Friday, November 7, 2008

Raja Petra Kamaruddin bebas!

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari ini telah memutuskan bahawa penahanan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) sejak 23 September lalu adalah tidak sah.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus turut memerintahkan supaya RPK dibebaskan serta-merta sebelum menjelang 4 petang hari ini.

RPK dibawa dari Kem Kamunting menjelang tengah hari kehadapan hakim kira-kira jam 3.15 petang dan dibebaskan lima minit kemudian.

Mengulas lanjut pembebasan itu, Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasip mengucapkan syabas kepada semua pihak yang berjuang mendesak RPK dibebaskan. Ini kerana, penahanan RPK yang begitu lantang membongkarkan kes Altantuya disifatkan sebagai tahanan politik.

"Sekiranya beliau bersalah, dakwa di mahkamah dan bukannya menahan tanpa bicara" kata Rozan. Tambah beliau lagi, walaupun RPK telah dibebaskan dari ISA, namun perjuangan perlu diteruskan sehinggalah ISA ini dimansuhkan dan kesemua tahanan akta zalim ini dibebaskan. Kasihanilah keluarga tahanan yang lain.

No comments: