Sunday, February 7, 2010

Perhimpunan Fitnah Ke-2 Di Masjid Jalan Duta












PERHIMPUNAN FITNAH KE-2 DI MASJID JALAN DUTA

Tarikh: 05/02/10 (Jumaat)
Masa: 2.15pm
Tempat: Perkarangan Masjid Jalan Duta

Perhimpunan Fitnah Ke-2 telah berlangsung di perkarangan Masjid Jalan Duta. Pada mulanya, perhimpunan tersebut akan berarak ke Mahkamah Jalan Duta tetapi malangnya tiada perbicaraan sebelah petang yang melibatkan kes liwat DSAI. Ucapan dimulakan oleh Ketua dan Timbalan AMK Batu, seterusnya YB Gan (ADUN Rawang), YB Tian Chua dan juga YB Datuk Johari Abdul. Mereka sepakat mengatakan konspirasi kali ini seperti mana konspirasi 98, skripnya hampir sama. Walaupun berapa ramai yang hadir, itu tidak penting, yang penting perhimpunan ini dapat menyedarkan kepimpinan rejim BN iaitu rakyat tetap menolak fitnah terhadap DSAI. Perhimpunan seterusnya akan dibuat di serata tempat.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

No comments: