Monday, January 5, 2009

AMK Batu Buat Laporan Polis Terhadap TV3 Petang Ini

AMK Batu akan membuat laporan polis terhadap TV3 di Balai Polis Sentul, Jalan Ipoh pada 5 Januari 2009 (ISNIN - Hari Ini) jam 5 petang tentang fitnah kepada Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua berkenaan isu lif di Flat Sentul Utama yang disiarkan dalam Buletin Utama jam 8 malam pada 4 Januari 2009. Semua penyokong diminta hadir ke Balai Polis Sentul untuk menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Batu dan menyatakan bantahan terhadap fitnah TV3.

Menurut Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasip berkata, AMK Batu mengecam TV3 kerana cuba memburukkan imej YB Tian Chua yang cukup menjaga kebajikan penduduk di kawasan Parlimen Batu. Dalam isu lif ini, YB Tian Chua sendiri telah berusaha bermacam - macam kaedah untuk membawa masalah lif ini ke pihak yang bertanggungjawab tetapi sengaja dilambatkan. Rozan turut menambah bahawa rekod YB Tian Chua dalam membela rakyat di Parlimen Batu tidak dapat dipertikaikan lagi kerana YB Tian Chua akan mengikuti sendiri setiap isu yang berlaku dengan penuh rasa tanggungjawab.

Justeru itu AMK Batu tidak teragak - agak untuk membuat laporan polis terhadap TV3 kerana telah membuat fitnah.


Masa : Jam 5 petang ini
Tempat : Balai Polis Sentul

No comments: