Najib dah turun, Isa Samad dah turun, kali ini Timbalan Perdana Menteri pula turun ke Parlimen Batu. Bertempat di Bandar Baru Sentul, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin akan bermesra-mesra dengan rakyat, Mengapa di Parlimen Batu? Apa pentingnya Parlimen Batu? Jawapannya senang sahaja, kemungkinan akan adanya Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu. Semua orang 1 Malaysia tahu akan kes YB Tian Chua yang dikatakan mengigit pegawai polis dan beliau didapati bersalah. Hukuman yang beliau terima boleh mengakibatkan gugurnya status sebagai Ahli Parlimen. Pada 29 Januari ini, proses pendengaran rayuan terhadap kes YB Tian Chua, boleh jadi rayuannya ditolak hari itu juga.
Hakikatnya pada saat ini, YB Tian Chua masih lagi bergelar Ahli Parlimen Batu dan terus berkhidmat untuk penduduk-penduduk Batu. Esok, akan berlangsungnya program UBN bersama rakyat, sudah pasti ini adalah salah satu isyarat pilihanraya akan berlaku di Parlimen Batu ini. Di kediaman saya malam semalam, telah berlangsungnya mesyuarat untuk meminta bantuan mengecat flat dan bermacam-macam lagi. Saya sokong permintaan itu, kita mintalah apa sahaja kerana puak pemerintah telah menyekat dana khas untuk parlimen.
Risalah dan banner ada dimana sahaja, sekitar Parlimen Batu. Bendera di pasang, apa yang saya nampak hanyalah bendera Barisan Nasional dan UMNo, terdapat juga sehelai 2 bendera parti PPP. Di mana bendera parti Gerakan?, semua 1 Malaysia sedia maklum, kerusi Parlimen Batu diperuntukkan kepada Gerakan. Ini majlis bukan UMNO yang punya, ini majlis Barisan Nasional yang punya. Sudah tentu rakyat 1 Malaysia tahukan, siapa yang tersisih di parlimen sendiri. Persoalannya, adakah UMNO mahukan kerusi Parlimen Batu?
Peratusan pengundi di Parlimen Batu antara kaum Melayu dan Cina sama banyak, sudah pasti UMNO ingin menuntut hak mereka, tetapi adakah mudah Parti Gerakan mahu melepaskan Parlimen Batu? Ini sudah pasti menjadi petanda pergolakan akan berlaku.
Terdapat ayat biasa yang dicetak di risalah-risalah promosi mesra-mesra rakyat ini yang mungkin ingin memujuk rakyat yang sememangnya MALAS untuk bermesra dengan TPM. Ayatnya berbunyi begini " Makanan dan Minuman disediakan, begitunya dengan Pengangkutan", sampai begitu sekali, semacam Parlimen Batu ini ada di pendalaman sehingga kena ada pengangkutan.
Apa pun terjadi, kita rakyat 1 Malaysia berdoa agar rayuan kes YB Tian Chua akan diterima dan YB dapat meneruskan mandat dan amanah yang rakyat di Parlimen Batu berikan kepada beliau semasa keputusan Mac 2008 yang lalu. Lawan Tetap Lawan.
Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu
No comments:
Post a Comment