Monday, January 12, 2009

AMK buat laporan, desak SPRM siasat MB Terengganu

ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said

Menurut Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa laporan berkenaan dibuat berdasarkan jawapan Ahmad Said di Dewan Undangan Negeri (Dun) 16 Disember lalu.

Dalam sidang Dun lalu, beliau sewaktu menjawab soalan, Adun Rhu Rendang, Hadi Awang mengenai kaitan kerugian anak-anak syarikat kerajaan negeri kira-kira RM80 Juta.

Mohd Said, berdasarkan kenyataan Fariz, mengakui kerugian berkenaan yang membabitkan tiga anak syarikat kerajaan negeri selama tiga tahun.

"Jesteru AMK meminta agar SPRM mengambil tindakan segera untuk menyiasat kenyataan Mohd Said kerana Menteri Besar berkenaan mempunyai bukti terhadap kerugian syarikat berkenaan," katanya.

Tiga syarikat berkenaan ialah Golden Pharos Snd Bhd Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Snd Bhd dan Permint-Suterasemai Snd Bhd.

"Ketiga-tiga syarikat ini merugikan wang rakyat, jesteru penyiasatan juga harus dibuat terhadap Ahli Lembaga Pengarah serta kakitangan syarikat terbabit," katanya ketika dihubungi Suara KeADILan pagi ini.

Laporan berkenaan dibuat di Pejabat SPRM Cawangan Kuala Terengganu oleh beliau serta beberapa jawatankuasa AMK negeri.-SK

--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: shamsuliskandar.com

No comments: