Friday, December 18, 2009

Tahniah! Senator Dr. Syed Husin Ali


AMK Cabang Batu menggucapkan TAHNIAH kepada Senator Dr. Syed Husin Ali di atas perlantikan beliau sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Negara. Beliau akan menjadi anggota Dewan Negara selama 3 tahun dan pengalaman beliau selama 50 tahun dalam arena politik dan juga kemanusian akan menjadi kelebihan kepada beliau dalam menjalankan amanah ini. Dr. Syed Husin Ali merupakan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan kini memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau dilahirkan pada tahun 1936 di Batu Pahat, Johor. Anak kelahiran Johor ini mendapat ijazah sarjana muda dalam Kajian Melayu di Universiti Malaya (Singapura) dan ijazah sarjana (Kuala Lumpur) dan beliau juga berkelulusan Doctor Falsafah daripada London School of Economics, pernah juga ditahan dibawah akta RIMBA iaitu ISA selama hampir 2 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor antropologi dan sosiologi Universiti Malaya, Kuala Lumpur selama 28 tahun sebelum disuruh meninggalkan jawatannya kerana pembabitan dalam dunia politik. Dr. Syed juga aktif dalam dunia penulisan, antara buku tulisan beliau adalah Social Stratification in Kampung Bagan; Apa Erti Pembangunan; Malay Rural Society and Leadership; Pverty and Landlessness in Kelantan;Ethnicity, Class and Development; Isu Raja dan Perlembagaan; Merdeka, Rakyat dan Keadilan dan Dua Wajah (Tahanan Tanpa Bicara). Semoga Senator Dr. Syed Husin Ali dapat menjalankan amanah ini dengan begitu Komited, Tulus sekaligus memperkasakan lagi perjuangan rakyat.
TAHNIAH DARI AMK CABANG BATU!!!!!

No comments: