Wednesday, January 13, 2010

Lagi Serangan Rumah Ibadat







Serangan terbaru rumah ibadat semalam telah berlaku di Kuil Gurdwara Sahib yang terletak di dalam Parlimen Batu. Rumah ibadat yang berusia kira-kira 100 tahun telah dibaling sebanyak 20 batu (mengikut laporan Malaysiakini.com) dan terkena pintu kaca rumah ibadat tersebut. Pihak dari PKR Cabang Batu turun padang untuk melihat sendiri keadaan kuil tersebut, turut hadir sama ialah YB Eli dan YB William Leong. Semenjak serangan di beberapa gereja malam Jumaat lepas, beberapa serangan rumah ibadat telah berlaku di beberapa buah negeri.

AMK Batu amat berdukacita dengan apa yang telah berlaku, sehingga ke hari ini tiada lagi tangkapan walaupun ada ura-ura mengatakan telah dikenal pasti suspek. AMK Batu berharap agar pihak berkuasa supaya lebih pantas lagi menangkap pesalah agama ini supaya gejala yang tidak bertanggungjawab ini dapat dihentikan serta merta. AMK Batu juga berharap agar rakyat Malaysia yang pelbagai agama dapat bertenang, perbuatan ini hanyalah untuk memporak-perandakan antara satu sama lain. Kita tidak perlu terikut sama rentak kejahatan mereka.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

No comments: