Thursday, March 18, 2010

ARTIKEL SERANGAN BALAS UTK ZAHRAIN

AMK cabar Zahrain

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kenyataan yang di keluarkan oleh Zahrain terhadap Ketua Umum KEADILAN semalam sesuatu yang cukup biadap dan ia mengambarkan sikap dan peribadinya yang sebenar.

"Pendedahan ini bagi saya sangat kurang ajar dan cukup biadap, saya mencabar Zahrain bagi membuktikan skrip yang dikemukakan itu adalah darinya sendiri. Apa yang saya tahu skrip tersebut disediakan oleh Umno, apa yang kita tahu sebelum ini beliau tidak pernah mengeluarkan alasan tersebut.

"Tuduhan yang dikemukakan oleh beliau itu adalah bukan satu tuduhan atas dasar atau polisi, tuduhannya adalah rekaan cerita yang dibuat bagi menuduh kita berlaku zalim kepada rakyat. Kita memang bersungguh untuk mengambil alih negara pada 16 September dalam membela hak rakyat.

"Kita lihat sebelum 16 September Barisan Nasional telah mengambil tindakan dengan meyerang kita dengan melempar segala fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Shamsul menyifat BN telah menggunakan tindakkan yang tidak demokratik dengan mengambil tindakan menahan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan beberapa Ahli Parlimen BN takut untuk mengambil tindakan keluar parti.

"Saya tegaskan disini kita tidak pernah mendengar maklumat yang dikatakan Zahrain dan inilah kali pertama mendengar daripada di dalam Parlimen dan saya percaya teks ini telah disediakan oleh BN untuk menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pemimpin lain.

"Bagi saya ini bukan perkara yang remeh dan Zahrain menggunakan Parlimen dalam menaikkan profilnya. Saya sekali lagi mencabar Zahrain berdepan dengan AMK agar membuktikan apa yang beliau katakan itu betul bersama bukti-bukti yang ada," tegasnya lagi

Beliau menjelaskan rakyat boleh menilai tindakan Zahrain yang keluar parti lebih-lebih lagi pengundinya di Bayan Baru yang tahu masalah sebenar beliau hadapi dan juga skandal berkenaan syarikat RM2 bagi tender Bukit Jambul Country Club.

Zahrain melutut minta gelaran pada komunis

Kelancangan melulu DatukSeri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Malah, Ahli Parlimen Bayan Baru itu sanggup membelakangi keputusan mesyuarat parti dan secara diam-diam menulis surat kepada Lim Guan Eng bagi memperoleh gelaran Datuk Seri walaupun kemudian melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai cauvinis dan komunis,

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasuition mendedahkan Zahrain pernah mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang yang dihadiri semua wakil rakyat negeri itu dan mengambil ketetapan untuk tidak meminta atau menerima apa- apa gelaran.

Namun dalam diam, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang itu menulis surat kepada Lim Guan Eng meminta gelaran 'Datuk Seri' biarpun kini mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai komunis.

"Semasa Zahrain mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang, mesyuarat memutuskan semua wakil rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima apa-apa gelaran Datuk walaupun ditawarkan. "Apa yang dia (Zahrain) buat selepas itu? Dia menulis pada Ketua Menteri meminta gelaran tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu melabel Zahrain sebagai seorang yang hipokrit dan kini berperanan sebagai tentera baru Umno dan mengibaratkan kecaman Zahrain sebagai 'menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri'.

"Ini karektor dia (Zahrain). Yang menariknya Bayan Baru menulis kepada pemimpin yang dia sendiri label sebagai komunis dan cauvinis semata-mata untuk meminta gelaran," katanya.

Zahrain pun dah nak jadi Raja sesumpah

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menegaskan sanggup bersumpah bercakap benar sekiranya ada pihak yang menuduhnya berbohong mengenai pendedahan 16 September 2008 seperti yang dirancang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Kerajaan Pusat.
Menurutnya, tindakan beliau mendedahkan perkara tersebut kerana mahu rakyat mengetahui perkara sebenar selain melihat kembali kenapa beliau bertindak keluar parti bukan hanya hilang kepercayaan tetapi mendakwa Anwar berbohong kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR).

Beliau juga percaya selepas ini lebih ramai wakil rakyat PR akan bertindak keluar kerana mereka tidak berpuas-hati dengan kepimpinan dan tidak menyangka dengan pendedahan yang dibuat.

“Mereka tidak nafikan peristiwa 16 September seperti yang saya cakapkan kerana perkara ini benar-benar terjadi.

“Oleh itu saya mencabar mereka bersumpah juga untuk menafikan apa yang saya cakap sebagai tidak benar,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Zahrain turut mendedahkan terdapat ramai wakil rakyat PR tidak mengetahui perkara tersebut kerana mereka terlalu percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar walaupun ia adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.

“Ini semua rancangan Ketua PR, ramai tidak tahu kerana ramai menjadi ‘Pak Turut’ sahaja, yang mengetahui perkara ini hanya 2-3 kerat pemimpin dalam parti-parti PR. Saya tahu kerana saya rakan Anwar, saya tahu apa yang berlaku,” katanya.

Jelasnya, rakyat menaruh harapan yang amat tinggi kepada PR dan harapan tersebut seharusnya tidak disia-siakan kerana rakyat amat marah kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

“PR banyak menang kerana kelemahan BN sendiri bukannya sebab PR hebat, semua pihak harus tahu PR adalah alternatif kepada BN, inilah senario politik sebenar di Malaysia sekarang,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan mengatakan Zahrain sebagai ‘tentera upahan BN’, beliau berkata PR boleh buat pelbagai tuduhan sesuka-hati mereka.

“Saya hairan kenapa pemimpin utama parti boleh menuduh orang lain dengan pelbagai tuduhan murah seperti itu? Mereka boleh buat tuduhan apa pun,” ujarnya.

Zahrain turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang mempertikaikan kenapa baru sekarang beliau mendedahkan perkara sebenar mengenai peristiwa 16 September setelah hampir dua tahun berlalu.

“Saya tidak dedahkan awal-awal dahulu kerana saya ahli parti PKR, saya masih menghormati undang-undang parti, tetapi sekarang saya bebas, jadi saya dedahkan perkara ini sekarang,” katanya.

No comments: