Friday, February 27, 2009

Sekitar Ceramah MB Ir Nizar Di Bagan Serai


Malam tadi di Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai, berlangsung Ceramah Perdana Isu-isu semasa oleh YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Majlis dimulakan tepat jam 9:30 malam dengan ceramah pembukaan dan suntikan semangat oleh pengerusi majlis.

YAB Menteri Besar Dato' Seri Ir Nizar tiba lebih kurang jam 9:40 malam dan disambut dengan laungan takbir dari para hadirin yang membanjiri kawasan ceramah.

Majlis semalam dianggarkan telah menarik lebih kurang 3000 audience yang telah memenuhi kawasan sekitar Markaz Tarbiyah PAS seawal waktu maghrib sebelum memulakan solat Maghrib berjemaah disusuli denagn solat Isyak berjemaah di masjid bersebelahan Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai.

Deretan gerai-gerai para peniaga kecil juga dipenuhi dengan para hadirin yang mengambil kesempatan mengalas perut masing-masing sementara menunggu majlis bermula.

Apa yang paling menarik dalam majlis semalam ialah bilamana ia berjaya mengumpul audience dari berbagai kaum dan agama di bawah satu bumbung. kelihatan masyarakat dari kaum Cina dan India tidak segan silu memenuhi dewan ceramah dan tanpa rasa takut atau segan, mereka memenuhi barisan hadapan deretan pendengar ceramah.

Tahniah Pakatan Rakyat kerana berjaya menyatukan semua kaum tanpa paksaan dan bayaran dibawah satu bumbung diatas satu nama - PERPADUAN...!!!

Barisan penceramah.
Antara tetamu yang memenuhi dewan tempat ceramah diadakan.
Tetamu lelaki dan wanita diasingkan antara satu sama lain.
Berbagai kaum, bangsa dan agama dibawah satu bumbung atas nama PERPADUAN.
Datang dengan jemputan, pulang tanpa bayaran. itulah perjuangan.
Suasana begini hanya dapat anda lihat dimajlis anjuran Pakatan Rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, Rakyat semakin matang. Mereka ingin tahu tentang perkembangan semasa. Mereka tidak lagi hanya mendengar apa yang di hebahkan oleh tv dan radio.Yang malangnya BN terutama UMNO, semakin menggelabah dan bertindak secara melulu. Sedarkah UMNO dengan berkelakuan demikian rakyat semakin benci padanya.

Untuk kesejahteraan semua rakyat Malaysia di sarankan agar UMNO berubah. Untuk berubah pastikan pemimpin Umno memohon kehadrat Illahi agar dibersehkan hati hati pemimpin nya. Tinggalkan pemimpin yang tidak mahu berubah. Jangan sentiasa recycle. Rakyat bukan nya buta atau pekak. Kami nampak, kami dengar dan kami faham. Dengan itu kami mengundi mereka yang mahu mengikut jalan yang lurus.

angel said...

sesungguhnya sifat saling menghormati masih ada dalam hati setiap manusia yang bergelar rakyat iaitu orang-orang kerdil yang tahu dan faham mengenai tatatertib bagaimana untuk hidup sebagai manusia yang ada maruah dan bertimbang rasa serta berfikiran logik dan terbuka.namun apa yang menyedihkan sekarang manusia yang berpelajaran tinggi,berilmu dan mempunyai pemikiran yang waras tetapi mereka telah lupa diri.mereka lupa asal usul sendiri,mengunakan isu perkauman yang sememangnya tidak wujud dikalangan rakyat sebagai umpan untuk menyemarakan api permusuhan,kebencian dan macam -macam lagi.apakah babak terakhir tang akan berlaku jika situasi seperti ini berterusan.....sanggupkah kita melihat generasi yang akan datang hidup berdasarkan perkauman,tiada sifat saling menghormati,hilang pedoman sebenar dan terpesong dari jalan yang diberikan oleh tuhan?sesungguhnya tuhan mencipta setiap manusia itu sama namun kehadiran perbezaan dalam perlaksanaan cara hidup adalah atas kegagalan diri sendiri menilai hidup yang benar.bangunlah wahai rakyat...jangan biarkan keaslian negara kita terhakis hanya kerana sandiwara yang dimainkan oleh sebahagian mereka yang tamak,pentingkan diri dan tiada sifat perikemanusiaan.malaysia adalah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan ianya adalah satu kebangaan selama beberapa abad lamanya sehinggalah ianya hancur dengan kehadiran pemimpin yang tamak dan mementingkan diri bukan untuk rakyat.kita sebagi rakyat,sesungguhnya kita saling hormat menghormati dan hidup dengan harmoni.marilah kita buka mata dan fikiran...