Friday, March 13, 2009

22 Pejuang Bahasa pula ingin ditangkap !

Dari Blog Shamsul Iskandar Mat Akin


Semalam saya menerima pelbagai panggilan telefon dan juga sms daripada rakan-rakan. Mereka ingin memaklumkan bahawa nama saya termasuk di dalam nama-nama yang dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Apakah kesalahannya ?

Memperjuangkan bahasa Melayu !

Ribuan rakyat rentas kaum dan fahaman politik berhimpun pada 7 Mac 2009 yang lalu untuk menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung mendesak supaya pelajaran Matematik dan Sains diajarkan semula di bahasa Melayu. Umum mengetahui bahawa perhimpunan itu telah disuraikan dengan cara yang ganas oleh pihak Polis walaupun perhimpunan diadakan secara aman dan turut dihadiri oleh kaum wanita serta para pelajar.

Yang diperjuangkan ialah Bahasa Melayu. Dan kita sanggup untuk menghadapi risiko yang besar di dalam perjuangan ini. Akibatnya kita pula diugut dengan pelbagai undang-udang yang tentunya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat. Apabila saya nilai semua ini, teringat pula kepada pejuang-pejuang Kemerdekaan dahulu yang diserang dengan pelbagai tuduhan dan dikenakan dengan tindakan undang-undang yang zalim. Apakah salah mereka pada ketika itu ?

Memperjuangkan Kemerdekaan !

Menghidangkan kedua-dua suasana di atas pada hemat saya, tidak keterlaluan kalau disimpulkan bahawa UMNO/BN diibaratkan sebagai penjajah. Yang hendak dipaksakan rakyat ini ialah untuk terus menggunakan bahasa Penjajah di tempat yang salah !

Ayuh saudara-saudaraku, mari kita lawan mereka habis-habisan tanpa gerun dan gentar. Mengungkapkan semula bait-bait kata Sasterawan Negara A Samad Said, kita akan hukum mereka nanti di peti undi. Yang terdekat ialah 3 pilihanraya kecil.

Oh ya, selain daripada Datuk Dr Hasan Ahmad nama-nama pejuang lain yang ingin ditangkap oleh “sekutu penjajah” ialah :

1. Datuk A. Samad Said
2. Prof Shaharir Mohd Zain
3. Ainon Simo@Mohd@Somo
4. Mohammad Faizal Abd Aziz
5. Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang
6. Abdullah Hasan
7. Shamsul Iskandar Mohd Akin
8. Saifuddin Nasution Ismail
9. Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
10. Rozan Azen Mat Rasip
11. Mohamad Sabu
12. Salahuddin Ayob
13. Datuk Mahfuz Omar
14. Nasaruddin Mat Isa
15. Idris Ahmad
16. Hasni Abas
17. Suhaizan Kaiat
18. Kamarulzaman Mohamad
19. Che Shamsudin Othman
20. Aizad Mohd Saleh
21. Muhammad Haafizuddin Abirerah

No comments: