm kenyataan media tidak sampai beberapa minit diluar bilik perbicaraan Mahkamah Majistret Jalan Duta Khamis (22 Oktober) lalu terus teguh dgn ikrar bahawa beliau akan tetap teruskan tugas beliau sebagai ahli parlimen yg bertanggungjawab membela nasib penduduk di kawasan BATU.
TernyataYB Tian Chua mengulangi lafaz dgn ikhlas apabila tiada pun sebarang kesedihan terbayang dlm nada suara beliau. Sebaliknya ramai menyaksikan beliau berterusan senyum menjawab tenang segala soal-jawab dgn pihak media. Ini juga terbukti sampailah beliau terus laju ke Dewan Parlimen untuk meneruskan tugas membahas dan membela nasib rakyat dlm dewan mulia itu.
Sejak Khamis 22 Oktober sehingglah petang Ahad 25 Oktober tadi, ramai penyokong setia dan rakyat yg menetap di kawasan parlimen Batu berkunjung ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Batu memberi dgn bertanya khabar, mendengar lebih lanjut ke arah mana kes mahkamah ini (peringkat rayuan dan seterusnya) serta pelbagai lagi.
Terbukti semakin ramai rakyat semakin celik dengan permainan politik ala era Mahathirisme (mahkamah dijadikan aparatus yes sir for you Putrajaya) melalui insititusi perundangan. Integiriti badan kehakiman mulai dipersoalkan apabila dilihat YB Tian Chua-pejuang rakyat dianiayai dengan keputusan yang tidak adil serta meragukan.
Namun dgn apa yg berlaku beberapa hari lalu, apatah lagi momentum prihatin rakyat terhadap kes fitnah-aniaya Tian Chua, kesabaran para penyokong dlm memberi mandat kepercayaan kpd PKR (YB Tian Chua) semakin bertambah.
(Sehinggakan tulisan ini dihasilkan, pelbagai memorandum sedang diusahakan setelah didesak oleh mereka yg simpati kpd Tian Chua, berpuluh-puluh petisyen telah dikeluarkan dan ditandatangani dengan laju - mendapat sambutan serta pelbagai bentuk sokongan).
Terima kasih semua. BERSAMA KITA TUNGGU TARIKH AKHIR MENGHANTAR PROSES RAYUAN (5 November 2009).
JOM KITA NANTIKAN SIRI KEMPEN KESEDARAN KONSPIRASI BN DGN BUKTI-BUKTI dan SIRI PROGRAM SOKONGAN MORAL YB TIAN CHUA.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP
No comments:
Post a Comment