Saturday, January 17, 2009

PRK Kuala Terengganu : Suasana sebak menyelubungi Munajat Perdana


KUALA TERENGGANU, 16 Jan - Kehadiran ribuan umat Islam yang cintakan kebenaran dan mengharapkan keberkatan dalam gerak kerja menegakkan Agama Allah di Masjid Pengadang Baru awal jam 3.30 pagi tadi menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalanraya berhampiran masjid tersebut.

Ustaz Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, Munajat Perdana yang diadakan bagi mengadu ke hadrat Allah Taala kelemahan diri dan mengharapkan pertolonganNya bagi mengatasi niat jahat pihak tertentu dalam memenangi pilihan raya kecil ini.

Ulamak-ulamak dari Kelantan memimpin munajat yang penuh dengan keberkatan ini, di mulakan dengan zikir munajat yang pimpin oleh Ustaz Nor Azlan Jaafar.

Kemudian solat tahajud diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim al Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Manakala solat hajat dan witir diimamkan Ustaz Mohamad, bekas Yang Dipertua Abim Kelantan.

Bacaan doa dipimpin oleh anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamad Mustapha yang juga Adun Demit, Kelantan. Orang ramai tidak dapat menahan sebak sehingga suasana yang hening melatari dengan suara esakkan yang mengharapkan bantuan dari Allah.

"Sempena kedatangan tahun baru Hijrah hendaklah kita meninggalkan perkara-perkara yang menjurus ke arah syirik nasional seperti ungkapan yang sering kita sebut iaitu Keranamu Malaysia", Ustaz Mohamad ketika menyampaikan kuliah Subuh.

Moga doa dan air mata ribuan jemaah ini menjadi senjata yang ditakuti pihak musuh kerana hijab antara langit dan bumi terbuka luas.

No comments: