Monday, February 8, 2010

Majlis Suai Kenal Di Tropicana










Tarikh: 07 Febuari 2010 (Ahad)
Masa: 8.30pm
Tempat: Pejabat PKR Pusat, Tropicana

Ribuan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat telah berhimpun di Pejabat PKR Pusat untuk majlis suai kenal Reformasi 98. Pada jam 8am, berduyun-duyun manusia yang ingin memberi sokongan padu ke atas kes fitnah ke-2 yang melibatkan Ketua Umum PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim. Ramai reformis-reformis era 98 yang turut hadir, antaranya ialah Pak Chat, Nasir, Kak Nora dan ramai lagi. Ada daripadanya yang sudah tidak berjumpa selama bertahun-tahun. Majlis seumpana bukan sahaja ingin bertemu semula malah mengingati kembali sejarah perjuangan yang banyak mengorbankan bukan sahaja diri sendiri malah harta benda dan pekerjaan. Majlis dimulakan dengan Ketua AMK Batu, saudara Rozan dengan sajak-sajaknya, ucapan-ucapan semangat yang mengembalikan nostalgia dan menuntut kembali perjuangan untuk fitnah ke-2 ini adalah saudara Farez (Tim. Ketua AMK Malaysia), saudara Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia), YB Tian Chua, YB Zuraida, YB Mike dan YB Nurul Izzah. Manusia yang ditunggu-tunggu telah tiba, DSAI walaupun sibuk dengan persiapan mahkamah pada esok hari, bergegas datang untuk bertemu dengan para reformis dan penyokong. Baju berwarna oren disarungkan kepada susuk tubuh DSAI menandakan perang terhadap para pefitnah. Warna oren menjadi temanya. Setiap malam akan menjadi malam yang cukup hangat di Pejabat Pusat kerana bilik operasi bagi menangani fitnah ini akan beroperasi dia sana. Nampaknya ramai yang terharu, menangis mengenang perjuangan 98, bagi kami orang muda dalam AMK cukup menghargai perjuangan para reformis, tanpa perjuangan kalian semua, kejayaan tidak dikecapi buat Pakatan Rakyat pada hari ini. Jasa Kalian Semua Tetap Kami Kenang.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

No comments: