Monday, March 22, 2010

KENYATAAN MEDIA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009

KENYATAAN MEDIA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009 :
AMK BATU BAWA USUL AGAR PKR LEBIH MANTAP DAN TERSUSUN

Dimaklumkan AMK Cabang BATU akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2009 yang bakal berlangsung pada hari Sabtu 27 Mac 2010. Pendaftaran akan bermula seawal jam 8.30 pagi dan dijangka tamat pada jam 1.00 tengahari. Antara tetamu undangan termasuk pemerhati adalah Ketua AMK Malaysia Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin, Setiausaha Agung AMK Malaysia Sdr. Zulfikar Ali, Ketua AMK Wilayah Persekutuan Hj. Md. Zaman. Tetamu Kehormat Ahli Parlimen BATU merangkap Ketua PKR Cabang BATU YB Tian Chua dijadualkan merasmikan MATC AMK BATU 2009 ini.

Semua para perwakilan ahli AMK terutamanya Exco AMK BATU diharapkan agar mengambil peluang sepenuhnya menggunakan MATC 2009 ini sebagai saluran membawa beberapa usul yang dapat diberi perhatian dan seterusnya tindakan daripada kepimpinan pusat bagi memantapkan jentera PKR. Dijadualkan AMK BATU akan membawa tiga (3) usul yang antara lain menyarankan dirangka pelan kerja contoh bagi kegunaan semua Cabang AMK seluruh negara bagi tujuan memperbaiki sistem organisasi dan memperkemaskan mobilisasi tenaga anak muda dalam menjalankan tugasan sebagai sayap parti yang dinamik, bertanggunjawab serta lebih matang.

Turut dalam pertimbangan usul AMK BATU yang akan dikemukakan adalah agar AMK diberi tanggungjawab yang lebih mencabar sekaligus ruang kuasa pemutus yang lebih luas berbanding sekarang. Ini semua adalah agar menambah-giat kemampuan kepimpinan, kerjasama berpasukan seterusnya membentuk kreativiti dan stamina dalam menanggani rintangan dalam melaksanakan amanah tugasan.

Ini adalah sesuai dengan sasaran Pakatan Rakyat khususnya PKR akan berterusan meningkatkan komitmen serta mendapat sokongan rakyat yang berterusan selari dengan iltizam agar menjadi blok kuasa politik alternatif yang lebih efektif sepertimana yang telah dibuktikan sejak tsunami politik pasca PRU-12.


komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP

1 comment:

Amir Hamzah said...

Saya akan hadir. Terima kasih.