Sunday, March 14, 2010

YB Dr. Cheah Kemalangan Jalan Raya

ADUN Damansara Utama, Dr. Cheah telah mengalami kemalangan di Plaza Tol Batu Tiga. Beliau memerlukan darah kerana kehilangan darah, darah beliau jenis O+ Sika hubungi SunwayBloodBank Tel: 0374919191 ext7704 untuk temujanji.

Petikan di ambil dari http://www.erapakatan.com/berita/adun_kemalangan_patah_kedua-dua_kaki/

Adun Kemalangan, Patah Kedua-dua Kaki
Sunday, 14 March 2010 12:16 PM
Oleh Era Pakatan


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Dr. Cheah Wing Yin patah kedua-dua kaki serta jari kelingking kanan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dilanggar di Plaza Tol Batu Tiga, di sini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt. Che Husin Omar ketika dihubungi berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, kenderaan yang dipandu Dr Cheah dari arah Klang ke Kuala Lumpur tiba-tiba rosak dan terhenti di lorong smartTAG di plaza itu.

Wakil rakyat DAP itu kemudian turun dan menuju bahagian belakang kenderaannya untuk memeriksa sebelum tiba-tiba sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda dalam haluan yang sama merempuh beliau dan kenderaannya, katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, pemandu pacuan empat roda itu dikatakan tidak sempat mengelak daripada merempuh Dr Cheah dan kenderaannya.

Che Husin berkata, "Akibat rempuhan itu, kedua-dua kenderaan rosak teruk dan mengakibatkan kecederaan parah pada ADUN tersebut dan beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Sunway.

"Lelaki dalam kenderaan sebuah lagi itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka masing-masing dilaporkan memandu bersendirian". - BERNAMA

No comments: