Wednesday, August 6, 2008

Suara yang tidak kedengaran

Suara yang tidak kedengaran.
Saya titipkan puisi ini berdasarkan titipan asal saya bertanggal 28.02.2008. Hari ini saya beri nafas baru sebagai bekalan kita untuk berjuang di Permatang Pauh.

Perjuangan di Permatang Pauh bukan untuk dan bukan juga kerana Anwar Ibrahim.

Perjuangan di Permatang Pauh adalah “Amanah Demi Memartabatkan Kedaulatan Agama, Bangsa, Rakyat dan Negara”.

Anwar Ibrahim hanyalah pemangkin dan peneroka kepada perjuangan rakyat ke arah Malaysia yang Adil, Makmur, Aman, Selamat dan Sejahtera.

Demi memperjuangkan kesejahteraan rakyat, Anwar Ibrahim terpaksa merengkok di Penjara Sungai Buluh. Setelah enam tahun terpenjara, Anwar bebas dan meneruskan perjuangannya. Berbekalkan semangat juang yang mampan bersama RAKYAT, kezaliman dan pengkhianatan UMNO terus diburu dan wajib dikafankan.

Sekarang adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kemakmuran, keamanan, keselamatan dan kesejateraan hidup untuk membantu dan meneruskan perjuangan murni dan ikhlas Anwar Ibrahim.
Perjuangan Anwar Ibrahim adalah “PERJUANGAN RAKYAT”.
Kemenangan Anwar Ibrahim adalah “KEMENANGAN RAKYAT”

Suara yang tidak kedengaran

Suara yang tidak kedengaran.
Selagi mampu ku pendam.
Memberontak dalam diam.
Dalam sepi hati ku berkata.

Aku ditipu, dinafikan.
Aku dimalu, difitnahkan.

Hak bangsa ku dicuri, dihamburkan.
Hak bangsa ku dicicir, dimusnahkan.
Hak bangsa ku digadai, dilupuskan.

Agama ku dipermudah, dipermainkan.
Agama ku diremeh, dirobak-rabikkan.

UMNO dan Barisan Nasional,
Kami membenci kau secara total,
Kau menipu dan cakap berpintal,
Hujah kau macam orang sakit mental.

50 tahun lamanya kepada kau ku gantung harapan.
50 tahun lamanya kepada kau sanjungan ku berikan.

Kau hancurkan segala harapan.
Kau musnahkan segala sanjungan.

Kini aku bangkit menentang,
Bersama rakyat yang telah kau aibkan,
Akan kami tuntut hak kami dikembalikan.

Harapan kami bukan kepada kau lagi.
Sanjungan kami tidak untuk kau lagi.
Undi kami jangan kau tagih lagi.

Wahai ALLAH, kami mohon pertunjuk MU.
Wahai ALLAH, kami mohon bantuan MU.
Wahai ALLAH, kami mohon keredhaan MU.

Dengan kebesaran dan kekuasaan Mu wahai ALLAH.
Dengan rahmat dan keizinan Mu wahai ALLAH.

Kami mohon dan bermunajat kepada Mu wahai ALLAH.
“Wahai Maha Pencipta dan Penguasa seluruh alam ini.
Gagalkanlah cita-cita zalim Barisan Nasional untuk
memenangi pilihanraya kecil di Permatang Pauh”.

Amin Ya Rabbal Alamin.
http://www.kerajaanrakyat.com/

No comments: