Saturday, December 12, 2009

Media Memputarbelitkan Kenyataan YB Ngar Kor Ming

AMK Batu berpendirian bahawa pertanyaan YB Ngar Kor Ming mengenai mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah ibadah bukan islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukan rumah ibadah orang Islam bukanlah untuk bermain dengan isu agama. AMK Batu berpendapat menjadi hak YB untuk menanyakan tentang peruntukkan dan beliau berharap ada penambahan bagi rumah ibadah yang bukan Islam. Media massa pro pemerintah memainkan isu ini untuk mencetukan ketegangan antara orang Islam dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bukan beragama Islam. Laporan-laporan demi laporan polis yang dibuat hanyalah semata-mata bermotifkan politik. AMK Batu juga menyambut baik suara NGO Islam seperti ABIM yang berharap agar dana untuk rumah ibadah bukan Islam ditambah dan mereka percaya YB dari Parlimen Taiping tidak berniat mempertikaikan dana rumah ibadah orang Islam. Kami percaya, penambahan dana untuk rumah ibadah untuk orang bukan Islam dapat membantu mereka dalam menjalankan ibadah mereka. AMK Batu berharap agar rakyat Malaysia memandang persoalan dan permintaan YB ini disudut positif, tidak salah rasanya meminta lebih peruntukkan. Beliau juga memperjuangkan untuk rakyat yang bukan agama Islam juga, dan beliau juga tahu batas-batas dalam bab beragama. AMK Batu berharap agar peruntukkan yang cukup besar ke atas rumah ibadah orang Islam digunakan sebaik mungkin dan tidak diseleweng oleh para pemegang amanah.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Cabang Batu

1 comment:

PAPA GOMO said...

belit? siapa yang belit?
nak bermandi darah ke?

Bukti pendedahan ini di harapkan agar kita semua menilai akan apa sebenarnya yang Wee Choo Keong ini lakukan. MP PKR ini telah bertindak RACIST dengan menyerang peniaga Melayu manakala peniaga cina HARAM tidak langsung di sentuh oleh Wee Choo Keong ini.
http://www.papagomo.com/2009/12/bukti-dan-fakta-wee-choo-keong-seorang.html