Tarikh : 15 Januari 2010
Masa : 9.15pm - 10.30pm
Tempat: Pusat Khidmat Masyarakat PKR Batu 5, Jalan Ipoh, Tmn Mastiara
YB Tian Chua dapat meluangkan masa untuk berdailog dengan AMK Batu. Terdapat banyak perkara yang dibincangkan, antaranya ialah kes gigit polis melibatkan YB, Kes DSAI, isu pembakaran gereja, isu kehilangan enjin jet dan AGM PKR.
Rayuan kes YB akan didengarkan pada 29 Januari ini. Berkaitan dengan ramai pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional turun ke Parlimen Batu, YB Tian Chua tidak menjangkakan adanya Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu pada masa terdekat ini. Ini kerana, terdapat ura-ura pada tahun depan akan adanya Pilihanraya umum dan semestinya UBN tidak akan membazir wang mereka. Mengenai kes liwat DSAI akan diperdengarkan pada 25 Januari ini dan para peguam yang akan mewakili DSAI adalah YB Karpal Singh, Raja Aziz dan beberapa peguam. YB Tian Chua berpendapat ini merupakan taktik pemerintah untuk mengikat DSAI di dalam mahkamah supaya kepimpinan Pakatan Rakyat menjadi lembab dan lemah. Pemerintah akan menggunakan media pro mereka memainkan isu ini setiap masa untuk menjadikan rakyat dipengaruhi dengan kes DSAI dan menjadi bosan dengan Pakatan Rakyat. YB Tian Chua menjangkakan kemungkinan rakyat terpengaruh dengan dakyah pemerintah ataupun muak dengan cara pemerintah mengendalikan kes DSAI ini. Apa pun terjadi kepada DSAI dalam kes beliau, YB Tian Chua berharap agar semua parti di bawah Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia walaupun tanpa kepimpinan DSAI. YB Tian Chua berkata bahawa kekuatan Pakatan Rakyat terletak kepada ahli dan juga sokongan daripada ramai aktivis. YB Tian Chua berpendapat jikalau mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap kes DSAI maka DSAI akan keluar sebagai mangsa permainan politik kotor pemerintah manakala jikalau mahkamah menjatuhkan hukuman tidak bersalah, DSAI akan keluar sebagai Hero. UMNO tidak berani bermain politik secara bersemuka tetapi bermain taktik kotor menggunakan mahkamah.
Isu pembakaran gereja merupakan isu yang cukup panas pada masakini, isu ini tidak lari dari salah satu yang didialogkan dengan YB Tian Chua. YB Tian Chua berpendapat bahawa tidak akan seorang pun dari umat Islam akan menyerang gereja. Beliau juga menjangkakan serangan demi serangan keatas rumah ibadat bukan disebabkan isu Khalimah Allah tetapi mempunyai agenda yang tersembunyi. YB Tian Chua berpendapat isu ini tidak perlu sampai ke demontrasi kerana orang yang berkelayakan tentang isu ini perlu membahas antara satu sama lain. Demontrasi yang dianjurkan mengharapkan agar parti PAS akan menyertai sama agar keluar dari Pakatan Rakyat tetapi sama sekali gagal dalam objektif mereka. YB Tian Chua mendapat respon dengan beberapa pihak gereja di Sabah dan Sarawak,kelak mereka akan membantu Pakatan Rakyat menerusi gerakan politik.
Mengenai isu kehilangan enjin jet TUDM, YB Tian Chua agak pelik, bagaimana seorang pegawai bawahan boleh menghantar enjin tersebut ke luar negara dan dapat melepasi pemeriksaan kastam. Mengenai AGM PKR yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi, YB Tian Chua akan menghadiri beberapa lagi menyuarat dengan kepimpinan pusat untuk menyelesaikan beberapa lagi masalah. Majlis dialog tamat pada pukul 10.30pm kerana YB Tian akan menghadiri suatu majlis di Tanjung Malim. AMK Batu menggucapkan bebanyak terima kasih kepada YB kerana dapat meluangkan masa dalam dialog ini. AMK Batu akan membuat lebih banyak lagi dengan beberapa pemimpin dan juga aktivis.
Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu
No comments:
Post a Comment