Salam semua penyokong rakyat.
SEBARKAN BERITA SENSASI ! BN GILAKAN PILIHANRAYA KECIL ! USAHA LOBI DAN RASUAH WANG TELAH DIRANCANG !
Tidak sampai 5 Hari (sejak keputusan peringkat Mahkamah Majistret KHAMIS 22 OKTOBER 2009) terhadap Yang Berkhidmat Ahli Parlimen BATU- YB Tian Chua, sudah ada kedengaran usaha melobi bagi kerusi Parlimen BATU dikalangan tokoh dan kepimpinan dalam BN sekiranya terjadi pilihanraya kecil di BATU (Pilihanraya kecil/PRK akan terjadi sekiranya YB Tian Chua atau Pakatan Rakyat gagal dlm semua peringkat rayuan di mahkamah).
Dimaklumkan melalui ahli-ahli parti komponen berkenaan BN sendiri (UMNO-Gerakan-MIC teramsuk seorang bekas PPP), mereka telah mendapat arahan agar menjalankan beberapa usaha agar teraju utama BN (Pusat yang diketuai Najib Razak)memilih tokoh yang mereka yakin sepatutnya .
AMK BATU yang terkejut dengan 'maklumat bocor' ini, dimaklumkan seawal petang Jumaat 23 Oktober lalu (semasa berlangsungnya pembentangan Bajet 2010). Semuanya berlaku disekitar Sentul Boulevard, Restoran Thaqwa (Tmn. Bullion Mewah/Tmn Koperasi Polis 2) dan beberapa kedai mamak sepanjang Jalan Ipoh. Juga maklumat yg hampir sama dikawasan berdekatan sekitar Batu Caves, Titiwangsa, Setiawangsa dan Hulu Kelang.
Diakui oleh mereka yang tidak mahu mendedahkan identiti bahagian & cawangan masing-masing (baik dari UMNO, MIC dan Gerakan), mereka kesal kerana Ketua Bahagian masing-masing begitu cepat & ghairah hendak naikkan nama masing-masing dgn segera supaya ahli peringkat cawangan, bahagaian seterusnya pusat BN meletak mereka sebagai calon utk pilihanraya kecil.
Memiliki sedikit kesedaran dan kerana amalkan mengundi atas pagar/berdasarkan isu, ahli-ahli BN ini bertindak utk dedahkan apa yg mereka khuatiri akan membuat BN(terutama UMNO) 'makan' dgn ikrar/janji/slogan yg telah dibuat semasa perhimpunan Agung masing-masing yang mahukan calon kredibilit, bersih, bela rakyat dan sebagainya.
Menurut mereka dgn kelakuan/perangai Ketua Bahagian serta beberapa tokoh parti masing-masing yg mempunyai jawatan kabinet, ini akan menambah barah dan hanya memalukan maruah serta imej parti mereka.
Mereka sebagai ahli biasa sudah bosan dan letih dgn ketidakjujuran dan hipokrasi slogan spt 1Malaysia dan transformasi, namun bila ada sahaja peluang( dlm konteks semasa-Pilihanraya kecil BATU), pemimpin sudah mula semula perangai lama mereka spt tawaran jawatan, rasuah wang dan janji memberi projek. Semuanya kata mereka demi mengejar jawatan. Walhal banyak janji lama & keutamaan kebajikan rakyat di Parlimen mereka (BN) tidak selesaikan.
Mereka juga simpati dgn Tian Chua yg sejak menang di parlimen Batu begitu profesional dan laju mendengar seterusnya berusaha sebaik mungkin selesaikan isu dan beban yg mereka hadapi.
AMK harap perbuatan dan trend amalan warisan BN ini segera dilupakan dan memohon rakyat menjauhi perbuatan niat jahat in demi kebaikan rakyat. Jangan ulangi kesilapan dan amalan yg tidak bermoral yg menyebabkan BN tumbang kalah dlm pilihanraya lalu (PRU dan PRK).
Rakyat lebih bijak menilai siapa yang memperjuangkan rakyat ! Kebenaran dan keadilan akan menjadi hakim. Rakyat hakim negara !
Ayuh ! kita SEBARKAN maklumat dan agenda berkepentingan BN ini....Rakyat penentu masa depan.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP
4 comments:
Apa cerita ni, fitnah ke ?.. Betoi ke, atau reka-reka..
Mungkin betul gak citer nie. Dua minggu lepas timbalan perdana menteri sendiri ada datang melawat kawasan parlimen batu. bulan ogos pun perdana menteri ada melawat kawasan ppr batu di ampat tin, jln ipoh. Erm kalau ada projek2 pun ok gak. aku pun dah lama kering nie!
O.... patutlah urusan rumah sewabeli pangsapuri DBKL telah di adakan perbincangan lebih cepat bersama penduduk di beberapa tempat di kawasan Batu bagi tujuan menunjukkan kerajaan prihatin terhadap semua kaum. Rupanya ada muslihat tetapi rata2 dari tempat saya dan juga beberapa tempat lain semua mengeluh dan tidak puas hati dengan syarat pembelian dan pemprosesan. Sepatutnya PM turun di kawasan kami ini di sentul cuba menyelami masalah rakyat bukan datang meraih undi semata2 untuk p/raya.
terus terang aku katakan aku keluarga aku pro BN dari dulu...
sejak Keadilan menang memang kecewa... tetapi ahli parlimen batu ini aku respect cara dia bekerja dan boleh bercampur dengan kami dalam BN di tempat kami di Bandar Baru Sentul.So far ok..
Post a Comment