Thursday, October 16, 2008

Syawal Suram Di Selatan

Syawal Suram Di Selatan
(Dedikasi buat penduduk KG. PLENTONG TENGAH)


16 Syawal suram,

Selatan bergolak,

Ego menguasai diri,

Tiada ihsan, tiada belas.


Tua, muda bersatu,

Lelaki, wanita berpadu,

Satu langkah,

Kerana hak dan keadilan.


Merah biru menggila,

Cota kayu cari mangsa,

Tetapi sampai bila,

Lupakah akan si Dia.


Benak gundah dada senak,

Kelopak berkaca demi maruah,

Usah diganggu ragu itu,

Berjuanglah demi keadilan.


Abah, emak, adik, kakak,

Angin singgah menghulur tangan,

Doa dihantar,

Demi Allah aku teruskan perjuangan.


Lupakah,

Lupakah kita semua,

Kita juga akan ke sana,

Untuk bertemu dengan Yang Maha Esa.



M. Khairul Anwar
Bandar Baru Bangi,
16 Oktober 08

No comments: