Tuesday, April 14, 2009
Selepas Kejayaan Rampasan Kuasa Di Perak, Gandingan Najib & Zahid Hamidi Secara Halus Rancang Tingkatkan Undi BN.
Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.
Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.
Mengimbas kembali pilihan raya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar.
Dengan cara yang sama itulah Najib kini mengajar Zahid Hamidi untuk mempergunakan Kementerian Pertahanan bagi menambahkan undi untuk UMNO-Barisan Nasional untuk pilihanraya akan datang. Taktik kotor dirancang supaya kesannya berpihak kepada mereka untuk setidak-tidaknya di dalam pilihanraya umum akan datang.
Kita boleh mengesan penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu. Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi.
Sebagai contoh:
Sila semak secara 'random' nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya… http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/
Match 1
T0705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKAN
T705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA
Match 2
T0708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKAN
T708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG
Match 3
T0713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUT
T713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA
Match 4
T0713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUT
T713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN
Match 5
T0713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUT
T713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN
Match 6
T0713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
T713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA
Match 7
T0713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUT
T713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN
Match 8
T0714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUT
T714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN
Match 9
T0714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUT
T714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN
Match 10
T0714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUT
T714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG
Itu baru 10, dan kedapatan beribu-ribu pengundi di dalam
Zahid berkata :"Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara."
Kita ingin bertanya kepada Zahid semenjak negara mencapai kemerdekaan, bilakan masanya kita diserang oleh dari darat, udara atau laut oleh pihak tentera dari luar?
Jelas menunjukkan bahawa tiada justifikasi lansung terhadap langkah Kementerian Pertahanan tersebut dan sewajarnya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat menentang usaha tersebut di Dewan Rakyat bagi menghalang perencanaan jahat manusia-manusia gila kuasa dari UMNO-BN ini. From ; greenhoc.blogspot.com
Friday, April 10, 2009
Kenangan AMKWP bersama Saudara Shamsul di Bukit Selambau
MENTERI WILAYAH BARU PERLU SELESAIKAN MASALAH WARGA KUALA LUMPUR DENGAN SEGERA
Masalah mendapatkan perumahan awam DBKL harus dipercepatkan kerana warga Kuala Lumpur memerlukan rumah dengan segera kerana mereka tidak mampu menanggung kos sewa rumah yang tinggi. Banyak aduan berkaitan kelewatan mendapatkan rumah serta banyak karenah birokrasi dalam proses untuk mendapatkan rumah. Golongan berpendapatan rendah & sederhana perlu di segerakan permohonannya tanpa mengira fahaman politik mereka. Datuk Raja Nong Chik perlu banyak turun padang dari hanya duduk di pejabat menunggu laporan warga Kuala Lumpur dan orang bawahan.
Tuntutan peneroka bandar juga banyak yang tidak selesai dan tidak mengambil kira hak pendudukan terawal orang-orang kampung sekitar Kuala Lumpur. DBKL juga tidak boleh mempermudahkan proses pemindahkan masyarakat peneroka Bandar tanpa membuat perbincangan yang lebih adil untuk kedua dua belah pihak. Peniaga-peniaga sekitar Kuala Lumpur dipindahkan ke tempat yang tempat tiada pasaran dan menyebabkan peniaga-peniaga gulung tikar akhirnya dek kerana tidak dapat membayar kos operasi.
Masalah banjir yang sering berlaku di Kuala Lumpur menyebakan banyak kerugian, Wang Rakyat yang digunakan untuk projek pembesaran dan pendalaman sungai Klang hanya menguntungkan Kontraktor tertentu sahaja tetapi hasilnya tidak banyak perubahan yang ketara. Terowong SMART juga hanya menjadi kebanggaan pemerintah sahaja tetapi tidak menyelesaikan permasalahan dengan efisyen.
Banyak lagi masalah Kuala Lumpur yang perlu diselesaikan dengan kadar segera & Menteri Wilayah serta DBKL harus memainkan peranan dengan baik untuk menangani isu ini.
Hasrat Raja Nong Chik & BN untuk merampaskan kembali semua Parlimen di Kuala Lumpur di sambut AMKWP dengan peringatan bahawa semuanya bergantung kepada warga kota sendiri bukannya dengan perlantikan menteri Wilayah baru dalam kabinet. AMK Wilayah menegaskan warga Kuala lumpur amat bijak membuat penilaian dan tidak akan tertipu dengan janji BN untuk meraih simpati kemenangan sepertimana dibuktikan dalam PRU ke 12 lalu.
Warga Kuala Lumpur bukan seperti masyarakat pendalaman yang boleh di gula gulakan oleh Pemimpin BN dengan memberikan maklumat dan janji palsu. Realiti masyarakat hari ini yang telah maju dari segenap segi hanya akan bersama pemimpin yang tulen dan menjaga kebajikan mereka tanpa ada perbezaan antara mereka.
Najib: Pemimpin atau Dipimpin?

Walau apa sekalipun, terdapat segelintir manusia yang sememangnya tidak boleh memimpin, atau semestinya menjadi yang dipimpin, menjadi pengikut setia - sesetia Khir Toyo dan Disneyland!
Mereka ini, bila dipersembahkan dengan peluang memimpin sekalipun akan ternganga, terpaku, tidak boleh berdiri atas kaki sendiri.
Jenis manusia seperti ini tidak layak jadi pemimpin, jadi pemerintah. Takut-takut tiada pendirian sendiri, tiada jati diri.
Apakah alasan memencilkan Khairy? mengapa beliau tidak dijadikan Menteri? atau sekurang-kurangnya Timbalan Menteri seperti Mukhriz atau Datuk Razali Ibrahim - Timbalan Khairy di dalam Pemuda UMNO? Bangsat sangatkah Khairy? seperti mana yang selalu dilaungkan Mahathir?
Desperate times require desperate measures! Khairy bukannya calang-calang orangnya. Beliau merupakan bekas ahli 'think-tank' Pak Lah di tingkat 4 di Pejabat PM di Putrajaya, takkanlah tiada tindakan susulan terhadap penghinaan kepada ahli Parlimen Rembau ini!
Kemungkinan besar Khairy akan diberikan jawatan lain dan dilalikan Khairy oleh Najib bahawa pos yang bakal diberikannya itu sama dahsyat seperti Menteri, atau lebih daripada itu sama gagah seperti Najib sendiri!
Tetapi hakikatnya Khairy baru kena... bak kata orang nogori 'penampor sebijik!'. Najib hanya akan melindungi dirinya. Beliau boleh katakan kepada Mahathir bahawa Khairy tidak dilantik sebagai Menteri dan kepada Khairy beliau boleh katakan beliau diberikan jawatan lain yang sama hebatnya.
Bak kata orang putih, 'you cannot have your cake and eat it at the same time Najib!'
http://puterabatu.blogspot.com
Pemuda Dan Puteri Harapan UMNO
Puteri UMNO di Bukit Gantang
UMNO telah berubah. Dari teruk ke semakin teruk. Tak pernah ada perasaan malu. Itulah UMNO. Adakah anda masih lagi ahli UMNO? Berubahlah dari teruk kepada lebih baik. Berubahlah dari UMNO kepada Pakatan Rakyat. Masih belum terlambat. Anda mampu mengubahnya.
Thursday, April 9, 2009
Inilah Kereta Yang Membawa Replika Keranda Dan Mayat Altantuya

Kereta ini sangat berhantu. Hasil tangan petugas Bilik Operasi Induk AMK PRK Parlimen Bukit Gantang di Taman Kota Jaya, Simpang. Taiping. Saya salah seorang yang menyiapkan replika keranda ini dan replika mayat (idea yang saya cadangkan kepada Naguib dan Yusry pada saat akhir)
Perjalanan kami pada pagi itu, sebanyak 2 buah kereta (kereta di gambar dan kereta Naguib selaku kereta pengiring) itu mendapat sambutan dari semua penyokong yang membunyikan hon. Namun saya sempat "melarikan diri" sebelum ditahan polis kerana saya berhenti di Sekolah Kebangsaan Changkat Jering manakala mereka meneruskan perjalanan ke seluruh kawasan Parlimen Bukit Gantang.
Terima kasih buat semua. Kita berjaya menggegarkan Bukit Gantang.
Yusry (AMK Lumut)
Kay (AMK Perak)
Ujang (Nizam) (AMK Kuala Pilah)
Mat (AMK Sarawak)
Joe (AMK Sarawak)
Naguib (AMK Terengganu)
Zaf (AMK Gopeng)
Am (Skuad AMK)
Salam ingatan dari saya,
Khairul Anwar Mat Azidin
AMK Batu
Wednesday, April 8, 2009
PKR kekalkan penguasaan di Bukit Selambau

SUNGAI PETANI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan pengusaan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau apabila calonya, S. Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1 kira-kira pukul 10.50 malam ini.
Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.
Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.
Beliau turut mengumumkan bahawa kesemua 13 calon Bebas yang bertanding hilang wang pertaruhan.
Berikut jumlah undi yang diperolehi oleh 13 calon Bebas di DUN Bukit Selambau:
1. R Loganathan (kelapa sawit) - 31
2. Tan Hock Huat (kunci) - 78
3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 25
4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 83
5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 60
6. L Sarala (basikal) - 49
7. A Jayagopal (payung) - 35
8. S Moganakumar (buku) - 46
9. Khamis Awang (ayam jantan) - 29
10. Husaini Yaacob (bas) - 257
11.M Vaneson (ikan) - 32
12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 528
13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 73
Sementara itu, Manikumar ketika ditemui selepas diumumkan kemenangannya mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Bukit Selambau yang mengundinya serta jentera Pakatan Rakyat.
"Saya berterima kasih kerana pengundi memilih saya untuk memimpin mereka di masa hadapan dan saya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin Pakatan yang memutuskan kita perlu menang dalam pilihan raya ini bagi mempertahankan kerusi ini.
"Hari ini ia telah menjadi realiti dan kita akan berjuang dengan lebih tinggi selepas ini untuk menuju ke satu tahap yang teratas," katanya.
Dalam pada itu Naib Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan pilihan raya di Bukit Selambau dan Bukit Gantang adalah referandum rakyat terhadap peralihan kuasa yang berlaku dalam kerajaan baru-baru ini.
"Walaupun Datuk Seri Najib memperkecilkan isu referandum rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tetapi hari ini terbukti bahawa rakyat Kedah dan Perak memberikan mesej yang jelas bahawa mereka tidak langsung yakin dengan kepimpinan baru Umno, BN dan kerajaan.
"Perdana Menteri baru mempunyai tugas yang besar untuk terus meyakinkan rakyat bahawa beliau benar-benar akan melakukan tranformasi dalam kerajaan," katanya.
Sunday, April 5, 2009
Berita Terkini Dari Bukit Selambau
Pukul 3.30pm :- AMK Wilayah Persekutuan membantu Wanita Wilayah Persekutuan untuk mengerak gempur di Bandar BaruSelambau. Kami mengedarkan risalah untuk maklumat tepat kepada pengundi-pengundi kawasan tersebut. Buat pengetahuan, kawasan ini merupakan kubu kuat UMNO.
laporan dibawakan oleh Sdr Rozan Azen Mat Rasip yang berada di lokasi.
Sunday, March 29, 2009
Sejarah: 15 calon rebut Bkt Selambau!
Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.
Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.
Kerusi DUN ini kosong susulan peletakan jawatan wakil rakyat PKR V Arumugam, yang juga exco kerajaan Kedah.Arumugam asalnya menang atas tiket bebas tetapi kemudian memilih parti itu sebelum dilantik menyertai majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.
Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.
Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.
LAPORAN DARI BUKIT GANTANG PADA HARI PENAMAAN CALON
8.00 PAGI : Penyokong PR dari pelbagai kaum sudah mula memenuhi tempat berkumpul. Dianggarkan 50ribu orang sudah berkumpul. Masih ramai lagi yang belum dapat masuk.
6.50 PAGI : Penyokong PR mula membanjiri Padang Esplanade, Taiping (lokasi berkumpul penyokong PR.
6.30 PAGI : Penyokong PR memenuhi perkarangan masjid Bandar Taiping.
6.00 PAGI : Polis sudah mula membuat kawalan di sepanjang jalan menuju ke Taiping.
//laporan dibawakan oleh Sdr Khairul Anwar yang berada di lokasi.
Tuesday, March 24, 2009
AMK BATU MELANCARKAN GERAKAN JUALAN SUARA KEADILAN
AMK Batu melancarkan gerakan jualan Suara Keadilan edisi 24Mac - 31Mac 2009 kepada pengundi, penyokong dan orang awam di sekitar parlimen Batu.
Jualan diadakan walau Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan Suara Keadilan digantung selama 3 bulan.
Ini adalah sebagai usaha AMK Batu menunjukkan protes terhadap arahan double standard kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang terus takut dan terdesak oleh tekanan rakyat yang mahukan perubahan.
Jualan bermula pada jam 11.30 malam, 24 Mac 2009. Dan berhasil menjual sebanyak 100 naskhah.
Sesi ini disertai oleh Sdr Rozan Azen(Ketua AMK Batu), Sdr Akmal Hisyam(Setiausaha), Sdr Sidek (Naib Ketua 1), Sdr Khairul Anwar(Naib Ketua 2) dan Sdr Noor Shamsul (Biro Keahlian).
Perhimpunan Bantah Pengharaman SK & Harakah esok (25 Mac)
24 Mac 2009
Saudara Ketua Pengarang,
Perhimpunan Bantah Pengharaman SK & Harakah esok (25 Mac)
Pimpinan KEADILAN dan PAS akan menghantar memorandum bantahan terhadap pengharaman Suara Keadilan dan Harakah kepada Suhakam pada jam 2 petang esok (25 Mac).
Delegasi tersebut akan diketuai oleh Ketua Penerangan KEADILAN Tian Chua, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Salehuddin Ayub.
Sekian, terima kasih.
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT
Gantung SK, Harakah: BN takut rahsia mereka terbongkar
Gantung SK, Harakah: BN takut rahsia mereka terbongkar
Pergantungan dua akhbar politik yang digeruni oleh Kementerian Dalam Negeri menunjukan kerajaan Barisan Nasional takut dengan pengaruh besar akhbar ini.
Jelas Ketua Penerangan Tian Chua, pengantungan ini seperti menghalang sesuatu maklumat yang sangat digeruni BN disebarkan kepada rakyat melalui dua akhbar ini.
“Ini mungkin arahan dari pemimpin yang lebih tertinggi, ia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari diketahui oleh rakyat,” jelasnya di Parlimen pagi ini.
Perkara ini, menurut Tian pernah berlaku ketika di zaman pemerintah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan pergantungan dua akhbar ini seperti mengulangi peristiwa berkenaan.
“Kerajaan sekali lagi mengunakan kuasa mereka untuk menindas media,” katanya.
Sementara itu Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan BN mengantung permit kedua akhbar ini menandakan satu kejayaan besar buat Pakatan Rakyat.
Jelasnya ianya menunjukan kedua akhbar ini sangat berpengaruh sehingga berjaya mengubah minda rakyat dan seterusnya membuatkan ianya digeruni oleh Barisan Nasional.
“Pergantungan ini adalah pengitarafan akhbar sangat berpengaruh dalam mengubah minda rakyat, walaupun BN mempunyai pelbagai media, namun kami lihat pegantungan ini memberi lonjakan lebih besar kepada pakatan rakyat,” katanya lagi
Mahfuz juga menegaskan bahawa syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti.
Tindakan pengantungan Suara Keadilan dan Harakah ini, tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
“Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk meyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihanraya kecil di tiga-tiga tempat tersebut,” tegas Mahfuz.
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT
--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
BN Masih Tidak Berubah Sikap
24 Mac 2009
BN Masih Tidak Berubah Sikap
Barisan Nasional (BN) masih tidak berubah sikap zalimnya sepertimana yang disaksikan dengan cara pihak polis menangani ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Petani semalam (23 Mac).
Demikian dikatakan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ahmad Kassim mengenai tindakan keras pihak polis menembak meriam kimia terhadap orang awam secara rambang sehingga mengancam keselamatan kanak-kanak, wanita dan orang tua semalam.
“Mereka yang datang mendengar ucapan Ketua Pembangkang tidak melakukan apa-apa jenayah tetapi telah dilayan seperti penjenayah.”
Ahli parlimen Kuala Kedah itu dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan, kebiasaannya meriam air bertekanan tinggi digunakan bagi menyuraikan orang awam dan bukan meriam kimia yang mungkin mengakibatkan kematian.
“Apakah pihak polis bertindak profesional dalam perkara ini jikalau benar-benar ingin menyuraikan orang ramai? Ataupun pihak polis berpihak kepada BN untuk menindas mereka yang menyokong Pakatan Rakyat?”
Ahmad juga menjelaskan bahawa pihak polis tidak mempunyai sebab untuk menghalang ceramah tersebut kerana tempat ceramah terletak di lokasi lapang dan bebas dari gangguan trafik.
“Pihak polis tidak wajar menggunakan alasan tiada permit ini untuk menyekat aktiviti Pakatan Rakyat khasnya menjelang pilihanraya kecil Bukit Selambau.”
“Kami berharap agar pengundi-pengundi Bukit Selambau tidak menyokong BN selepas kejadian ini kerana cukup kecewa dengan BN yang masih tidak berubah.” (tamat)
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT
PKR lawan KDN, terus terbit akhbar
Malaysiakini
PKR akan terus menerbitkan akhbarnya Suara Keadilan walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permitnya serta-merta semalam selama tiga bulan.
"Kita akan teruskan walaupun tanpa permit," kata ketua penerangannya Tian Chua kepada Malaysiakini.
"Kita tidak nampak tindakan (KDN) yang lebih keras daripada menggantung (permit akhbar) kita."
Ditanya sebab KDN bertindak sedemikian terhadap akhbar parti itu dan organ PAS Harakah serentak dan secara mengejut, beliau berkata:
"Saya tidak boleh pastikan alasan (KDN) yang munasabah.
"Tetapi dalam konteks sekarang, ada pemilihan (Umno), pilihanraya kecil, peralihan kuasa (perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak), pihak berkuasa cuba menutup ruang penyebaran maklumat."
Tian berkata tindakan kerajaan terhadap dua akhbar pembangkang berpengaruh ini "hanya permulaan" untuk kawalan yang ketat terhadap media.
Misalnya, katanya lagi, beberapa pengguna Internet dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas dakwaan menghina Sultan Perak.
Tambahnya, tindakan PKR seterusnya akan diputuskan selepas ini.
Sementara itu PAS belum lagi memutuskan tindakan lanjut berhubung penggantungan tersebut.
Ahli lembaga pengarah Harakah dijangka mengadakan satu mesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut, kata pengerusi akhbar itu Datuk Mustafa Ali.
Diminta mengulas senario politik yang mendorong penggantungan tersebut, beliau tidak dapat menjelaskan sebab-sebab tindakan mendadak KDN itu.
"Saya harap kawan-kawan ahli parlimen (PAS) jumpa menteri (dalam negeri), bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini dilaporkan berkata KDN tidak senang dengan laporan yang dimainkan oleh kedua-dua akhbar itu yang didakwa "salah, sensasi dan sensitif."
Tambahnya, kementerian bertegas dengan berita-berita yang mengelirukan dan menyemarakkan kemarahan orang ramai.
Pemuda PKR lancar kempen bantah Najib jadi PM


KETUA Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin akan melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Najib Sebagai PM atau “Say No To Najib” pada jam 10, esok di Dewan Sivik MBPJ.
Pada masa yang sama, Shamsul akan turut menyertai Rapat Anak Muda AMK Selangor & W.Persekutuan 2009 yang akan diadakan di lokasi yang sama.
Rapat Anak Muda ini akan dihadiri oleh Kepimpinan AMK bahagian-bahagian dari seluruh Selangor & Wilayah Persekutuan yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden KeADILan Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Program ini adalah platform khusus untuk pemimpin AMK akar umbi untuk membedah dan membahas Ucapan Dasar Ketua AMK Malaysia didalam Kongres Nasional AMK 2008 yang bertajuk “Memimpin Harapan Rakyat”. Atucara RAM adalah dilampirkan.
PEJABAT KETUA AMK MALAYSIA
Biodata Calon P059 Bukit Gantang

BIODATA CALON
YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
(Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)
Biodata :
- Date of Birth : 17 March 1957
- Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
- Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail
- Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin
Education :
- Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
- Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.
University :
- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.
- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.
Professional Career :
- Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
- Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)
- Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd
- Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant
Politics :
- Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)
- Head of PAS Kampar Division (2001 - present)
- Treasurer of Perak PAS (2001 - 2006)
- Secretary of Perak PAS ( 2006- 2008)
- Deputy State Commissioner of Perak PAS (2008)
Community Activity :
- Chairman of GPAP (Gabungan Pengguna Air Perak) - NGO
- Coordinator of BERSIH Perak
- Chairman of GASRA (Gabungan Solidariti Rakyat Perak) - NGO
Language Proficiency :
- Malay
- English
- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien)
- Arabic
State Assembly :
- State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008
Award :
- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”
Polis Didesak Tangkap Semua Pimpinan Pakatan Rakyat
20 ditahan selepas ceramah Anwar digempur polis di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani.
Aku sangat setuju dengan tindakan polis ini.
Tangkap lagi. Biar ramai - ramai. Biar penuh sesak dalam lokap.
Tangkap IR Nizar. Tangkap Hadi Awang. Anwar Ibrahim takkan nak biar kot, tangkap sekali.
Siapa lagi? Tangkap semua pemimpin PR. Lagi cool, tangkap dan sumbat dalam ISA.
Harakah dan Suara Keadilan dah haram. Banyak lagi akhbar alternatif. Haramkan semua. Ni blogger - blogger penyokong PR ni takkan nak biar mereka senang lenang? Haramkan blog mereka. Tangkap mereka sekali. Humbankan dalam ISA jugak. Masa dalam lokap, tumbuk mata mereka. Terajang perut mereka. Baru cool.
Tak sabar aku nak tunggu semua ni kena tangkap. Rakyat akan bertambah benci dengan UMNO. Mudah sikit urusan PR nak menang PRU13 nanti. Mudah nak selamatkan Malaysia dari kerakusan UMNO / BN.
Polis tembak gas pemedih mata lerai ceramah Anwar
Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Menurut laporan Harakahdaily, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat Anwar bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 10 minit selepas Anwar memperkenalkan calon Keadilan Bukit Selambau kepada hadirin.
Berikutan itu, lapor Harakahdaily, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah beliau yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani, terpaksa dibatalkan.
Difahamkan empat orang ditangkap dan terdapat pelbagai sekatan jalan raya menju ke tempat ceramah.
Sekatan Terhadap Harakah Dan Suara Keadilan Sebagai Motivasi
Terima kasih KDN. Terima kasih Syed Hamid. Terima kasih Kerajaan Malaysia.
Terima kasih kerana menggantung akhbar rasmi PAS dan PKR iaitu Harakah dan Suara Keadilan.
Kasihan dengan para pengedar yang bergantung dengan akhbar - akhbar ini. Rezeki disekat di tengah - tengah keinginan rakyat untuk mendapatkan maklumat alternatif yang lebih adil. Disaat jualan akhbar arus perdana - Utusan Melayu dan Berita Harian merosot, Harakah dan Suara Keadilan pula disekat.
Dalam keadaan persiapan menjelang pilihanraya kecil di tiga kawasan ini, ketiadaan akhbar - akhbar ini sedikit memberikan kesan. Tetapi, ia sebenarnya memberikan semangat dan motivasi tambahan buat para petugas parti untuk memberikan komitmen 500 peratus dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat. Sekatan terhadap Harakah dan Suara Keadilan tidak dapat menyekat kebangkitan suara rakyat yang lebih besar. Ini jelas. Kerajaan BN tidak pernah belajar dari pengalaman. Bagaimana sebaran maklumat tidak dapat disekat sebagaimana yang diakui oleh Pak Lah selepas PRU 12 yang lalu. Malangnya berkerajaankan kerajaan yang kononnya demokrasi ini.
Wahai rakyat, ayuh. Bangkitlah menentang penindasan ini.
Katakan TIDAK kepada Najib.


