Thursday, February 11, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA


AMK Batu menggucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina yang merayakannya. Semoga tahun Harimau ini membawa lebih tuah dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian. Semoga tahun ini juga akan merubah pemikiran rakyat agar memilih kepimpinan yang lebih bersih dari segala kekotoran yang telah melanda dalam pentadbiran negara pada masakini. Semoga Tahun Baru Cina akan mengeratkan lagi tali persaudaraan dan perpaduan di kalangan kita. Kita semua sama sahaja tidak kira apa latar belakang, agama dan bangsa. Kita lahir dibumi bertuah ini dan kita patut merasai kenikmatan dan kekayaan Malaysia secara sama rata, tiada seorang anak Malaysia pada hari ini pendatang atau apa sahaja panggilan negatif yang dilimparkan oleh sesetengah pihak yang berpermikiran sempit. Semoga kita semua segarang Harimau dalam perjuangan ini. Parlimen Batu akan menganjurkan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina, makluman akan diberitahuan kemudian.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

No comments: