Tuesday, July 29, 2008

Md Zaman Md Tasi : Jaminan Polis OKT Protes / Geramm Dilanjutkan


Selasa; 29 Julai 2008 :-

Ketua AMKWP, Md Zaman Md Tasi yang ditanya mengenai perkembangan kes OKT Protes/Geramm menjelaskan bahawa jaminan polis keatas tahanan telah dilanjutkan ke 28 September 2008.

Dalam sesi lapor diri di IPD Dang Wangi hari Isnin lepas, pihak Polis memutuskan untuk melanjutkan jaminan polis ke atas semua OKT. Md Zaman yang menjadi penjamin kepada kesemua OKT menegaskan bahawa mereka telah memberikan kerjasama yang cukup baik kepada pihak polis. Hadir sama dalam sesi tersebut ialah barisan peguam serta penyokong.

Mengenai kedudukan AMKWP dalam situasi politik terkini pula, Md Zaman mengakui bahawa semakin ramai anak muda Wilayah yang menunjukkan minat untuk bersama pimpinan serta ahli AMK memperjuangkan kebebasan menuju harapan baru Malaysia. Kehadiran masyarakat dalam sesuatu aktiviti juga menunjukkan peningkatan.

No comments: