Friday, March 26, 2010

KENYATAAN MEDIA: AMK BATU SAMBUT SERUAN LIM SI PIN AGAR GERAKAN TINGGALKAN BN

KENYATAAN MEDIA
AMK BATU SAMBUT SERUAN LIM SI PIN AGAR GERAKAN TINGGALKAN BN

AMK BATU menjangkakan kerjasama parti komponen Barisan Nasional (BN) akan bertambah renggang dan bermasalah. Ini berikutan saranan Ketua GERAKAN Bahagian Batu merangkap Ketua Pemuda Nasional GERAKAN Sdr. Lim Si Pin bahawa sudah tiba masanya yang tepat agar parti GERAKAN meninggalkan BN.

Walaupun ianya pandangan peribadi dan bukan atas kapasiti sayap pemuda mahupun bahagian, AMK BATU melihat kenyataan yang diluahkan dalam sebuah majlis rasmi minggu lepas itu sebagai satu perkembangan positif dan berharap saranan beliau (Lim Si Pin) itu disahut oleh ahli-ahli GERAKAN terutamanya pimpinan muda parti berkenaan seluruh negara. AMK BATU berpandangan ini adalah perlu bagi memastikan survival GERAKAN sebagai salah satu parti ‘senior’ dan selama ini setia serta banyak membantu BN tetapi malangnya diabaikan dan diketepikan begitu sahaja peranan mereka oleh rakan komponen utama terutamanya UMNO.

AMK BATU tidak terkejut dengan luahan rasa Lim Si Pin sebaliknya yakin ianya adalah perubahan ikhlas juga keputusan yang matang selepas khalayak ramai menyaksikan betapa GERAKAN sering dipinggirkan. Ini terbukti dalam beberapa pendirian penting kerajaan pusat serta program yang agak tinggi publisiti melibatkan kehadiran tokoh-tokoh utama UMNO di kawasan parlimen Batu sejak tempoh 8 bulan kebelakangan ini. Namun kesemuanya tiada langsung ditampilkan GERAKAN mahupun parti komponen lain. Salah satu contoh adalah pengisytiharan kempen ‘Bukan Pinda Tapi Mansuh ISA’ anjuran GERAKAN serta banyak lagi pendirian isu semasa yang dilihat yang kontradik seolah-olah tiada rujukan persefahaman dibuat UMNO terhadap parti komponen lain.

AMK BATU berharap Lim Si Pin secara serius merealisasikan kata-kata melalui beberapa lagi saranan dan tindakan yang konstruktif sebagai bukti beliau mempertahankan perubahan yang beliau mohon kepada GERAKAN selain daripada keluar dari BN.

komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP

No comments: