Thursday, May 8, 2008

Pasar Malam Taman Beringin & Malam Solidariti Raja Petra Kamaruddin

Semalam, Rabu (7 Mei 2008), Angkatan Muda Keadilan (AMK) Batu telahpun mengadakan sesi ramah mesra dan penjualan Suara Keadilan serta pengedaran risalah AMK Batu bersama peniaga - peniaga dan pengunjung - pengunjung Pasar Malam Taman Beringin. Sesi tersebut telah diketuai oleh Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasip dan disertai seramai 6 orang Exco Tertinggi AMK Batu dan beberapa lagi AMK UPU.

Sebelum bermulanya program ini, semua AMK Batu berkumpul di bilik gerakan Keadilan Taman Beringin. Program AMK Batu kali ini mendapat liputan oleh akhbar Sinar Harian dan Ketua AMK, Rozan Azen telah ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian mengenai halatuju, dasar dan program AMK untuk penduduk kawasan Batu.

Setelah selesai program di Pasar Malam Taman Beringin, kami semua bergegas pula ke Penjara Sungai Buloh bagi menyertai dan memeriahkan lagi upacara Malam Solidariti Untuk Raja Petra Kamaruddin. Setibanya disana, seramai lebih kurang 300 orang memenuhi pintu masuk Penjara Sungai Buloh dan ketika itu sedang berlangsung upacara membaca puisi yang disampaikan oleh salah seorang kenalan rapat keluarga Raja Petra.

Turut kelihatan hadir ialah YB Ronnie Liu dan teman - teman beliau. Upacara pembacaan doa turut dilakukan dan doa telah dibaca oleh Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasip. Selang beberapa minit selepas itu, Marina Lee Abdullah, isteri kepada Raja Petra turut hadir bagi menyertai upacara yang dianjurkan.

YB Ronnie Liu turut mengumumkan t-shirt yang akan dibuat memaparkan wajah Raja Petra dan tulisan JUSTICE FOR ALL... TANTUYA. Sebanyak 1000 helai akan dibuat pada peringkat permulaan.

Kumpulan anak muda dari Anwar Ibrahim Club (AIC) turut kelihatan dan mereka mengutip tandatangan dari hadirin bagi menyatakan sokongan terhadap Raja Petra dan akan diserahkan kepada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Upacara diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku sekitar jam 10.40 malam.

Yeah...

JUSTICE FOR ALL... TANTUYA!




Laporan disediakan oleh:
Khairul

No comments: