Tuesday, March 24, 2009

Polis tembak gas pemedih mata lerai ceramah Anwar

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Menurut laporan Harakahdaily, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat Anwar bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 10 minit selepas Anwar memperkenalkan calon Keadilan Bukit Selambau kepada hadirin.

Berikutan itu, lapor Harakahdaily, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah beliau yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani, terpaksa dibatalkan.

Difahamkan empat orang ditangkap dan terdapat pelbagai sekatan jalan raya menju ke tempat ceramah.

No comments: