Friday, October 23, 2009

PETIKAN ARTIKEL KETUA AMK BATU - ROZAN AZEN MAT RASIP (dipetik dari akhbar KONSEP ERA PAKATAN)

MAHASISWA PERLU TAMPIL LEBIH TEGAS TANGANI AUKU

Dalam menyoroti permasalahan ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran dengan kualiti graduan pengajian tinggi tempatan, AUKU dilihat antara punca mengakibatkan mahasiswa terbentuk sebagai sekadar lulusan yang tidak berketrampilan dan kurang kritis.

Belia khususnya mahasiswa perlu laju menterjemahkan idea yang lebih bernas bersifat alternatif terhadap segala persoalan semasa yang berlaku dipersekitaran terutamanya dalam negara. Ini termasuklah peka pada mobilisasi sosial yang semakin lantang, kemuncupan tidak menentu ekonomi, cabaran pembentukan jamak budaya (merujuk rakyat Malaysia yang plural), ketempangan demokrasi politik negara berperlembagaan dan kelajuan media baru yang kuat berdayasaing menyalurkan maklumat. Ini agar segala teori pembelajaran dan latihan ilmiah kritis sepanjang proses pembelajaran sebagai mahasiswa kampus terutama ilmu sains kemanusiaan diaplikasi, diadaptasi diruang kerjaya dan apabila bertindak sebagai anggota masyarakat. Jika gagal disesuaikan dengan keadaan realiti kelak, semuanya akan ditanggap pesimis sebagai nota bilik kuliah tinggal retorik dan tidak relevan dengan tuntutan terjemahan pembangunan insaniah cabaran dikala perubahan kadar laju era global.

Menyingkap sepintas sejarah AUKU, ianya merupakan buah hasil sebuah laporan jawatankuasa dipengerusikan oleh...

...Dibawah panel ini, MAGERAN melantik sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kehidupan pelajar kampus Universiti Malaya. Berdasarkan jawatankuasa inilah kerajaan telah bertindak menggubal AUKU 1971.

Mahasiswa secara ideal perlu tampil agresif dan berani dalam menyuarakan sebarang kemungkaran pentadbiran kuasa eksekutif negara. Adalah hakikat bahawasanya mahasiswa sentiasa dinanti dalam menyumbangkan sudut pandangan berbeza dengan pendirian rasmi pemerintah namun segar dan relevan untuk disedia diuji. Ini amat instrumental bagi survival gagasan para aktor masa depan sesebuah tamadun agar kekal relevan dengan pembangunan luaran dan dalaman.

Selepas AUKU digubal, segala kegiatan mahasiswa telah diletakkan dibawah kawalan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar ...

...Perlaksanaan AUKU memberi autoriti kepada kerajaan mengawal universiti, sebaliknya mengurangkan autonomi pentadbiran-pelajar. Pihak universiti terikat dalam menentukan arah perjalanan universiti seperti urusan pentadbiran, perlaksanaan peraturan serta penggubalan dasar universiti termasuklah aktivitisme mahasiswa yang dikawal oleh kerajaan. Segala mekanisme yang dilihat bertentangan dengan interest of the government of the day akan dibatalkan. Ini merupakan pencabulan aspirasi pengajian tinggi tempatan yang meletak sasaran menghasilkan mahasiswa dinamik.

Sejak AUKU mahasiswa dilihat mengalami ugutan psikologi dan tidak lagi berani cuba bersuara (Maka tidak menghairankan media baru menjadi alternatif mahasiswa generasi kini, juga memilih universiti luar negara sebagai lebih efektif). AUKU serba sebanyak menyebabkan mahasiswa tidak berkecenderungan atau jahil dalam hal-hal kepimpinan dan berpersatuan. Softskills seperti pengurusan efektif, membuat keputusan kritikal, etika perbincangan, bekerjasama dalam latar yang berlainan dan sebagainya gagal dinikmati untuk melalui proses tahan uji.

...penglibatan mahasiswa dalam kegiatan berpersatuan, harus diterima sebagai suatu bentuk pengkaderan paling ideal dan efektif. Ketika inilah disiplin perancangan, stamina keberanian, kecekapan tindakbalas respon membuat keputusan dan kemahiran lain yang berkait akan berkembang dan digilap. Mereka akan tahan diuji dengan segala bentuk cabaran kompleks dalam mengambil pendirian tersendiri dalam sesuatu isu yang berlaku dari masa ke semasa yang pasti melibatkan masalah pertentangan antara pelbagai kepentingan. Memetik sepertimana yang disebut oleh Dato Dr. Siddiq Fadzil, “ kepimpinan yang benar – benar unggul adalah kepempinan yang telah teruji (tested).”

Perkembangan terbaru AUKU adalah pindaan akta berkenaan (Febuari 2009) terutama Seksyen 15 yang penulis nilai sebagai masih beku dan tetap mengikat kebolehan sebenar mahasiswa. Pindaan masih melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau simpati terbuka kepada mana-mana pihak yang berkait dengan politik. Walhal, segala yang dipaparkan di arena politik semasa melibatkan kepentingan masyarakat yang memerlukan komentar kritis oleh pihak mahasiswa bagi pendewasaan minda.

Impak penggubalan AUKU dilihat nyata kekangan...

...Sebaliknya meneliti perbandingan keterbukaan dikalangan pemimpin di Barat, mereka tidak takut kritikan malahan menerima sebagai budaya leadership with accountability. Momentum di Malaysia harus ke arah itu atau setidaknya selari. Ini adalah cabaran bagi kerajaan BN agar membuktikan...

...BN perlu tinggalkan amalan escapism seperti sikap sering memberi jawapan perlaksanaan polisi dan penafsiran perundangan mesti mengikut acuan sendiri yang sememangnya tidak dapat diterima lagi. Mahasiswa sering dipandang lemah dan naïf dalam memberikan persepsi tidak berkepentingan kelas kedua.

Mahasiswa harus diberikan ruang dan cabaran yang seadilnya. Kebebasan seperti melontarkan idea kreatif dan saranan bebas berkepentingan, pergerakan bersama linkungan realpolitik tidak dapat dan tidak boleh diketepikan. Demikian juga debat dan dialog terbuka seperti sudut pidato harus disuburkan semula tanpa prejudis terhadap natijah sasaran para mahasiswa. Kebijaksanaan penilaian oleh mereka juga perlu diberi kepercayaan semula. Inilah sebenarnya kewajipan dan fungsi ideal mahasiswa, ahli akademik dan institusi pengajian tinggi yang mesti dipulihkan.

Memang benar penilaian hampir 20 tahun lampau oleh tokoh-tokoh akademik seperti Allahyarham Prof. Dr. Rustam A.Sani dan Prof. Dr. P. Ramasamy, AUKU telah berjaya mengekang suasana sihat dan bebas yang dulunya dikecapi mahasiswa. Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap segala taraf prestasi pemikiran dan kualiti graduan yang dihasilkan sejak AUKU wujud...

...Ternyata inilah cabaran para mahasiswa dari masa ke semasa. Penulis yakin mahasiswa sebenarnya adalah semarak kebangkitan yang perlu. Halangan – halangan yang sedia seperti AUKU dan lain-lain yang berkaitan sebenarnya melemahkan daya saing dan ketajaman daya analisis. Batu penghalang yang mesti dikaji semula dan digerakkan lebih agresif dan tegas oleh mahasiswa. Jika tidak mahasiswa sejak hampir 40 tahun lampau dilihat sering tewas terhadap ugutan dan tidak diberi kepercayaan. Maka tidak menghairankan apabila rekod prestasi universiti-universiti sering di paras kritikal. Ini ditambah lagi dengan tahap budaya pembacaan dan kesedaran maklumat yang lemah.

Semua ini perlu diberi perhatian yang lebih kerana kemampuan berfikir atau thinking capacity adalah kriteria yang harus ada pada mahasiswa sebagai bakal peneraju terpelajar dikalangan masyarakat. Mahasiswa perlu dilatih dalam sebagai peneraju saf kepimpinan negara lapisan masyarakat Malaysia dengan penuh kebebasan ilmiah dan aktivitisme progresif. Suku abad telah berlalu. Apakah tidak wajar dan tepat masanya AUKU dikaji semula lantas tuntas dimansuhkan?

Penulis adalah graduan UIAM ijazah Sains Politik. Kini aktivis politik sepenuh masa. Diamanahkan jawatan Ketua AMK Cabang BATU dan Naib Ketua AMK WP.

(...hasil tulisan boleh diikuti sepenuhnya di akhbar KONSEP ERA PAKATAN mukasurat 6 & sambungan ms. 26 Edisi 10 16-31 Oktober 2009 )

2 comments:

Anonymous said...

Tulisan Ketua AMK Batu dalam Era Pakatan amat berlainan dengan penghargaan beliau mewakili YB Batu (Tian Cua).

Anonymous said...

Salam teman pengunjung blog AMK BATU,

Terima Kasih atas respon dan komentar.

Memang perlu berlainan dlm konteks penghasilan karya (deskriptif/kreatif). Ini termasuklah samada ianya bagi tujuan artikel (contoh -KEP)atau (contoh-Sokongan utk YB Tian).

Gaya bahasa naratif, pengunaan diksi, penghujahan fakta, petikan kenyataan dll. perlu dibezakan. Sesuai dgn pembaca/audien.

dah lama tak menulis...hahaha

rozan