Wednesday, April 14, 2010

BIODATA CALON PARLIMEN HULU SELANGOR

Zaid Ibrahim dilahirkan pada tahun 1951 daripada keluarga petani di Kota Bahru, Kelantan. Pada usia 14 tahun, beliau meninggalkan Kota Bahru untuk meneroka kehidupan "Cahaya lampu dan kotaraya besar" Johor Bahru (sebab ia berhampiran dengan negara Singapura). Beliau menyambung pelajarn di English College, dan kemudian Tingkatan Enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, Perak.

Oleh sebab keputusan HSC tidak begitu baik untuk beliau layak mendapat Biasiswa Colombo Plan (biasiswa berpretig untuk pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke luar negara), dan tiada kemampuan untuk mendapatkan pinjaman, Zaid belajar undang-undang dengan mengikuti program LLB External University London di Institut Teknologi Mara (Kini UiTM).

Keinginannya untuk terus merantau membawanya ke Pulau Pinang, bekerja sebagai jurujual ''scotch-tape" selama setahun sebelum berangkat ke London mengambil peperiksaan untuk layak sebagai peguam di Inner Temple.

Setelah lulus, beliau kembali ke tanahair, diterima sebagai peguam oleh Malaysian Bar, dan bekerja di beberapa firma guaman sehingga bertemu Suliana, kemudiannya menjadi isteri beliau. Suliana banyak menyedarkan beliau tentang makna sebenar kehidupan dan keluarga.

Beliau menubuhkan syarikat Zaid Ibrahim & Co, pada tahun 1987. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Bahru, kerusi yang beliau menanginya pada Pilihanraya Umum tahun 2004. Dalam tahun 2008, beliau telah dilantik menjadi Senator dan Menteri dec facto Undang-undang di bawah pentadbiran Abdullah Badawi, tetapi meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara di bawah pemerintahan perdana menteri ketika itu.

Selalin Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), satu pertubuhan amal yang ditubuhkan olehnya sejak 1998, Zaid juga menumpukan aktivitinya melalui .myFuture Foundation yang ditubuhkan untuk generasi muda Malaysia.

Semenjak 14 Jun 2009, beliau dengan bangganya mengisytiharkan dirinya sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi memperjuangkan usaha menjadikan semua rakyat Malaysia menjadi satu Bangsa Malaysia, bukan sebagai slogan kosong, tetapi dalam ertikata yang sebenarnya. Beliau juga merupakan tonggak utama dalam merealisasikan pembentukan parti Pakatan Rakyat untuk didaftarkan sebagai parti gabungan yang sah.

Kini, beliau merupakan calon bagi Parlimen Hulu Selangor.

No comments: