Petikan Isi Kandung memorandum oleh Sdr. Shamsul Iskandar & AMK terhadap BN/UMNO berkaitan kes pertuduhan Qazaf YB Dato Seri Anwar Ibrahim , Integriti Mahkamah Syariah, memorandum keada YDPA & demonstrasi di masjid-masjid...Ikuti sepenuhnya dalam Akhbar KONSEP ERA PAKATAN Bil 14 / 15 Disember-31 Disember 2009)
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP
Memorandum AMK: Mahkamah Syariah Perlu Adil, Telus Dan Bebas Daripada Campurtangan Mana-Mana Pihak.
Saya bersama-sama Angkatan Muda Keadilan(AMK) Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi aman di Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat, 11 Disember 2009 yang lalu. Saya telah mendesak Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO/BN untuk menyegerakan pertuduhan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sengaja dilengah-lengahkan atas alasan bahawa perbicaraan kes seks di luar tabi’e di Mahkamah Tinggi Jenayah perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Saya juga membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Datuk Jamil Khir Baharum yang dilaporkan berkata perbicaraan Qazaf di Mahkamah Syariah hanya boleh dijalankan setelah selesai perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi Jenayah. Jawapan Menteri Jamil ketika menjawab soalan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat adalah jelas menghina kewibawaan Mahkamah Syariah dan bercanggah dengan peruntukan 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil.
Demontrasi Aman ini akan berjalan di hampir kesemua masjid-masjid utama seluruh Negara sehingga sebelum tarikh perbicaraan kes YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur iaitu pada 25 Januari 2010. Satu memorandum penting kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan akan juga diserahkan di Istana Negara. ...
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) bersama-sama seluruh rakyat Malaysia menyatakan rasa terhina dan terkejut terhadap jawapan Menteri ketika menjawab satu soalan di Parlimen baru-baru ini. Ianya berkenaan laporan Qazaf Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di mana YB Menteri menegaskan ...
Situasi ini jelas menunjukkan campurtangan YB Menteri terbabit di dalam ...
AMK Malaysia juga menganggap jawapan menteri terbabit telah menjatuhkan maruah dan martabat Mahkamah Syariah seolah-olah statusnya...
AMK Malaysia dalam Memorandum ini menyatakan pendirian dan membuat desakan :
Pertama: Mahkamah Syariah Kuala Lumpur perlu segera memulakan prosiding kes Qazaf yang difailkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim...
Kedua: Menteri terbabit tidak mempunyai kuasa dan hak untuk memberikan jawapan sedemikian kerana ianya jelas melanggar kebebasan kehakiman...
Ketiga: Mahkamah Syariah di seluruh negeri digesa bersikap berani, adil dan telus serta tidak terpengaruh dengan sebarang campurtangan politik ...
Keempat: Martabat Mahkamah Syariah di negara ini perlu diperkasakan serta dipandang tinggi oleh semua pihak dan tidak sekali-kali dipermainkan oleh mana-mana pihak...
Kelima: Menggesa seluruh anggota badan kehakiman Mahkamah Syariah membuktikan bahawa mereka tidak sekali-kali akan tunduk kepada campurtangan politik. ...
7 comments:
Pegi dah sama itu Samsul Iskandar. Dialog dengan AMK Batu tggu sampai larut malam baru call nak datang. Atau tau dah malam pura-pura call nak datang kot!
Hari nie kata ceramah kat Batu pun tak nampak muka.
Nasib baik ada YB Tian! Terubat jugak hati. Yg dok keliling meja tu buat semak aje kenapa. Tapi ada jugak 2-3 muka yang nampak komited.
Sial punya PKR Batu. Penipu! Kalau takda ceramah jangan le gantung banner. Jangan kata ceramah, lampu pun takda. Khemah dengan penceramah jauh sekali.
Mana pegi semua ahli PKR Batu. Lain kali jika ceramah tak jadi, baner turun, bendera turun, tunggu kat tempat ceramah untuk beritahu orang ramai.
Bukan menyorok tak nampak batang hidung langsung.
Pegi mampos le lain kali sumpah aku tak percaya kat ceramah korang lagi.
Hari ni aku doa PKR kalah pada pru-13 sebab penipu rakyat dengan ceramah.
Untuk peringatan kepada YB Tian Chua & semua AJK Parti Keadilan Rakyat Bahagian Batu.
Selagi SI TIGA SUKU ROZAN jadi ketua amk kamu, syok sendiri le jawabnya.
Kami penyokong PAS Batu amat malu bila tengok Ketua AMK Rozan macam orang gila seorang-sorang pegang kayu dan edar risalah dicelah-celah kesibukan lalu lintas.
Tak terfikir kah cara yang lebih matang edar risalah? Saya tak tergamak buka cermin tingkap kereta sambut risalah bila lihat gerak-kerja macam orang dah takda akal.
Tiba-tiba malu jadi penyokong PR terutama di Batu bila tahu bahawa orang yang pegang kayu sambil edar risalah adalah Ketua Angkatan Muda PKR Batu.
Setakat cakap aje, boleh lah, turun padang tengok, jom buat program, jon edar risalah, jom pi apply permit sekali, jgn tau kondem, baik dok rumah mkn pepadom, ingat semua senang di dunia pemerintah UMNO. Kami bukan tak tunjuk muka, kami ada di sana, dah last minute tak dapat permit, apa nak buat ......
alhamdulillah. terima kasih kerana merancakkan blog amk batu.
takpe gengsi-saf amk batu sekalian. jiwa besar pemimpin (tak macam pemuda umno lah kan ???)selalu 'cool' walau 'hot' dlm sesuatu usaha (falsafah qada' qadar). kita dh usaha 1001 per cent & berjaya dgn ceramah yg disekat.
nk harapkan pemuda umno pegaang kayu edar risalah??cam mana nk jadi pemimpin turun padang ni??? (kalau u umno lah???). nangis najib razak. cam na nk pertahan putrajaya??? pemimpin kena all-rounder-saya & amk batu memang layak dgn gelaran creme de la creme. bro...u kena masuk kursus kaderisasi amk batu modul saya lah kalu nk succeed...
nak harapkan umno buat ceramah???10 tahun lepas kot?? kali akhir ceramah politk oleh mamana-mana pihak di parlimen batu pun amk batu juga yg buat jun 2008 (jemput exco pemuda pas wilayah-kalau si komentar pas??).
hujah 1 - publisiti walau tepi jln dgn bendera edar risalah tetap berjaya kerana ditunggu2 (termasuk oleh si penulis komentar diatas).
hujah2 - polis & sb ramai & sekat kita. juga pakcik2 gerai yg dtg awal & dari flat.so edar risalah & psr mlm efektif.
hujah dialog shamsul- memang x hadir dialog...sam call semula 10.30 nk smpai 10 minit. tapi bebdudak dh pulang 10.20pm (bila masa tunggu tgh mlm).
hujah bonus & ragu-ragu-rasanya yg komen ni tak dtg langsung ?? saya yg paling awal berada disitu, satu benda pun yg dikritik x betul langsung.
kita akhirnya jumpa shamsul iskandar (rujuk facebook), tian jumpa penduduk termasuk org2 umno kat thaqwa. dll.
soalan cepu emas & amaran - HATI2. DUNIA SIBER PUN KECIL...berdasarkan analisis 7 risik...i thu siapa u...(hint? masa anda buat komentar2 ni -2.59am / 3.06am / 3.12am
buang masa anda...baik buat kerja KOMITED-TULUS-PERKASA bersama amk batu secara berpasukan...spt anjur ceramah....dan spt yg abg shamsul sebut mlm tadi...
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP
soalan cepu emas & amaran - HATI2. DUNIA SIBER PUN KECIL...berdasarkan analisis 7 risik...i thu siapa u...(hint? masa anda buat komentar2 ni -2.59am / 3.06am / 3.12am
ini yg dikatakan risik. org bodoh lagak pandai sahaja kata ini risik.
Tak perlu risik semua moderator boleh trace benda macam nie
perghh...blog amk batu makin rancak lah ye....
musz...2.59pm / 3.06am / 3.12am / nie
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP
Post a Comment