Wednesday, June 25, 2008

Transkrip Temubual Bersama Siasah: Fokus GERAMM Untuk Gembleng Sokongan Golongan Muda

Shamsul Iskandar Md Akin

Transkrip wawancara bersama Pengerusi Geramm, Shamsul Iskandar Mohd Akin merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) seperti yang tersiar dalam akhbar mingguan, Siasah.

1. Kenapa Geram ditubuhkan?

Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) ditubuhkan atas rasa kesedaran anak muda di atas tekanan ekonomi terlampau hasil daripada kenaikan harga yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional baru-baru ini. Kenaikan harga minyak yang menjangkau 41 peratus yang menyaksikan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan RM1 untuk harga diesel adalah merupakan satu tindakan yang tidak memikirkan rakyat di sebalik tanggungjawab sebenar kerajaan adalah untuk mengawalselia ekonomi dengan baik dan memastikan rakyat mendapat kesan positif. Disebabkan kenaikan ini, amarah rakyat begitu membuak dan di sinilah Geramm bertindak sebagai platform
kepada rakyat khususnya generasi muda untuk menyediakan ruang dan kefahaman buat rakyat mengapa kenaikan harga minyak ini perlu dibantah.

2. Siapa yang menganggotai jawatankuasa ini?

Secara asasnya Geramm didukung oleh Pemuda Pakatan Rakyat, iaitu Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Dewan Pemuda Pas Pusat dan Pemuda Sosialis DAP. Pun begitu dalam masa yang sama Geramm mendapat sokongan kukuh daripada beberapa organisasi masyarakat termasuklah Ikatan Kebajikan Rakyat (Ikrar), dan juga pertubuhan berasaskan belia seperti Kelab Anwar Ibrahim (AIC), PKPIM, KARISMA, DEMA, dan Y4C.

No comments: